Type Change merupakan satu proses yang mengubah penampilan Ultra kepada bentuk yang lain untuk mengubah kebolehan dan keutamaan mereka dalam kehebatan pertempuran. Kebolehan ini mula didapati dalam kebanyakan Ultra sejak era Heisei Siri Ultraman, lebih spesifik lagi sejak penayangan siri Ultraman Tiga.
Pada awalnya, istilah "Type Change" ialah unik kepada Tiga sendiri oleh kerana kebolehannya untuk bertukar menjadi bentuk Power dan Sky Type dari bentuk Multi Type defaultnya.[1] Bagaimanapun, bermula dari siri Ultraman R/B dan seterusnya, "Type Change" telahpun menjadi terma umum yang merujuk kepada para Ultra yang bertukar dari bentuk default mereka, tidak kira sama ada perubahan warna/anatomi atau memakai satu set perisai pada badan mereka.[2][3]
Ciri-ciri[]
Kebolehan seorang Pahlawan Ultra untuk bertukar bentuk membolehkan mereka mengubah kebolehan pertarungan kepada yang sesuyai dengan situasi. Jenis kebolehan Type Change yang biasa digunakan ialah keseimbangan, kelajuan dan kekuatan; sepertimana seseorang pengguna yang bermula dengan bentuk asas yang memiliki gaya bertarung yang seimbang (dari segi kekuatan, kelajuan dan kuasa tembakan). Bentuk alternatif mereka itu akan menekankan peningkatan yang maksimum bagi salah satu daripada spesifikasi tersebut dan berlakunya pengurangan dari segi lain sebagai gantinya (misalnya; bertukar menjadi Power Type akan meningkatkan kekuatan badan tetapi akan mengurangkan kelajuan dan kelincahan). Oleh itu, secara mudahnya syarat Type Change boleh diringkaskan seperti yang berikut:
- Seseorang Ultra itu bermula dengan bentuk normal default mereka, yang mana seombang dari segi gaya pertempuran tetapi sudah cukup untuk menewaskan lawan. Bentuk ini bentuk biasanya mempunyai palet warna campuran untuk menandakan keseimbangan di antara dua bentuk alternatif yang lain.
- Bentuk atribut kekuatan yang digunakan mereka meningkatkan kekuatan fizikal dan membolehkan mereka bertarung dalam pertempuran jarak dekat tetapi sebagai gantinya kelajuan mereka menjadi berkurangan. Bentuk ini biasanya sinonim dengan warna merah.
- Bentuk atribut kelajuan yang membolehkan mereka menguasai pergerakan berkelajuan tinggi, pertempuran udara dan mungkin taktik untuk mengelirukan yang memerlukan penekanan pada kreativiti mental di medan perang, tetapi sebagai gantinya kekuatan fizikal mereka menjadi berkurangan. Bentuk ini biasanya sinonim dengan warna biru.
- Bentuk yang dipertingkatkan lagi atas pilihan yang digunakan untuk lawan yang tidak mampu dikendalikan oleh kekuatan mahupun kelajuan sahaja. Ini paling sering dilihat dalam Ultra New Generation Heroes, bentuk ini kononnya mempunyai penekanan pada serangan pancaran klasik mereka dan kadang-kadang membolehkan mereka menggunakan kedua-dua kekuatan fizikal dan kelajuan tanpa mengorbankan ciri-ciri yang lain.
Pengguna Type Change[]
Ultra yang berikut secara rasminya telah diberi penerangan bagi kebolehan mereka untuk bertukar bentuk sebagai "Type Change".
- Ultraman Tiga: Merupakan Ultra pertama yang menggunakan Type Change. Tiga Crystal yang terdapat di dahinya membolehkannya untuk bertukar dari Multi Type defaultnya kepada Power dan Sky Type. Selain daripada tiga bentuk utama tersebut, Tiga mempamerkan kebolehan untuk bertukar menjadi Glitter Tiga dengan menyerap tenaga cahaya. Dalam Ultraman Tiga: The Final Odyssey, ia didedahkan bahawa Tiga memperoleh kuasa defaultnya dengan menyerap kuasa bekas rakan-rakan seperjuangannya iaitu Gergasi Kegelapan. Apabila Daigo kembali sebagai Tiga dan bermula pada Tiga Dark, dia mampu memulihkan cahaya Ultra tersebur secara perlahan-lahan dengan menyerap serangan Darramb dan Hudra, dan memperoleh Tiga Tornado dan Blast sepanjang peristiwa itu.
