Ultraman Wiki
Advertisement


Takeshi Yoshioka (吉岡 毅志, Yoshioka Takeshi) ialah pelakon yang melakonkan watak Gamu Takayama dalam dunia Tsutomu Shinsei. 20 tahun kemudian dalam Tiga, Dyna, and Ultraman Gaia Novel: The Adventure in Hyperspace, dia diberikan Esplender daripada wataknya sendiri, membolehkan dia bertukar menjadi Ultraman Gaia selepas serangan Kaiser Gyrares XIII.

Sejarah[]

Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia: The Decisive Battle in Hyperspace[]

Satu-satunya kemunculan Takeshi Yoshioka merupakan dalam kaset pita milik Tsutomu yang mengandungi episod siri Ultraman Gaia, di mana beliau melakonkan sebagai wataknya, Gamu serta menyamar sebagai Satan Bizor. Dengan bantuan Red Sphere, Tsutomu membawa Gamu sebenar ke dunianya yang kemudian mencetuskan serangkaian peristiwa yang membawa kepada plot filem tersebut. Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia: The Decisive Battle in Hyperspace

Tiga, Dyna, and Ultraman Gaia Novel: The Adventure in Hyperspace[]

20 tahun selepas kemusnahan King of Mons, Tsutomu yang sudah meningkat berusia 29 tahun bertemu dengan Takeshi yang sedang memainkan peranan sebagai seorang penculik dalam sebuah filem yang tidak dikenal pasti tajuknya. Semasa Takeshi berehat di sebuah kafetaria, Tsutomu pun menyapanya, sebelum pelakon itu meluahkan penyesalannya kerana pernah melakonkan watak Gamu kerana ia telah memberi kesan negatif kepada kerjayanya sambil mematahkan semangat Tsutomu sebagai peminat Ultraman dengan berkata agar dia berputus asa sahaja. Namun, Takeshi tidak menganggap dakwaan Tsutomu yang bertemu dengan Gamu Takayama sebenar sebagai satu pembohongan.

"Saya dah diamanahkan dengan kuasa ini. Untuk melindungi dunia ni, untuk memenuhi janji saya dengan Tsutomu. Gaia!"

―Takeshi bertukar menjadi Ultraman Gaia

Apabila artis gila Shunsuke Kuji membangkitkan Kaiser Gyrares dan menyebabkan huru-hara dan kekacauan, Gamu telah dipanggil oleh rakan sekerja Yu Hirama di mana dia memohon maaf kepada Tsutomu atas pertemuan mereka sebelum ini. Usahanya untuk menyelamatkan seorang gadis kecil mendapat pengiktirafan daripada Ultraman Gaia yang sebenar, lantas menyebabkan dia mengambil mainan Esplender dan menggunakannya untuk bertukar menjadi Ultra itu sendiri. Walaupun seorang pelakon, minda Takeshi beresonansi dengan Gamu yang sebenar dari dunia lain, mula-mula menggunakan V1 dan kemudiannya berkembang menjadi V2 untuk memusnahkan Kaiser Gyrares XIII. Apabila Gyrares bergabung dengan baka raksasa lain dari pelbagai siri Ultraman untuk menjadi Demon Gyrares XIV, Gaia menerima bantuan dari Tiga, Dyna, GUTS dan Super GUTS untuk memusnahkan raksasa itu, seterusnya menyelamatkan dunia. Tiga, Dyna, and Ultraman Gaia Novel: The Adventure in Hyperspace

Galeri[]

Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia: The Decisive Battle in Hyperspace[]

Trivia[]

  • Transformasi Takeshi menjadi Gaia V1 walaupun Ultra itu telah berkembang menjadi V2 mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa beliau kurang berpengalaman dalam pertarungan, ini menjelaskan evolusi berterusan Gaia dalam pertarungan untuk menunjukkan pertumbuhannya dalam kuasa. Ini juga terbukti apabila sebagai Gaia V2, Takeshi berjaya melancarkan serangan penamat pada Gyrares, raksasa yang baru sahaja membunuh King of Mons.
  • Menurut catatan belakang dalam novel, perwatakan Takeshi dalam novel tersebut merupakan tafsiran yang dekat dengan pelakonnya dalam kehidupan sebenar.

Rujukan[]

Hos dan Bentuk Manusia
Hos Showa Shin Hayata | Dan Moroboshi | Hideki Go | Seiji Hokuto | Yuko Minami | Kotaro Higashi | Profesor Ohtani | Shuuhei Aragaki | Tetsuya Kitajima | Tadao Nanbara | Takashi Ueno | Gen Otori | Choichiro Hikari | Kyoko Kodaka | Takeshi Yamato | Ryoko Hoshi | Scott Masterson | Chuck Gavin | Beth O'Brian
Hos Heisei Jack Shindo | Dan Moroboshi (Heisei Ultraseven) | Kenichi Kai | Masaki Kazamori | Genki Kagura | Gadis Misteri | Shin Kenmochi | Ejen Sean | Masato Usami | Katsuto Asahi | Daigo Madoka | Tsubasa Madoka | Amui | Shin Asuka | Gamu Takayama | Hiroya Fujimiya | Ginga Yumeboshi | Musashi Haruno | Julie | Shunichi Maki | Jun Himeya | Ren Senjyu | Nagi Saijyo | Kazuki Komon | Kaito Touma | Ikuo Hasunuma | Mirai Hibino | Kazuya Serizawa | Ryu Aihara | Shingo Sakomizu | Jin | Run | Nozomu Taiga | Hikaru Raido | Sho | Daichi Oozora | Sayuri Tachibana | Yuuto Tamaki | Gai Kurenai | Riku Asakura | Leito Igaguri | Katsumi Minato | Isami Minato | Rosso | Blu | Asahi Minato
Hos Reiwa Hiroyuki Kudo | Haruki Natsukawa | Kengo Manaka | Ribut | Ignis | Shinji Kaminaga | Kanata Asumi | Decker Asumi | Dinas | Gento Hiruma | Yuma Hize
Hos Ultra Jahat Keigo Masaki | Riko Saida | Shinya Mizorogi | Hiroyuki Misawa | Mitsuhiko Ishibori | Soso | Utsuutsu | Arie Ishikari | Makoto Aizen | Kirisaki | Zabil
Media Ultraman Lain Takeshi Yoshioka (Hyperspace) | Ikuru | Shin Moroboshi | Kazuma Asuka | Akiko Fuji (Ultraman F) | Shin Hayata (Marvel) | Dan Moroboshi (Marvel) | Lili Archive | Ken Sato | Hayao Sato
Hos Lain Takeshi Hongo | Kyotaro Kagami | Officer Sakomizu | Goro Kirishima | Yuji Hayase | Tetsuo Hayase | Lily Hayase | Daisuke Misaki | Naoki Tachibana | Kochan | Ai Tachibana | Zen Tachibana | Go Toki | Naoto Sho | Takeshi Todo | Ippei Baba | Yuka Inoue | Mai Midorikawa | Sam Collins | Akira Kageyama | Rei | Nao | Tomoya Ichijouji | Daisuke Misaki (Glenfire) | Amate | Yuta Hibiki | Hikari Kaizaki | Chloe
Advertisement