"Jangan sekali-kali berputus asa dan tiada yang mustahil. Itulah maksudnya menjadi Ultraman!"
- ―Ultra Bersaudara, Ultraman Mebius & the Ultra Brothers
Ultra Bersaudara merupakan nama kolektif bagi Ultra legenda yang telah melindungi keamanan di Planet Bumi. Mereka merupakan ahli-ahli dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi dan kesemua mereka unik dari segi kemahiran pertempuran. Mereka adalah antara Pahlawan Ultra yang paling mahir, kuat dan bersemangat tinggi. Kumpulan ini terdiri daripada 11 ahli yang menganggap antara satu sama lain sebagai saudara seperjuangan, namun mereka muncul dalam pelbagai susunan, bergantung pada jumlah ahli yang hadir. Selalunya ialah Enam Ultra Brothers yang terdiri daripada Ultraman sehingga Ultraman Taro.
Sejarah[]
Dunia Negeri Cahaya[]

Salasilah keluarga Ultra Bersaudara asal
Selepas rakyat dari dunia yang akan dikenali sebagai Negeri Cahaya mendapati diri mereka memiliki kuasa Ultra, rasa keadilan mereka yang berakar umbi dengan mendalam menentukan bahawa mereka harus menggunakan kuasa mereka untuk kebaikan dan untuk membantu membawa keamanan kepada alam semesta, dengan itu lahirlah Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Akhirnya, ia diketuai oleh Ultra yang berkuasa yang mendapat gelaran, Bapa Ultra, Ultra yang bertanggungjawab menewaskan Alien Empera dalam pertarungan peribadi. Ultra Bersaudara terdiri daripada beberapa Ultra yang telah melawat dan melindungi Bumi untuk tempoh yang lama, kecuali Kapten Zoffy yang hanya melawat beberapa kali untuk tempoh singkat.
Istilah "Ultra Bersaudara" pertama kali disebut pada pengakhiran siri Return of Ultraman oleh Alien Bat dan telah ditunjukkan secara fizikal dalam tayangan perdana siri Ultraman Ace dengan lima ahli yang mana ialah Zoffy, Ultraman, Ultraseven, Ultraman Jack, and Ultraman Ace. Seiring berlalunya masa, Ultraman Taro, anak lelaki kepada Bapa Ultra dan Ibu Ultra menjadi ahli baharu kumpulan ini selepas menyelesaikan latihannya.
Ultraman Leo dan Astra, dua Ultra dari Planet L77 menjadi ahli Ultra Bersaudara berkat dari Ultraman King, Bapa Ultra, Ibu Ultra dan Ultraseven yang menjemput mereka untuk tinggal di Negeri Cahaya.
Kemudian Ultraman 80 menyertai kumpulan ini sebagai ahli ke-9 Ultra Brother. Ahli kumpulan yang paling muda dan terkini ialah Ultraman Mebius, anak murid Taro yang merupakan salah seorang Ultra berkemahiran tinggi pada zamannya, bertanggungjawab atas kekalahan kedua dan terakhir Empera. Ketika zaman Mebius di Bumi, dia telah dibantu oleh Ultraman Hikari beberapa kali dan selepas menghulurkan bantuan dalam menewaskan Empera turut menjadi ahli, menjadikannya ahli pertama (dan berkemungkinan satu-satunya) berbadan biru sepenuhnya dalam kumpulan ini.
Anak lelaki Ultraseven, Ultraman Zero bukanlah seorang ahli kumpulan ini meskipun dengan aksi heroiknya yang luar biasa dan berkemahiran tinggi, walaupun begitu pasukannya sendiri, Ultimate Force Zero telah mengambil bahagian bersama Ultra Bersaudara dalam pelbagai pertarungan sebagai sekutu rasmi. Memandangkan Zero masih belum muncul di Bumi dalam alam semesta utamanya, dia belum dianugerahkan gelaran itu. Di penghujung siri Mebius telah dinyatakan bahawa gelaran Ultra Brother adalah seperti gelaran 'Ultraman' yang dianugerahkan kepada para Ultra oleh penduduk Bumi.
Dunia Super 8 Ultra Bersaudara[]

Super 8 Ultra Bersaudara
Filem Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Bersaudara mempersembahkan cerita yang berbeza di mana ia dikatakan bahawa lapan wira legenda dan terhebat adalah bersaudara.
Dunia Di Mana Spark Doll Jatuh[]
Dalam Ultraman Ginga Theater Special: Ultra Monster ☆ Hero Battle Royale!, 5 Ultra Brothers Baru adalah apa yang dipanggil sebagai pasukan "Ultra Brother" yang terdiri daripada Spark Doll palsu yang di-Ultlive oleh Tomoya (Ultraman), Kenta (Ultraseven), Chigusa (Ultraman Tiga), Misuzu (Ultraman Taro) dan Hikaru (Ultraman Ginga). Pada asalnya bertarung antara satu sama lain untuk mendapatkan gelaran Pahlawan Ultra terkuat, mereka bersatu untuk menentang Pahlawan Ultra jahat Bug Ray untuk melepaskan diri dari realiti maya.
Ahli-ahli[]
Ultra Bersaudara[]
- Zoffy
- Ultraman
- Ultraseven
- Ultraman Jack
- Ultraman Ace
- Ultraman Taro
- Ultraman Leo
- Astra
- Ultraman 80
- Ultraman Mebius
- Ultraman Hikari
Super 8 Ultra Bersaudara[]
- Ultraman (alternatif)
- Ultraseven (alternatif)
- Ultraman Jack (alternatif)
- Ultraman Ace (alternatif)
- Ultraman Mebius
- Ultraman Tiga (alternatif)
- Ultraman Dyna (alternatif)
- Ultraman Gaia (alternatif)
5 Ultra Bersaudara Baru[]
- Ultraman Ginga
- Ultraman
- Ultraseven
- Ultraman Taro
- Ultraman Tiga
Imitation Ultra Bersaudara (SR Team)[]
- Imitation Ultraseven
- Imitation Zoffy (SR)
- Imitation Ultraman (SR)
- Imitation Ultraman Jack (SR)
- Imitation Ultraman Ace (SR)
Ultra Dark Killer Brothers[]
Media Lain[]
Ultra Bersaudara telah dipaparkan dalam kempen pengiklanan untuk pengeluar kereta Jepun Honda Stepwagon. Slogan untuk kempen itu ialah "Saya kuat!". Mereka juga telah mempromosikan kenderaan Honda lain termasuk kereta dan motosikal.