Ultraman Wiki
Advertisement


Star Mark (スターマーク, Sutā Māku) merupakan 12 biji lencana kebanggaan yang hanya dianugerahkan kepada Pahlawan Ultra yang benar-benar layak sahaja.

Sejarah[]

Masa lalu[]

Dalam beberapa pertarungan yang terdahulu, Zoffy berjaya memperoleh lencana Star Mark kerana sinaran M87 Beam miliknya telah dianggap sebagai sinaran taktik yang paling kuat.

Ultraman[]

Lencana itu telah ditunjukkan buat pertama kalinya dalam episod 39 siri Ultraman. Sewaktu itu, Zoffy muncul untuk bersemuka dengan Ultraman, yang ketika itu telah cedera teruk selepas bertarung bermati-matian dengan Zetton.

The Ultraman Hikari[]

Dalam sebuah novel yang disertakan sekali dengan DVD Ultraman Mebius Gaiden: Hikari Saga, Ultraman Hikari telah mengatakan yang beliau dianugerahkan lencana Star Mark kerana telah berjaya menemukan cara untuk menghidupkan kembali Pahlawan Ultra yang sudah mati. Salah satu hasil ciptaannya ialah Beta Capsule yang digunakan oleh Zoffy ketika mahu menyelamatkan nyawa Ultraman pada tahun 1967. Ironinya, ini juga adalah sebab mengapa Hikari berhenti dari Space Science Department, kerana ciptaannya itu telah mencetuskan peperangan di antara makhluk asing, sehingga ia juga telah disalahgunakan oleh Alien Bat ketika berada di Bumi untuk menghidupkan semula Zetton II.

Ultra Fight Orb[]

Dalam siri mini Ultra Fight Orb, Zoffy telah menawarkan Ultraman Orb lencana Star Mark kerana keberanian yang telah ditunjukkan olehnya dalam usaha misi untuk menghentikan Reibatos. Menurut kata Zoffy, Orb berhak mendapat lencana Star Mark dan keahlian untuk menjadi sebahagian dari Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Orb, bagaimanapun, telah menolak tawaran itu kerana dia adalah seorang pengembara dan turut mendedikasikan tugasnya itu sebagai seorang Ultraman sebelum pergi. Ultra Fight Orb

Pemakai[]

Trivia[]

  • Jika Orb menerima tawaran Zoffy itu, dia akan menjadi Ultra pertama yang bukan berasal dari Negeri Cahaya yang dianugerahkan lencana Star Mark.
Kuasa, Sifat Ultra dan Objek Menarik
Kuasa dan Sifat Gelaran Ultraman | Ultra Beam | Cahaya Dalaman Ultra | Color Timer (Star Symbol) | Beam Lamp | Slugger | Protector | Ultra Horn | Pendakap dan Gelang | Penyerapan Tenaga Suria | Kristal Dahi | Kristal Cahaya | Type Change | Kristal Badan | Perisai Ultra | Kebolehan Mental | Bahasa Ultra | Hos/Bentuk Manusia | Medan Dimensi | Star Mark | Baradhi
Alat Berkaitan Ultra Alat Transformasi | Spacium | Emerium | Ultra Bell | Ultra Key | Ultra Mind | Plasma Spark | Ultlive | Radiasi Kanak-Kanak
Koleksi Siri dan Pemegang Spark Doll | Cyber Card | Ultra Fusion Card | Ultra Fusion Card Holder | Kaiju Card | Ultra Capsule | Ultra Capsule Holder | Kaiju Capsule | R/B Crystal | R/B Crystal Holder | R/B Crystal Collection Case | Ultra Taiga Accessory | Ultra Access Card | Ultra Medal | Z Holder | Kaiju Medal | GUTS Hyper Key | Kaiju Key | Ultra Dimension Card | Mons Dimension Card | Blazar Stone
Media Lain Plasma Ore | Ultraman Suit | Faktor Ultraman (Faktor Belial)
Advertisement