Sora adalah Ultra Suku Biru yang bekerja sebagai seorang saintis di Negeri Cahaya. Asalnya pertama kali muncul di acara pementasan Ultraman Festival Live Stage 1 pada tahun 2018, Sora telah membuat kemunculan live action pertamanya sebagai seorang duta di Planet Kanon.
Etimologi[]
Namanya, Sora merupakan perkataan dalam bahasa Jepun untuk "awan"
.Sejarah[]
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Profil[]
Kebolehan[]
- Penerbangan: Sifat semula jadi spesiesnya, di mana membolehkan Sora terbang.
- Intelek Tahap Genius: Sebagai Ultra biru, Sora berkebolehan untuk mereka bentuk Ultra Flash, iaitu sejenis peranti seakan Pemasa Warna yang bersesuaian dengan dengan saiz tapak tangan penduduk Bumi dan menukarkan perasaan positif kepada tenaga untuk mengecas kuasa kembali untuk Pahlawan Ultra.
- Melodi: Sora mempunyai suara nyanyian yang merdu secara semula jadi, yang membolehkannya membaiki Ultra Flash yang rosak.
Senjata[]
- Flower Tector
- Shield Fleur [1] Ia dapat menyekat Genesis Requiem milik Leugocyte. : Penghalang tenaga yang dihasilkan dari Flower Tector.
: Sora mempunyai perisai di dada dengan pelbagai perhiasan dan mantel di belakangnya ketika memasuki medan pertempuran. Ia merupakan turun-temurun melalui keluarganya apabila pewaris seterusnya bersedia untuk mewarisinya.
Media Lain[]
Ultraman Festival 2018[]
Sora bukanlah seorang pahlawan seperti kebanyakan Ultra yang lain di Negeri Cahaya. Sora telah ditugaskan untuk menyambut kedatangan Ultraman Geed dan penonton di planet itu. Dia jugalah yang bertanggungjawab mengedarkan Ultra Flash, iaitu sejenis peranti seakan Pemasa Warna yang dicipta olehnya untuk menukarkan perasaan positif si pemakai kepada tenaga untuk mengecas kembali kuasa Ultra.
Ketika serangan Alien Empera berlaku, Geed ditugaskan untuk membawa Sora ke tempat selamat sebelum dia dikalahkan oleh makhluk asing itu. Empera bagaimanapun memilih untuk melepaskan Ultrawoman itu, kerana dia percaya Sora tidak berbaloi untuk dibunuh. Walaupun sudah tiada keinginan untuk berlawan, Sora bagaimanapun telah digalakkan oleh juruhebah wanita di acara itu untuk kembali bersama perisai pertarungan ketika kejadian berkenaan. Sora kemudiannya membaiki peranti Ultra Flash yang sudah rosak sebelum kembali semula ke Negeri Cahaya. Pengorbanan dia itu telah memberi peluang kepada Pahlawan Ultra yang lain untuk menyerang balas dalam kejadian itu.
Galeri[]
Trivia[]
- Sut Sora telah digunakan sebagai salah satu watak tambahan penduduk di Negeri Cahaya dalam filem Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie pada tahun 2009. Sut dia juga merupakan kitar semula dari sut seorang lagi Ultra yang bernama Peony.
- Sora adalah watak Ultra pertama yang disuarakan oleh Megumi Han, dan membuatkannya telah memenuhi salah satu impian terbesarnya.
- Perisai Sora telah diubah suai dari watak Ultraman Festival 1997, Light Yōsei Farla .
Rujukan[]
- ↑ Uchusen Yearbook 2021