- Ultraman Dyna: Meskipun menjadi pengganti kepada Tiga dalam semua kecuali nama, Type Change milik Dyna berfungsi secara berbeza dengan ia secara khususnya ditetapkan sebagai Triple Change untuk perbezaan tambahan. Strong Type miliknya lebih menumpukan pada kekuatan dan pertempuran jarak dekat manakala Miracle Typenya lebih menumpukan pada pertempuran kelajuan dan jarak jauh dengan kedua-duanya tidak mewarisi Dyna Tector milik Flash Type. Selain itu (tidak mengira satu contoh), Dyna dihadkan untuk hanya sekali pertukaran bentuk bagi setiap transformasi; dengan itu dia dibenarkan untuk melakukan Change sama ada menjadi Strong Type atau Miracle Type sebelum kembali menjadi Flash Type. Kelebihan tunggal ini bagaimanapun membolehkannya untuk secara default menjadi salah satu bentuk daripada transformasi itu; seperti yang dilihat dalam pertarungan menentang Deathfacer dan Graikis.
- Ultraman Zero: Laman web ulang tahun rasminya yang ke-10 mengisytiharkan bahawa kesemua Ultimate Zero, Strong-Corona Zero, Luna-Miracle Zero, Shining Ultraman Zero dan Ultraman Zero Beyond dianggap "Type Change". Ini juga termasuk untuk Wild Burst, bentuk yang diperolehinya secara bebas melalui latihan yang sengit dalam Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad.
- Ultraman Rosso dan Ultraman Blu: R/B Gyro yang dimiliki oleh Rosso dan Blu membolehkan mereka mengakses salah satu daripada empat bentuk elemen daripada R/B Crystal yang sepadan. Bentuk default Rosso dan Blu masing-masing ialah Flame dan Aqua yang berfungsi sebagai bentuk dengan gaya pertarungan yang seimbang sambil mengekalkan fakta bahawa Rosso adalah seorang pejuang jarak jauh, manakala Blu lebih suka pertempuran jarak dekat. Walaupun diiktiraf oleh laman web rasmi sebagai "Type Change", namun set kristal mereka dikongsi antara satu sama lain; bermakna kedua-dua Ultra tidak boleh mengakses bentuk yang sama pada masa yang sama.
- Ultraman Trigger: Sebagai pengulangan Ultraman Tiga 2020-an, Trigger bergantung pada Kengo Manaka untuk menukar GUTS Hyper Key dari GUTS Sparklence dalam melakukan Type Change dari Multi Type kepada bentuk lain. Kelemahan di sini ialah kehilangan Hyper Key menghalang Trigger daripada mengakses bentuk tersebut. Ia juga diperhatikan bahawa selain daripada Power dan Sky Type, Trigger juga boleh mengakses Glitter Trigger Eternity, bentuk yang serupa dengan Glitter Tiga. Disebabkan sifat bentuk itu sebagai sekeping tenaga Eternity Core daripada cahaya manusia dan/atau Ultra yang telah tiada, Trigger tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakannya semula semasa bertarung dengan lawan yang lebih kuat.
- Ultraman Decker: Sebagai keturunan Dyna sendiri, Decker mempunyai akses kepada Strong Type dan Miracle Type sebagai bentuk alternatifnya, masing-masing menekankan pada jumlah kawasan yang dilindungi oleh Protectornya. Oleh itu, Protector milik Strong Type meliputi seluruh lengan kanannya sebagai perlindungan tambahan, manakala versi Miracle Type telah dikurangkan untuk memastikan ia tidak mengganggu mobiliti Decker. Tambahan pula menurut Decker Asumi, keazaman Kanata Asumi telah mencipta Dynamic Type, bentuk yang lebih kuat yang boleh diakses hanya apabila Kanata berada dalam mantel Decker dan bukannya hos manusia yang senama itu. Ini menunjukkan bahawa Ultraman Decker sendiri boleh mengakses bentuk yang unik kepada hosnya.
- Walaupun bukan Type Change, Ultraman Dinas ialah penurunan kuasa Ultraman Decker, terhasil apabila kuasanya adalah sebagai keadaan tidak lengkap.
