Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement








UltramanSeries

Siri Ultraman (ウルトラマンシリーズ, Urutoraman Shirīzu) atau secara meluasnya dikenali sebagai Siri Ultra (ウルトラシリーズ, Urutora Shirīzu) merupakan francais yang telah lama berjalan yang dicipta dan dihasilkan oleh Tsuburaya Productions.

Sejarah[]

Ultra Q merupakan sebuah siri tokusatsu di Jepun iaitu salah satu antara yang pertama membawa daikaiju ke skrin kecil. Guru kesan khas, Eiji Tsuburaya merupakan bahagian utama dalam siri ini. Ia dirancang untuk memperkenalkan seorang adiwira gergasi yang bertarung dengan raksasa, serupa dengan filem Showa Godzilla. Adiwira itu melalui banyak peringkat, di mana pada asalnya dia dirancang untuk menjadi manusia burung yang bernama Bemular dengan reka bentuk yang kemudian telah menjadi raksasa Hydra. Akhirnya, dia berevolusi menjadi seorang adiwira merah dan perak yang terkenal. Mereka memperkenalkan adiwira titular Ultraman dalam siri kedua yang mana menikmati kejayaan besar dan memulakan genre adiwira bertukar atau henshin.

Banyak sekuel yang mengikuti kemudiannya, termasuk siri Ultraseven, siri persendirian yang dirancang tanpa sebarang hubungan dengan siri Ultra Q dan Ultraman kecuali bahawa Ultraseven berasal dari nebula yang sama. Bagaimanapun selepas kematian Eiji Tsuburaya, ini telah dikerjakan semula (retconned) dalam siri Return of Ultraman. Rancangan itu merupakan Siri Ultraman rasmi pertama selepas 3 tahun. Ia diuruskan oleh Hajime Tsuburaya, anak lelaki kepada Eiji dan penulis lagu untuk kebanyakan lagu tema Ultraman berdasarkan nama pentas "Tokyo 1". Rancangan itu adalah perubahan nada yang agak besar kerana ahli-ahli pasukan pertahanan tidak berkembang sebagai pertukaran untuk watak keluarga pembantu pertama Siri Ultraman, keluarga Sakata. Siri Return of Ultraman juga telah membawa Ultraman dan Ultraseven ke dalam alam semesta yang sama. Disebabkan oleh kejayaan francais Kamen Rider yang sedang berlangsung, rancangan Ultra baru, Ultraman Ace mempunyai antagonis pertama yang serupa dengan Great Leader of Shocker, Yapool. Rancangan itu jauh lebih berdendam dan ia tidak diterima dengan baik, maka rancangan seterusnya, Ultraman Taro menjadi lebih mesra keluarga.

Rancangan itu merupakan salah satu dari tiga rancangan yang dicipta untuk ulang tahun ke-10 Tsuburaya Productions, iaitu Fireman dan Jumborg Ace. Ultraman Taro mendefinisikan kaum Ultra dan memberikan pengetahuan yang lebih berbanding Ultraman Ace dan Ultra Brothers muncul dengan lebih sering. Sesetengah peminat Siri Ultraman berasa tidak puas hati dengan siri Ultraman Taro yang bertema sederhana, maka siri Ultraman Leo diputuskan untuk menjadi sangat gelap dengan beberapa kematian manusia di skrin dan kematian makhluk asing yang mengerikan. 39 episod pertama siri Ultraman Leo menceritakan Ultraman Leo sebagai Gen Otori berlatih dengan Ultra veteran, Dan Moroboshi ketika Ultra Eye miliknya rosak. 12 episod bagaimanapun diputuskan untuk kali kedua untuk memperkenalkan antagonis Black Directive yang kemungkinan besar berusaha untuk bersaing dengan rancangan yang turut bertema gelap, Kamen Rider Amazon. Bagaimanapun, Kaiju mula pupus kerana anime dan adiwira bersaiz manusia menjadi lebih popular, menyebabkan Siri Ultraman berhenti selama 3 tahun, bahkan siri Kamen Rider Stronger menggantikan siri Ultraman Leo di saluran TBS.

