"Bukan tiga Gergasi Kegelapan sahaja yang menentang Yuzare?! [...] Nama Gergasi itu ialah... Trigger!"
- ―Akito Hijiri, Hati yang Berbelah Bahagi
Trigger Dark [3] merupakan salah seorang Gergasi Kegelapan yang muncul dalam siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga. Dahulu, ini merupakan rupa asal Ultraman Trigger sebelum dia berpihak kepada cahaya. Dia telah dibangkitkan semula pada zaman moden setelah Carmeara menggunakan Curse of Darkness kepadanya.[4]
Gelaran:
- Ketua Kegelapan
- Vilest Evilest Warrior [5]
Konsep[]
Reka bentuk[]
Dengan cara yang serupa dengan bentuk Dark Ultraman Tiga, Trigger Dark kebanyakannya berwarna kelabu gunmetal, walaupun dia tidak mempunyai sebarang warna lain pada reka bentuknya selain sorotan warna emas pada pergelangan kaki, peha, di kawasan atas kepalanya dan di sebelah kiri dadanya, bersebelahan dengan Pemasa Warnanya yang berbentuk berlian. Perisai Trigger Dark bertekstur kasar dan dia mempunyai dua sambungan runcing yang memacak keluar dari bahunya. Pelapik bahu dan plat dadanya pula tidak simetri.
Sejarah[]
Masa lalu[]
Trigger Dark dahulunya merupakan salah seorang Gergasi Kegelapan yang memusnahkan Tamadun Ultra-Purba dan telah direkodkan pada bahagian yang tersembunyi di batu bersurat. Hati yang Berbelah Bahagi Dia dan Gergasi Kegelapan telah menangkap Yuzare dan membawanya ke mezbah untuk membuka pintu ke Eternity Core. Di bawah arahan Carmeara, Trigger Dark menjadi Gergasi Kegelapan yang pertama untuk menghampiri ke objek itu. Sebelum dia sempat berbuat apa-apa, Kengo Manaka yang telah pergi ke masa lampau melalui sebuah pusaran memasuki ke dalam Inner Space Trigger dan cuba meyakinkannya untuk berpihak kepada cahaya dan bertarung demi semua orang. Namun, Trigger Dark sebaliknya terus menyerang Kengo. Pertembungan Cahaya dan Kegelapan
Ultraman Trigger: New Generation Tiga[]
Pada masa sekarang, Trigger Dark sering muncul dalam mimpi Kengo. Di dalam mimpinya itu, Yuzare memberikan kata-kata samar kepadanya sebelum Trigger Dark yang diselubungi bayang-bayang muncul. Hubungan Cahaya Dalam satu kejadian, Kengo bermimpi dirinya berada di zaman Ultra-Purba dan menyaksikan Gergasi Kegelapan sedang menghancurkan tamadan purba itu dari perspektif Trigger Dark. Demi Senyuman
Profil[]

Statistik[]
Ciri-ciri Badan[]
- Pemasa Warna: Pemasa Warna berbentuk berlian.
- Kristal Cahaya: Kristal yang bercahaya di dahinya.
Teknik[]
Khas[]
- Dark Zeperion Beam [3]: Pancaran berwarna merah gelap yang ditembak dari lengan Trigger Dark dalam gaya L.[6]
- Dark Hand Slash: Sambaran tenaga kecil yang ditembak dari tangan Trigger Dark.
- Dark Lightning: Trigger Dark menghasilkan sambaran elektrik berwarna hitam dari tubuhnya ke semua arah.
Galeri[]
Ultraman Trigger: New Generation Tiga[]
Trivia[]
- Dari segi penampilan, dia dibuat berdasarkan Tiga Dark iaitu rupa asal Ultraman Tiga ketika dia merupakan seorang Gergasi Kegelapan.
- Persamaannya dengan Ultraman Trigger juga telah diakui oleh Kengo dan dia menganggap bahawa Trigger Dark merupakan rupa Trigger pada masa lalu, dengan cara yang sama seperti Tiga yang berpihak pada cahaya.
Rujukan[]
- ↑ テレビマガジン 2021年12月・2022年1月合併号 page 39
- ↑ https://twitter.com/cyq_joker/status/1444096923334365184
- ↑ 3.0 3.1 3.2 3.3 https://m-78.jp/trigger/alien-monster/
- ↑ てれびくん10月号 page 91
- ↑ https://corocoro.jp/302691/
- ↑ てれびくん10月号 page 93