Variasi[]
Variasi lain perubahan bentuk boleh diterangkan seperti yang berikut:
- Version Up lahir dari Planet Bumi, Gaia dan Agul menunjukkan kebolehan untuk bertukar dengan cara yang menghasilkan peningkatan prestasi badan mereka. Kedua-dua mereka bermula pada Version 1 (V1) dari episod awal siri Ultraman Gaia dan kemudian berevolusi menjadi Version 2 (V2) yang kekal sebagai penampilan mereka dalam media-media berikutnya. Walau bagaimanapun, kaedah mereka dalam memperoleh Version 2 berfungsi secara berbeza:
- Gaia berevolusi menjadi V2 dengan memperoleh cahaya Agul, dan berbuat demikian memberinya akses untuk menggunakan kuasanya di samping kuasanya sendiri. Ia juga membolehkannya untuk memperoleh Supreme Version, sebuah bentuk yang dikatakan kemuncak Ultraman Manusia. Kelemahan kepada bentuk itu ialah Gamu terpaksa melatih dirinya secara fizikal pada masa lapangnyq agar tubuhnya dapat diteruskan dengan kekuatan Gaia yang semakin meningkat. Selain itu dalam EXPO Ultra Heroes bukan kanon, Gaia dan Agul dalam Supreme Version mereka boleh bergabung menjadi Super Supreme Version Gaia.
- Agul sebaliknya berkembang menjadi V2 melalui kehendak Bumi memulihkan cahaya Agul. Ini menyebabkan Agul mendapat akses kepada versi yang lebih kuat dari gerakan penamatnya sebelum ini selain kebolehan baharu yang boleh digunakan bersama dengan Gaia SV. Dalam NEW GENERATION THE LIVE: Ultraman Trigger STAGE 1 bukan kanon, Agul memperoleh Supreme Version dengan cara Gamu memberikan cahayanya. Ini tidak menjejaskan Gaia kerana dia juga boleh bertukar menjadi Supreme Version tanpa sebarang kesan buruk.
: Ultra yang - Mode Change Cosmos dan Justice.
- Bentuk default Cosmos ialah Luna Mode yang menekankan pada kelajuan dan teknik yang tidak mematikan lawan. Apabila memerlukan kekuatan kasar menentang lawan yang sengit, Cosmos akan bertukar kepada Corona Mode, sebuah bentuk yang menekankan pada kekuatan kasar tetapi mengekalkan kebolehannya untuk menggunakan kelajuan, ataupun varian antara bintangnya, Space Corona Mode. Melalui bantuan luaran, Cosmos boleh mengakses Eclipse Mode melalui keberanian Musashi, Miracluna Mode melalui kehendak Musashi untuk memurnikan Chaos Darkness dan yang terakhir ialah Future Mode melalui penggunaan Future Energy.
- Justice sebaliknya mempunyai Standard Mode sebagai bentuk defaultnya dan memasuki Crusher Mode sebaik sahaja dia mula mempercayai kemanusiaan. Kedua-dua bentuknya mempunyai penekanan pada kekuatan kasar dan penghancuran, tetapi sebagai Standard Mode memfokuskan pada teknik pancaran, Crusher Mode lebih menekankan pada pertempuran jarak dekat dan teknik kerjasama dengan Future Mode Cosmos.
- Menurut blog (kini tidak berfungsi) laman web Tsuburaya, transformasi Zero menjadi Strong-Corona Zero dan Luna-Miracle Zero secara eksklusif dilabelkan sebagai Mode Change. Ini disebabkan oleh sebahagian daripada kedua-dua bentuk alternatif yang diperolehi melalui gabungannya menjadi Ultraman Saga, menghasilkan ciptaan bentuk itu secara serentak. Khususnya, Strong-Corona Zero mempunyai aspek Strong Type milik Dyna dan Corona Mode milik Cosmos, manakala Luna-Miracle Zero mempunyai aspek Miracle Type milik Dyna dan Luna Mode default Cosmos.[4]
: Pertukaran bentuk - Style Change Ultraman Noa, Nexus memiliki kebolehan untuk bertukar dari Anphans kepada pelbagai jenis Junis, bergantung pada Dunamist mana yang menjalinkan ikatan dengannya. Apabila terikat dengan Himeya atau Sayuri, dia menggunakan Junis merah yang asal, tetapi ketika terikat bersama Ren Senjyu, dia menggunakan Junis Blue yang mewarisi kesemua kebolehan Junis sebelumnya di samping memiliki set kuasa asalnya sendiri. Apabila Komon menjadi Dunamist yang kelima, Core Final Anphans membolehkannya untuk mengakses kedua-dua bentuk Junis sebagai langkah peralihan sebelum dia benar-benar memulihkan Noa kepada bentuk asalnya. : Salah satu bentuk penurunan
- Mod Brave: Meskipun nama rasminya tidak diketahui, Ultraman Mebius telah ditunjukkan bertukar menjadi Mebius Brave melalui Knight Brace atau Mebius Burning Brave melalui ikatannya dengan Crew GUYS. Dua bentuk terkuatnya, Mebius Phoenix Brave dan Mebius Infinity memerlukan penggabungan bersama Ultra lain; masing-masing bersama Hikari dan Crew GUYS dan bergabung dengan semua enam ahli pertama Ultra Brothers.
