Ultimate Force Zero merupakan sebuah pasukan yang terdiri daripada Ultraman Zero, Glenfire, Mirror Knight, Jean-Bot dan Jean-Nine. Markas mereka ialah Mighty Base.
Sejarah[]
Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]
Ultimate Force Zero ditubuhkan setelah kekalahan Kaiser Belial untuk menangani saki-baki Legionoid. Setelah itu, pasukan itu berfungsi seperti Pasukan Pertahanan Antara Galaksi di dunia asal Zero. Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire
Ultraman Zero Gaiden: Killer the Beatstar[]
Pasukan itu kemudiannya memperoleh seorang ahli baru yang bernama "Jean-Nine", sebuah robot yang dicipta oleh Beatstar berdasarkan Jean-Bot dan asalnya dinamakan sebagai "Jean-Killer". Nama Jean-Nine diberikan oleh Puteri Emerana. Ultraman Zero Gaiden: Killer the Beatstar
Ultra Zero Fight[]
Mereka muncul dalam Ultra Zero Fight sebagai cameo di akhir Bahagian 1 dan mengambil peranan dalam penceritaan Bahagian 2 untuk bertarung dengan Darkness Five.
Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes![]
Pasukan itu muncul di awal filem bertarung dengan sekumpulan Galactron. Setelah dimaklumkan oleh Zoffy bahawa Gillvalis telah menyasarkan Bumi Geed sebagai sasaran seterusnya untuk dinilai dan ditetapkan semula, mereka segera pergi ke Dunia Side Space untuk menghentikan ancamannya. Selepas pertarungan itu berakhir, Ultimate Force Zero memberikan kepercayaan untuk melindungi Bumi kepada Riku/Geed sebelum mereka meninggalkan Bumi. Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes!
Ahli-ahli[]
Ahli asmi[]
- Ultraman Zero
- Glenfire
- Mirror Knight
- Jean-Bot
- Jean-Nine
- Pigmon Moroboshi-kun (Maskot pasukan)
Ahli kehormat[]
- Rei
- Hyuga
- Gomora
- Litra (S)