Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan Ultraman Orb.
ialah episod ke-16 dalam siriSinopsis[]
Gai dihantui rasa bersalah kerana hampir membunuh Naomi dan keyakinannya sebagai seorang Pahlawan Ultra hancur. Juggler pula mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan ancaman yang lebih dahsyat. Mustahil untuk Gai menang tanpa menggunakan kuasa Thunder Breastar, tetapi adakah dia akan menggunakan kuasa kegelapannya sekali lagi?
Plot[]
Episod bermula dengan Jetta dan Shin pergi ke hospital untuk melawat kapten mereka, Naomi yang mengalami kecederaan selepas pertarungan dengan Galactron. Shin sekali lagi mengingatkan Jetta agar tidak menyebut nama Gai di hadapannya sambil tertanya-tanya ke mana perginya Gai.
Di bilik hospital, Naomi sedang menonton rakaman letupan yang berlaku di Rusalka pada tahun 1908. Selepas sedikit gangguan, Jetta dan Shin memberitahu Naomi bahawa pada masa itu, tiada siapa yang mengetahui puncanya, menjadikannya salah satu misteri terbesar sepanjang zaman, namun kini ia mungkin berkaitan dengan letupan yang memusnahkan robot gergasi itu. Mereka juga membuat spekulasi bahawa pada masa tersebut, Ultra yang ada mungkin serupa dengan Orb.
Selepas itu, dua lelaki berpakaian sut hitam muncul di hadapan mereka bertiga, tetapi Naomi segera menyedari bahawa mereka sebenarnya ibunya, Keiko dan bapa saudaranya, Ittetsu. Keiko memberitahu Naomi bahawa moyangnya dilahirkan dan dibesarkan di Rusalka, dan anak patung yang mereka bawa dari pejabat kebetulan merupakan pembawa tuah moyangnya, yang diberikan kepadanya ketika dia berangkat ke Tokyo. Menurutnya lagi, disebabkan oleh anak patung inilah Naomi dapat sembuh semula sepenuhnya sambil menggayakan "Big V". Selain itu, mereka berdua berpakaian sut untuk mengelak daripada dikejar oleh sekumpulan wartawan.
Orang awam kini sedang meluahkan kritikan terhadap Ultraman akibat insiden Galactron, malah sampai ke rumah Naomi dan keluarganya untuk mendapatkan komen daripada empunya badan, namun dia memahami akan perasaan Orb kerana dia sendiri juga tidak sedar akan tindakannya. Walau bagaimanapun, mereka memutuskan untuk tidak mendedahkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan kemarahan lebih lanjut, termasuklah anggota VTL, yang mungkin tidak akan teragak-agak untuk menyerang Orb jika dia muncul lagi di hadapan mereka walaupun hakikatnya Orb telah berkali-kali menyelamatkan manusia. Keiko kemudian memberitahu Naomi agar melupakan Gai kerana menurutnya orang seperti Gai hanya membawa masalah kepada gadis muda sepertinya. Selepas sedikit perbalahan, Naomi dengan kasar menyuruh semua orang keluar agar dia dapat berehat.
Kemudian, Ittetsu dan Keiko berbincang tentang reaksi Naomi terhadap Gai yang hilang entah ke mana, yang menurut Keiko itu adalah demi kebaikannya sendiri. Sementara itu, Naomi memegang anak patung tersebut di tangannya, termenung sambil memikirkan tentang Gai.
Sementara itu, Gai dilihat berjalan di sekitar hutan di Rusalka sambil mengenang saat-saat bersama Natasha, cinta pertamanya, termasuk saat dia memberikan Orbnica kepadanya ketika dia hendak bertarung dengan Maga-Zetton dan juga memperlihatkan pertarungan antara dua gergasi tersebut, yang nampaknya menyebabkan Natasha kehilangan nyawanya. Tiba-tiba, Jugglus Juggler muncul dan memberitahu Gai bahawa dia tidak akan pernah kembali kepada dirinya yang asal disebabkan oleh pengaruh Ultraman Belial ke atasnya. Jugglus juga mengatakan bahawa orang yang memiliki kuasa sebegitu akan menghancurkan yang lain untuk menguji kekuatan mereka supaya dapat menguasai segalanya, termasuk mereka yang disayanginya. Mendengar kata-kata itu, tercetus pertarungan singkat antara Jugglus dan Gai yang seri pada awalnya, sebelum Jugglus akhirnya berjaya menewaskan Gai dengan serangan tenaga miliknya.