- Glitter Version Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers. Bentuk ini merupakan hasil daripada Mebius dan tujuh Ultra semesta alternatif menarik kuasa mereka dari harapan manusia untuk menewaskan Giant Black Silhouette. Pemerkasaan ini berbeza daripada Glitter Tiga milik Tiga yang asal dengan kekal pada saiz yang sama dan bukannya berkembang menjadi saiz yang lebih besar. : Transformasi berwarna emas yang muncul dalam
- Strium Brace: Sebuah gelang yang diberikan oleh Taro kepada Ginga membolehkannya untuk bertukar menjadi Ginga Strium, sebuah bentuk yang menggabungkan ciri-ciri Taro dengannya dan kuasa 6 Ultra Brothers pertama.
- Knight Timbre: Seruling yang dicipta oleh Hikari, ia digunakan untuk menukar Ultraman Victory menjadi Ultraman Victory Knight. Akan tetapi, tujuan sebenarnya adalah untuk mengeluarkan tenaga dalaman Victorium dari diri Sho untuk memperkasakan Victory, justeru bertindak dengan cara yang sama seperti Cosmos Eclipse Mode yang memerlukan kehadiran Musashi untuk berbuat demikian.
- Crossover Formation Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!. Zero dan Ultra lain yang sebelumnya telah diculik oleh Etelgar memperkasakan diri mereka dengan aura emas secara seketika untuk menamatkan kubu dimensinya. Bentuk ini hanya berfungsi untuk memperkasakan pancaran penamat mereka dan tidak lebih, dengan Cosmos khususnya menganggap Corona Mode sebagai bentuk asasnya dan bukannya Luna Mode. : Muncul secara eksklusif dalam
- Xlugger: Pedang genggam yang juga berfungsi sebagai cara untuk Daichi untuk menukar Ultraman X menjadi Ultraman Exceed X. Dari perspektif dalam semesta, apabila X bertukar menjadi bentuk ini, dia menyilangkan tangannya di atas kepala sebelum menariknya ke bawah dengan cara yang sama seperti Type Change Tiga.
- Fusion Up Ultraman Orb yang secara aktif berbuat demikian selepas menyegel bentuk asalnya, Orb Origin akibat daripada trauma yang seolah-olah dia telah kehilangan kawan rapatnya Natasha. Ini membenarkannya untuk menarik kuasa pendahulu Ultramannya melalui Ultra Fusion Card dan menggabungkan dua kad terpilih melalui Orb Ring menjadi sebuah bentuk tunggal. Selepas memulihkan Orb Origin, Orb menyimpan bentuk Fusion Up sebagai alternatifnya apabila bentuk defaultnya itu terbukti tidak sesuai untuk mengendalikan lawannya.
- Sebelum memperoleh Orb Origin, Orb pada mulanya bermula dalam bentuk serba merah yang dikenali sebagai Origin the First, yang tidak menggunakan Orb Calibur sebagai senjatanya dan bergantung pada serangan pancaran sepenuhnya. Dia kehilangan akses kepada bentuk ini apabila Suara Cahaya mengubahnya menjadi Orb Origin.
- Dengan mengimbas kad Ginga, Victory dan X, Orb boleh mengakses varian Fusion Up yang dikenali sebagai Trinity Fusion yang menukarnya menjadi Orb Trinity.
: Diakses secara eksklusif oleh - Fusion Rise (Geed) Riser dengan memanfaatkan kuasa dua Ultra Capsule sekaligus menjadi bentuk tunggal. Ini paling digunakan oleh Ultraman Geed untuk mengakses Primitive defaultnya dan bentuknya yang selebihnya selepas itu. Walau bagaimanapun, dalam kes Royal Megamaster, Geed Riser menghasilkan King Sword yang memerlukan Riku Asakura untuk memasukkan Capsule King padanya untuk melengkapkan transformasi tersebut.
