Ultraman Wiki
Advertisement

Supaya Saya Boleh Jadi Diri Sendiri (僕が僕であること, Boku ga Boku de Aru Koto) ialah episod keenam dalam siri Ultraman Geed.

Sinopsis[]

Geed gagal menewaskan Fusion Rise baharu Kei, Thunder Killer sehinggalah Zero muncul untuk membantu. Riku mempelajari apa yang diperlukan untuk menjadi seorang Ultraman dan memperoleh senjata baharunya, Geed Claw.

Plot[]

Geed dengan berani menghadapi Thunder Killer dalam kedua-dua bentuk Primitive dan Solid Burning, namun serangannya hampir tidak memberi kesan kepada raksasa gabungan tersebut. Walaupun proses pemindahan penduduk telah selesai, anehnya raksasa itu tidak kelihatan mengejar Little Star seperti pertemuan sebelumnya. Zero muncul untuk membantu Geed, tetapi Thunder Killer memilih untuk berundur. Leito memasuki Rumah Nebula buat julung kali dan dengan bantuan mekanisme RE.M., dia dan Zero dapat berkomunikasi. Riku dan Leito terlibat dalam perdebatan tentang siapa yang mempunyai kehidupan lebih mudah, sehinggalah RE.M. menyediakan satu penyelesaian.

Pada hari yang sama, Riku dan Pega bekerja menggunakan alat penyamaran milik Alien Shaplay, manakala Leito menjalani pengalaman bekerja separuh masa di Galaxy Market sambil menjalani latihan. Akhirnya, kedua-dua mereka menyedari bahawa kehidupan masing-masing tidak semudah yang disangka. Keesokan harinya, mereka saling memohon maaf kerana meremehkan cabaran hidup satu sama lain, dan Leito memberitahu Riku bahawa anak perempuannya, Mayu merupakan motivasinya untuk terus maju walaupun menghadapi kesukaran. Selepas memutuskan untuk tidak lagi menggunakan lencana Shaplay Metal, Laiha memberitahu Riku bahawa matlamat Thunder Killer hanyalah untuk menyerang Ultraman Geed dan bukannya mengejar Little Star di sekitarnya. Tidak lama kemudian, raksasa tersebut muncul sekali lagi, memaksa Riku untuk bertindak sebagai Geed.

Tidak berputus asa, semangat Riku mengaktifkan Geed Claw, memberikan kekuatan kepada Ultraman Geed untuk mengubah keadaan pertempuran. Pada akhir pertarungan, Laiha memulakan sesi latihan untuk Riku, manakala Kei Fukuide bertemu dengan tuannya, Ultraman Belial. Dengan kuasa yang diberkati untuk melakukan Fusion Rise sekali lagi, Kei memulakan operasi untuk menyingkirkan pengacau tersebut.

Navigasi Kapsul Ultra[]

  • Riku: Navigasi Kapsul Ultra! Inilah dia kapsul hari ini!
  • Riser: Ultraman Cosmos!
  • RE.M.: Ultraman Cosmos. Tinggi: 47 meter. Berat badan: 42,000 tan. Bagi Ultraman Cosmos, mod Luna birunya ialah simbol yang menunjukkan kebaikannya.
  • Riku: Seterusnya, yang ini!
  • Riser: Ace Killer!
  • RE.M.: Gergasi Luar Dimensi, Ace Killer. Tinggi: 40 meter. Berat: 43,000 tan. Gergasi yang mempunyai kekuatan yang sangat hebat, dan Ace Killer ni dicipta untuk mengalahkan Ultraman Ace.
  • Riku: Saksikan episod seterusnya!

Pelakon[]

  • Riku Asakura (朝倉 リク, Asakura Riku): Tatsuomi Hamada (濱田 龍臣, Hamada Tatsuomi)
  • Laiha Toba (鳥羽 ライハ, Toba Raiha): Chihiro Yamamoto (山本 千尋, Yamamoto Chihiro)
  • Leito Igaguri (伊賀栗 レイト, Igaguri Reito): Yuta Ozawa (小澤 雄太, Ozawa Yūta)
  • Kei Fukuide (伏井出 ケイ, Fukuide Kei): Kunito Watanabe (渡辺 邦斗, Watanabe Kunito)
  • Lumina Igaguri (伊賀栗 ルミナ, Igaguri Rumina): Hitomi Hasebe (長谷部 瞳, Hasebe Hitomi)
  • Mayu Igaguri (伊賀栗 マユ, Igaguri Mayu): Mirei Shimizu (清水 美怜, Shimizu Mirei)