Selepas itu, majin tersebut menggunakan pedangnya untuk menyeru lubang cacing yang memperlihatkan ekor Maga-Orochi yang telah diputuskan oleh Gai sebelum ini, lalu menggunakan Dark Ringnya untuk melaksanakan Kaiju Fusion bersama ekor tersebut serta Kad Kaiju Zetton dan Pandon untuk menjelma sebagai raksasa hibrid, Zeppandon. Gai segera bertukar menjadi Ultraman Orb untuk menghentikan raksasa itu, namun walau sekuat mana pun dia mencuba dan dalam apa jua bentuk sekalipun (sambil cuba sedaya-upaya untuk mengelak dari menggunakan kad Belial meski Juggler kerap menghasutnya), raksasa itu tidak dapat ditandinginya, apatah lagi menghancurkan lapisan perisai Zeppandon. Akhirnya, Gai memutuskan untuk mengundurkan diri dari medan pertarungan dengan menggunakan Stobium Dynamite, walaupun serangan itu masih tidak memberi kesan pada raksasa hibrid tersebut.
Gai yang tercedera kemudian dilihat tersandar di sebatang pokok dan terlihat kelibat Natasha dalam satu penglihatan, yang memegang tangannya dan memberikannya sekeping kad kosong, yang dijelaskan sebagai dirinya yang asal. Kelibat Natasha itu kemudian berubah menjadi Naomi yang memberi kata-kata semangat kepadanya untuk kembali kepadanya sebagai dirinya yang sebenar. Selepas Naomi berjalan keluar ke dalam hutan, Gai terjaga lantas menyedari bahawa itu hanyalah mimpi, tetapi di dalam genggamannya terdapat sekeping kad, meskipun dia tidak dapat melihat apa yang ada dalam hatinya atau masa depan yang sepatutnya dilindunginya lagi.
Kembali di Jepun, ketika di hospital, Jugglus bersiul sambil berjalan memasuki ke dalam bilik Naomi tepat ketika dia sedang tidur. Dia sudahpun bersedia dengan menghunus pedangnya, tetapi memutuskan untuk tidak melakukannya dan hanya menunggu masa yang sesuai.
Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]
- Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira kita untuk hari ni... ini dia!
- Orb Ring: Ultraman Gaia!
- Gai: Cahaya merah Bumi, Ultraman Gaia, yang dilahirkan oleh Bumi. Raksasa kita hari ni pula...
- Orb Ring: Raja Raksasa!
- Gai: Raja Raksasa adalah sekumpulan raksasa yang dikunci di Bumi sejak dari zaman lampau. Setiapnya memiliki elemen yang berbeza, dan cukup bahaya hingga boleh menghancurkan dunia. Saksikan episod seterusnya ya!
Pelakon[]
- Gai Kurenai : Hideo Ishiguro
- Naomi Yumeno : Miyabi Matsuura
- Jetta Hayami : Naoto Takahashi
- Shin Matsudo : Hiroaki Nerio
- Jugglus Juggler : Takaya Aoyagi
- Ittetsu Shibukawa : Shingo Yanagisawa
Pelakon jemputan[]
- Keiko Yumeno : Minako Tanaka
- Natasha : Vlada
- Wartawan: Hideki Yamanaka
Pelakon sut[]
- Ultraman Orb (Spacium Zeperion, Burnmite) : Hideyoshi Iwata
- Ultraman Orb (Hurricane Slash) : Shinnosuke Ishikawa
- Zeppandon : Hiroyuki Arai
- Jugglus Juggler : Satoru Okabe
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Orb
- Spacium Zeperion
- Burnmite
- Hurricane Slash
Kaiju[]
Trivia[]
- Episod ini merupakan penghormatan kepada episod dari siri Ultraseven, Siapa Awak?.
Episod Ultraman Orb Chronicle | |
---|---|
Ultraman Orb | Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya |
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~ |