- Neo Fusion Rise Leito Igaguri) untuk memulakan langkah, sementara kaedah alternatif ialah Geed dan empat New Generation Heroes yang lain membekalkan Zero dengan kuasa mereka. : Variasi bagi Fusion Rise yang diakses oleh Ultraman Zero sebagai salah satu dari pelbagai Type Change miliknya, dengan kaedah ini menukarnya menjadi Ultraman Zero Beyond. Ia dilakukan dengan mengimbas New Generation Capsule Alpha dan Beta (masing-masing berkaitan dengan Ginga, Orb, Victory dan X) dan memasangkan Ultra Zero Eye NEOnya kepada Riser untuk mengakses Zero Modenya. Bentuk ini memerlukan kehadiran hos manusia (dalam hal ini,
- Demonic Fusion Unleash Ultraman Belial, dia mengimbas Kaiju Capsule Alien Empera dan Dark Lugiel untuk bertukar menjadi Ultraman Belial Atrocious. : Diakses oleh
: Dicipta oleh Ultraman Hikari, ini merupakan cara yang diakses menerusi - Ultimate Evolution: Mengakses Giga Finalizer, ia menarik keluar potensi penuh Geed ke had yang terbaik dan memberikannya bentuk Ultimate Final.
- Photon-Earth: Melalui pertolongan Ai Tennoji, dia memberikan Ultraman Taiga bentuk Photon-Earth yang membolehkannya mengakses kuasa purba Bumi selain cahayanya sendiri, pada masa yang sama memberinya sedikit peningkatan dalam kekuatan dan kelajuan. Seperti yang ditunjukkan dalam Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy, dia juga boleh mengaksesnya sendiri tanpa bantuan Hiroyuki, dengan hanya menyeru perisai untuk melakukan demikian.
- Ultra Fusion Z Riser sebagai versi improvisasi bagi Fusion Rise (Geed) Riser, ia membenarkan pemakainya menggunakan tiga Ultra Medal untuk menggabungkan kuasa Pahlawan Ultra yang lalu ke dalam bentuknya. Seorang Ultra muda yang dikenali sebagai Ultraman Z adalah penguji beta untuk Hikari kepada proses ini dan orang yang paling banyak menggunakan kebolehan ini semasa misinya di Bumi untuk mendapatkan kembali Ultra Medal yang dicuri oleh Celebro. Bentuk default Z ialah Original, dan Ultra Fusionnya turut mewarisi kebolehan lamanya seperti Zestium Beam dan Z Slugger sambil memperoleh kuasa eksklusif bagi bentuk itu sahaja. Disebabkan kebiasaannya, Z mengetahui Medal mana yang serasi dengan yang lain dan formula yang diperlukan untuk mencipta bentuk Ultra Fusion.
- Apabila Geed Riser milik Geed mengalami kerosakan, Hikari memberikannya Z Riser untuk bertukar menjadi Galaxy Rising, bentuk yang bertujuan untuk menggantikan bentuk Fusion Rise yang lain yang tidak tersedia semasa peranti lamanya itu sedang dibaiki.
- Walaupun Zero tidak pernah menggunakan Z Riser selain fungsinya sebagai senjata, dia juga mempertimbangkan bentuknya sendiri yang sesuai bernama Gransabered Zero yang didengari oleh Z dan dihantar kepada Hikari sebagai cadangan.
- Semasa Z berada di Planet Bumi di mana peristiwa Ultraman Trigger: New Generation Tiga sedang berlaku, Haruki menggantikan Z Riser yang rosak dengan GUTS Hyper Key dan GUTS Sparklence untuk bertukar menjadi bentuk Original Z dan bentuk Ultra Fusionnya yang kemudian. Jenis pertukaran bentuk ini tidak boleh dianggap sebagai "Ultra Fusion" kerana Akito hanya mengkaji Ultra Medal dan mereplikasi gabungannya kepada Hyper Key yang sesuai.