Pelakon jemputan[]

  • Penyampai (キャスター, Kyasutā): Chisato Kawai (川合 千里, Kawai Chisato)
  • Pekerja Wanita (女性社員, Josei Shain) Sahara Tanaka (田中 咲葉良, Tanaka Sahara)
  • Pengurus (部長, Buchō): Ichiro Furusawa (古沢 一郎, Furusawa Ichirō)
  • Para Pekerja (社員, Shain):
    • Ryuji Maeda (前田 竜治, Maeda Ryūji)
    • Shunji Mitani (三谷 隼司, Mitani Shunji)
    • Akino Aiba]] (相羽 あきの, Aiba Akino)
    • Megumi Yuzuki (結月 めぐみ, Yuzuki Megumi)
  • Penyambut Tetamu (Uketsuke Jō): Momo Aoki (碧木 もも, Aoki Momo)
  • Wanita Muda (若い女, Wakai On'na): Hina Mizuki (美月 ひな, Mizuki Hina)
  • Lelaki Berusia (老人, Rōjin): Motoichiro Suzuki (鈴木 本一郎, Suzuki Motoichirō)
  • Kanak-kanak (子供たち, Kodomo-tachi):
    • Yuta Kajihara (梶原 裕太, Kajihara Yūta)
    • Shinoko Fukushima (福島 知乃心, Fukushima Shinoko)
    • Shunta Ito (伊藤 駿太, Itō Shunta)
    • Karen Kawamorita (川守田 花恋, Kawamorita Karen)
    • Ruri Matsuo (松尾 瑠莉, Matsuo Ruri)
    • Ayame Kyomure (京牟礼 采姫, Kyōmure Ayame)
    • Kisora Fujimoto (藤本 希空, Fujimoto Kisora)

Pelakon suara[]

  • Alien Pegassa Pega (ペガッサ星人ペガ, Pegassa Seijin Pega): Megumi Han (潘 めぐみ, Han Megumi)
  • RE.M. (レム, Remu): Suzuko Mimori (三森 すずこ, Mimori Suzuko)
  • Alien Shadow Zenna (シャドー星人ゼナ): Shintaro Asanuma (浅沼 晋太郎, Asanuma Shintarō)
  • Ultraman Zero (ウルトラマンゼロ, Urutoraman Zero): Mamoru Miyano (宮野 真守, Miyano Mamoru)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Geed: Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Zero: Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)
  • Pega: Satomi Maruta (丸田 聡美, Maruta Satomi)
  • Thunder Killer: Kazunori Yokoo (横尾 和則, Yokō Kazunori)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

  • Alien Pegassa Pega
  • Thunder Killer

Trivia[]

  • Dalam wawancara bersama orang awam di jalanan, seorang individu menyatakan bahawa dia tidak menyukai penampilan Geed. Ini merupakan rujukan kepada reaksi segelintir peminat yang tidak suka dengan rekaan Ultraman Geed.
  • Ketika Kei bercakap dengan Ultraman Belial di suatu kawasan yang kelihatan seperti dimensi lain, situasi ini mencerminkan bagaimana Hayata dari siri Ultraman pertama kali bertemu dan bergabung dengan Ultraman. Namun, dalam kes ini, Belial tidak bergabung dengan Kei, sebaliknya memberikannya sebahagian kecil kuasa Reionics untuk melakukan Fusion Rise.
  • Dalam alih suara Bahasa Indonesia yang disiarkan di RTV, episod ini diberi tajuk "Penyamaran Riku".
Episod Ultraman Geed
Selamat Datang ke Pangkalan Rahsia | Gadis Yang Menumpaskan Raksasa | Salaryman Zero | Tugas Menyiasat Makhluk Asing | Pasangan | Supaya Saya Boleh Jadi Diri Sendiri | Pengorbanan | Melampaui Takdir | Pedang Sumpah | Membaca Fikiran | Identiti Geed | Nama Saya | Mengembalikan Kenangan | Bayang dalam Bayang | Anak dari Pertempuran | Hari Pertama Kemusnahan Dunia | Keajaiban King! Masa untuk Ubah Takdir!! | Pewaris Kepada Mimpi | Pencerobohan Rumah Nebula | Raksasa Burung Jam 10:00 Pagi | Pega Lari Dari Rumah | Rampasan | Cahaya Sturm | Secebis Harapan | Simbol Geed
Advertisement