"Tak mungkin, itu kegelapan saya?"
- ―Ultraman Tiga, TDG THE LIVE: Ultraman Tiga
Tiga Dark ini merupakan seorang klon diri Ultraman Tiga pada masa lalu sebagai seorang Gergasi Kegelapan yang dimanifestasikan daripada tenaga gelapnya sendiri. Dia telah melakukan kemunculannya sebanyak tiga kali secara eksklusif di pementasan pada tahun 2021 dan 2022.
Sejarah[]
TDG THE LIVE: Ultraman Tiga[]
Setelah menewaskan Camearra, Tiga telah diberikan Black Sparklence olehnya dengan memberitahunya bahawa dia perlu menggunakan kuasa kegelapan untuk mengeluarkan diri dari dunia bawah tanah. Walaupun Tiga telah mengaktifkan peranti itu, ia sebaliknya menjelmakan dirinya yang lalu yang melawannya dan memarahi dirinya yang sekarang kerana membuang kegelapan. Berkat pertolongan daripada Dyna, Gaia, Zero dan Z yang menyumbangkan cahaya mereka (selain daripada para penonton), ia telah menyeru Ultraman Trigger ke dunia bawah tanah untuk bertarung dengan Giakuuda dan Moravia sementara Tiga melancarkan serangan penamat ke arah pelanduk dua serupnya itu. TDG THE LIVE: Ultraman Tiga
NEW GENERATION THE LIVE: Ultraman Trigger STAGE 1[]
Pada bahagian pertama pertunjukan pentas ini, Absolute Tartarus menggunakan kuasanya untuk menzahirkan kegelapan dalaman Tiga ke dalam salinan diri masa lalunya. Evil Tiga menawarkan diri untuk bertarung dan mempercayakan Tiga dan Trigger untuk menewaskan Tartarus ketika dia dengan pantas menewaskan klon pesaingnya itu. NEW GENERATION THE LIVE: Ultraman Trigger STAGE 1
NEW GENERATION THE LIVE: Ultraman Trigger STAGE 4[]
Dengan kuasa yang mengekstrak kegelapan Tiga untuk membuatnya bertarung dengan pasangan Triggernya, Trigger Dark. Dia turut serta dalam pertarungan huru-hara antara kedua-dua Gergasi Kegelapan, Tiga, Trigger dan Trigger Dark. Ultraman Trigger kemudiannya menewaskannya. NEW GENERATION THE LIVE: Ultraman Trigger STAGE 4
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 53 meter
- Berat badan: 44,000 tan
Ciri-ciri Tubuh[]
- Tiga Crystal :
- Mata:
- Protector :
- Perisai Ultra:
Teknik[]
Khas[]
- Zeperion Beam : Dalam TDG THE LIVE, Tiga Dark menggunakan variasi Zeperion Beam miliknya sendiri ke arah templat asalnya dalam pergelutan pancaran yang berakhir dengan kematiannya sendiri.
Trivia[]

Zeperion Beam milik Tiga Dark pada figura ULTRA-ACT.
- Di pementasan TDG THE LIVE, suaranya menyerupai versi suara Tiga yang teredam.
- Tiga Dark juga melepaskan Zeperion Beam versinya sendiri ketika saat-saat terakhirnya. Versi asalnya pada masa lalu ketika zamannya sebagai Gergasi Kegelapan tidak diketahui mempunyai serangan penamat berbentuk pancaran, namun ia dianggap bahawa dia berkemungkinan mampu melakukannya menurut figura ULTRA-ACT, yang mana dilengkapi dengan kesan pancaran versi merah.
- Kaedah dia dicipta oleh Tartarus di NEW GENERATION THE LIVE menyerupai Ultra Dark-Killer, walaupun Dark-Killer mencuri cahaya sasarannya dan bukannya kegelapan dalaman mereka.
- Di TDG THE LIVE: Ultraman Tiga dan NEW GENERATION THE LIVE: Ultraman Trigger STAGE 1, kemunculan dan asal usulnya sebagai kegelapan Tiga yang diberikan kesedaran awalnya meramalkan keadaan di sebalik Trigger Dark dua bulan sebelum kemunculan sulungnya. Menariknya, Ultraman Trigger turut muncul dalam kedua-dua persembahan pentas tersebut.