: Sejenis pertukaran bentuk yang dibangunkan oleh Hikari melalui
Kes-kes lain[]
Perisai[]
- Rencana utama: :Kategori:Perisai
Dengan mengandaikan daripada laman web ulang tahun ke-10 Ultraman Zero bahawa Ultimate Zero juga merupakan salah satu daripada Type Changenya, maka sebarang bentuk persenjataan juga terpakai kepada peraturan pertukaran bentuk.
- Cosmo Tector: Sejenis perisai yang digunakan oleh Rakyat Andro dan Ultra yang bekerja di cawangan Andromeda. Zoffy diketahui telah memakai dua jenis Cosmo Tector, satu kepunyaan Melos dan satu lagi milik mendiang Rakyat Andro Cesar, mencipta nama Andro Melos. Benoit kemudiannya menerima perisai daripada Zoffy dan gelaran Andro Melos sehingga hari ini.
- Arb Gear: Satu set perisai yang dicipta oleh penduduk Arb, ia telah ditakdirkan untuk dipakai oleh wira legenda yang dikenali sebagai Tsurugi. Ultraman Hikari memakai perisai daripada rakyat Arb yang tinggal yang hasratnya untuk membalas dendam bergema dengan Ultra itu, maka gelarannya pada masa itu ialah Hunter Knight Tsurugi.
- Armored Darkness: Satu set perisai hidup yang bertindak sebagai kontingensi kepada Alien Empera selepas kematiannya. Perisai hidup terkenal kerana menyerap mangsanya menjadi dirinya sendiri, tetapi roh Ultraman Belial memilikinya di Kuburan Raksasa untuk menjadi Kaiser Darkness.
- Zero Slugger Gear: Dalam pertunjukan pentas bukan kanon Ultraman Festival 2010, Ultraman Zero boleh menukarkan Zero Sluggernya menjadi dua jenis perisai; dikenali sebagai Super Form dan Keeper Form.
- Ultimate Aegis: Pada asalnya dikenali sebagai Shield of Baradhi, ia membentuk Ultimate Aegis kepada Zero untuk melengkapkan sebagai perisainya atau mengkonfigurasi semula menjadi peluru seperti pemanah dan anak panah. Satu salinannya juga telah dicipta oleh Alien Fanton Gourman melalui kajiannya mengenainya, memberikan Ultraman X akses kepada Ultraman Zero Armor.
- Cyber Armor: Dicipta oleh Xio, Cyber Armor ialah sama ada bentuk yang diambil oleh Cyber Kaiju menjadi MonsArmor atau kuasa Pahlawan Ultra yang diwujudkan sebagai satu set perisai untuk Ultraman X menggunakan bentuk perisai. Dalam Orb Trinity, Ultraman Orb dapat menyeru sebahagian atau keseluruhan Gomora Armor untuk dirinya sendiri.
- Firdran Armor: Dengan bantuan raksasa Firdran, Ultraman Blazar boleh mengenakan Firdran Armor yang menutupi bahagian atas badan dan seluruh lengan kanannya.
Penggunaan oleh Kaiju Ultra[]
Sejak pengeluaran era Showa, Ultra Kaiju tertentu mempunyai kebolehan untuk menukar bentuk sama ada sebagai perbezaan saiz atau bentuk fasa pembesaran. Walau bagaimanapun, terdapat contoh sejak era Heisei di mana Kaiju Ultra meniru dan/atau mengeksploitasi kebolehan Type Change seseorang Ultra yang sepadan dalam pertempuran.
- Kyrieloid II memiliki kebolehan untuk bertukar menjadi dua bentuk yang berasingan yang membolehkannya untuk bertarung setanding dengan Ultraman Tiga. Pertukaran awalnya ialah menjadi Power Type, memperoleh bilah lengan Kyriel Cutter dan Sky Type hanyalah bentuk Power Type yang mengembangkan sepasang Kyriel Wing.
- Walaupun tidak benar-benar jahat, Gregore bertukar menjadi Imit-Ultraman Dyna pada dua bentuk yang berasingan. Flash Type adalah penyamaran yang hampir sempurna untuk menarik perhatian orang awam, manakala Miracle Type mempunyai garis kuning untuk membezakan dirinya daripada Dyna sebenar.
- Chaos Ultraman dari Chaos Header ialah klon tiruan yang diperbuat dengan menjangkiti Cosmos. Bentuk pertama dibuat dalam persamaan dengan Corona Mode, tetapi pemerkasaan lanjut daripada Chaos Header menukarnya menjadi Chaos Ultraman Calamity, bentuk yang menyerupai Eclipse Mode. Walau bagaimanapun dalam kes ini, pertukaran bentuk tersebut adalah kekal untuk menentang bukan sahaja Cosmos, tetapi juga Pasukan EYES dan kekuatan tentera JADF yang semakin meningkat.
- Dengan mengandaikan bahawa Dark Ring ialah salinan sebenar Orb Ring, maka Zeppandon dari Jugglus Juggler berfungsi sebagai pasangan raksasa kepada proses Fusion Up Orb. Urutan transformasi dalam Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds! bahkan memasukkan proses transformasi yang serupa dengan Gai.
- Sebagai sebahagian daripada kecurian Riser dan Ultra Capsulenya, Kei Fukuide menyalahgunakan proses Fusion Rise untuk mencipta Raksasa Gabungan Belial dengan menggunakan sepasang Kaiju Capsule sebagai pengganti Ultra Capsule. Belial juga melakukan perkara yang sama dengan bertukar menjadi Chimeraberus yang juga merupakan sebahagian daripada bentuk Belial walaupun merupakan Kaiju Ultra.
- Grigio (yang juga dikenali dengan nama samaran Saki Mitsurugi) memperoleh R/B Gyro sendiri pada masa yang sama dengan abangnya Rosso dan Blu. Namun sementara kedua-dua abangnya bertukar menjadi Ultraman yang senama dengan mereka, Grigio menjadi Kaiju yang berkongsi namanya. Dengan set R/B Crystalnya sendiri, Grigio boleh sama ada menukar Grigio Bone ke bentuknya yang terkemudian (Grigio King dan Grigio Regina) atau secara langsung bertukar menjadi Kaiju yang berbeza sama sekali. Tambahan pula, dia juga meminjamkan bentuk Kaijunya kepada Cereza yang telah mengakses kedua-dua bentuk Grigio Bone dan King.
- Melalui usahanya mengkaji Ultra Medal dan Z Riser yang dicuri, Celebro bereksperimen dengan kaedah Ultra Fusion dengan bertukar menjadi Raksasa Gabungan Belial dan Tri/Five King. Apa yang menonjolkan perkara ini ialah dia boleh beralih secara bebas antara Kaiju yang berbeza dalam Raksasa Gabungan Belial dan menukar Tri-King menjadi Five King dengan menukar/menambah komponen Medal.
- Berkaitan dengan di atas, sama seperti Z Riser diperlukan untuk menaik taraf bentuk asas Ultra kepada Ultra Fusion, Celebro melakukan perkara yang sama dengan menyuntik paksa Kaiju Medal ke dalam raksasa penerima seraya menaik tarafnya dengan atribut raksasa yang berbeza. Oleh itu, ini memberikan Telesdon dengan hiasan Jirahs, Horoboros dengan bahagian mekanikal dan akhirnya Ultroid Zero dengan Medal Belial untuk bergabung dengan raksasa lain menjadi Destrudos.
- Dalam nada yang sama seperti Celebro, Juggler menduplikasi Z Riser milik Haruki sebagai alternatif kepada selepas kehilangan Dark Ring. Selain mencipta semula Zeppandon (kini dengan tambahan Medal Maga-Orochi), dia juga boleh membentuk Tri-King dan meniru kuasanya sehingga menjadi Five King seperti parasit yang disebutkan di atas.
Early Style[]
Early Style
ialah tatatanda yang diberikan kepada Ultra dan kemudiannya Ultra Kaiju yang mempunyai bentuk/penampilan sebelumnya sebelum mereka muncul sebagai bentuk semasa mereka pada hari ini. Walaupun sesetengah kes dianggap sebagai pertukaran bentuk, ia bukanlah proses yang boleh diterbalikkan.Watak | Penerangan | Perubahan dalam penampilan semasa | Sifat |
---|---|---|---|
Ultraman Belial | Ultraman Belial merupakan watak pertama yang diketahui yang diberikan Early Style, penampilannya dari zamannya sebagai Ultra Suku Perak dan rakan kepada Ultraman Ken (kini Bapa Ultra). | Pada masa kini, kulit Belial menjadi serba hitam, proporsi badan yang membongkok ke hadapan, matanya memanjang dan berubah menjadi warna jingga, mulutnya menjadi lebih besar dengan mekanisme pembukaan mulut dan Color Timernya berubah menjadi warna ungu. | Belial berubah menjadi penampilan semasanya akibat tindakannya dan penggabungannya dengan Alien Reiblood yang turut menjadikannya seorang Reionics. |
Zoffy | Zoffy ketika muda daripada peristiwa Perang Ultimate. | Zoffy masa kini dihiasi dengan Star Mark dan Ultra Breaster sebagai pingat keberaniannya. | Pada mulanya tidak dinamakan, bentuk Zoffy sebelum ini telah ditambah secara retroaktif sebagai nama "Early Style" dalam laman web rasmi Tsuburaya Imagination. |
Jugglus Juggler | Penampilan Bentuk Majin Juggler dahulu sebelum siri Ultraman Orb. | Juggler menerima parutnya yang berbentuk bulan sabit setelah melindungi Natasha dari letupan Maga-Zetton. Selain itu, dia masih mengekalkan kebanyakan kebolehannya sebagai pendekar pedang dan penampilan keseluruhan perisai itu. | Parut bulan sabit bahkan meluas ke dada bentuk manusianya, seperti yang dilihat dalam satu peristiwa tertentu. |
Ultraman Geed | Rupa asal Ultraman Geed sebelum mengambil bentuk Fusion Rise dan Ultimate Final. Menjadi klon Belial, Early Style Geed mirip seperti bapanya di samping Color Timernya yang berupa "kapsul". | Walaupun bentuk Fusion Risenya tidak mewarisi elemen daripada Early Stylenya, Ultimate Final menggunakannya sebagai bentuk asasnya kepada penampilan yang "dimodenkan" sambil mengekalkan matanya daripada Fusion Rise. | Early Style Geed tidak boleh diakses kerana Geed Riser atau Z Riser diperlukan untuk menggunakan transformasi. Oleh itu ia hanya berfungsi sebagai bentuk "peralihan" bagi Riku dari manusia kepada langkah terakhir proses transformasi Geed. |
Ultraman Tregear | Tregear ketika zaman mudanya semasa dia bekerja sebagai sebahagian daripada Biro Sains dan Teknologi Angkasa. Tregear menyerupai Ultra dari zaman Showa dengan dua warna biru kerana dia ialah ahli Suku Biru. | Bentuk Tregear pada masa kini ialah satu set pengekangan seperti perhambaan yang dibentuk di sekeliling tubuhnya oleh Tregear Eye. | Tregear mengambil bentuk semasanya sebagai cara untuk mengekalkan meterai penyerapan Grimdo ke dalam tubuhnya dan sebagai tanda pemergiannya daripada keturunan Ultramannya. |
Ultraman Regulos | Penampilan awal Regulos semasa menjalani latihan di bawah Cosmo Beast Style. | Regulos memperoleh puncak Cosmo Tiger dan Cosmo Dragon daripada gurunya yang telah gugur serta gari yang kekal dari zamannya di bawah tawanan The Kingdom. | Puncak yang diwarisi daripada Phoros dan Tubahn membolehkannya mengerahkan dan mencampurkan gaya bertarung mereka menjadi Red Dragon dan White Tiger Fist. |
Trivia[]
- Dalam novel Ultraman F, Mitsuhiro Ide memerhati secara teliti perubahan rupa Ultraman dan menandakan setiap daripada mereka masing-masing sebagai Type A, B dan C, merujuk kepada kehidupan sebenar di sebalik tabir kes evolusi kostum Ultraman seperti yang dipakai oleh pelakon sut, Bin Furuya. Dia juga mengisytiharkan ini sebagai Type Change kerana ketiga-tiga bentuk tersebut memaparkan set pergerakan yang berbeza (Jenis A untuk kekuatan, Jenis B untuk teknik rawak dan Jenis C untuk serangan jarak jauh), tetapi Inpei Seant menafikan teori itu dengan mendakwa bahawa "manusia juga mengubah penampilan mereka apabila mereka semakin tua".
- Dalam siri Ultraman Taiga, Tri-Squad berkongsi seorang hos yang sama iaitu Hiroyuki Kudo setelah mengalami kecederaan dari menentang Tregear yang telah memaksa mereka untuk menetap dalam diri seorang hos manusia, dan kebetulan orang yang sama pada masa itu. Dalam pertempuran, Hiroyuki beralih antara satu ahli Tri-Squad bagi setiap spesifikasi pertempuran dan ketiga-tiganya secara kebetulan berkongsi had masa yang sama, menjadikannya seolah-olah Type Change palsu.