Pada tahun 1979, Siri Ultraman telah mempunyai siri anime pertamanya, The☆Ultraman yang tidak bersambung dengan kesinambungan Showa. Pada tahun 1980, bagaimanapun, Kaiju dan fiksyen sains mula melonjak lebih banyak kerana dekad baru, maka siri Ultraman 80 memulakan siaran perdananya. Siri Ultraman 80 awalnya ingin menarik minat kanak-kanak di sekolah menengah, oleh itu 12 episod pertama menunjukkan Takeshi Yamato sebagai seorang guru sains, ahli pasukan UGM dan merupakan Ultraman 80. Plot sekolah telah dimasukkan dalam episod 13 untuk membuat Ultraman berpegang teguh pada akar francais. Ultraman 80 merupakan Siri Ultraman pertama yang mempunyai tema penutup siaran langsung. Ultraman kemudian berhenti pada awal tahun 1990-an, siri asing Ultraman: The Ultimate Hero dan Ultraman: Towards the Future telah dihasilkan dan dialih suara/bersari kata dalam Bahasa Jepun dengan kejayaan sederhana di Jepun. Pada tahun 1993, setelah siri Ultraman: Towards the Future membuat debut di NHK di Jepun dan setelah Kamen Rider ZO membuat debut, Toei dan Tsuburaya bekerjasama menghasilkan Ultraman vs. Kamen Rider untuk membandingkan kepopularan francais.

Siri itu kembali dengan Siri Ultraman pertama yang dihasilkan di Jepun dengan siri Ultraman Tiga yang mana diterima dengan baik. Ia diikuti oleh siri Ultraman Dyna dan Ultraman Gaia dan kedua-dua siri itu turut berjaya. Selepas direct-to-video Ultraman Neos pada tahun 2000, siri ini menyaksikan Ultraman Cosmos, entri paling lama berjalan sehingga 65 episod, dengan 10 episod terakhir itu di-complied disebabkan oleh skandal dengan Ultraman Cosmos tetapi kemudian ditunjukkan setelah skandal itu berakhir. Kemudian setelah Tsuburaya mengeluarkan siri Ultraman Nexus yang bertema lebih gelap dan berorientasi dewasa, siri itu kehilangan penilaian yang ketara disebabkan oleh ia dijadualkan untuk disiarkan pada masa hanya kanak-kanak yang menonton siri ini. Pada masa ia akhirnya disiarkan untuk penonton yang disasarkan, ia telah terlambat untuk meningkatkan penilaian itu.

Kembali ke akar umbi dengan siri Ultraman Max yang mesra kanak-kanak telah menyelamatkan francais, tetapi ia kekal dengan penilaian yang lebih rendah. Selepas siri ulang tahun ke-40 berikutnya, Ultraman Mebius, hanya dua entri baru yang telah dibuat menjadi rancangan televisyen semasa Era Heisei: Ultraseven X dan dua musim setiap satu untuk Ultra Galaxy Mega Monster Battle yang diikuti oleh trilogi Ultraman Zero dan Ultra Zero Fight. Kemudian pada tahun 2013, untuk menyambut ulang tahun ke-50 Tsuburaya Productions, era bertajuk "Generasi Baru" sendiri telah dibentuk sebagai sebahagian daripada era akhir Heisei yang memperkenalkan beberapa rancangan seperti Ultraman Retsuden, Ultraman Ginga dan siri-siri penerusnya. Siri-siri "Generasi Baru" ini lebih berorientasikan penjualan mainan dan lebih pendek, memperkenalkan koleksi dan gimik baru dan tiada satu siri pun di antaranya yang mempunyai lebih daripada 30 episod. Perubahan drastik ini membuat segelintir peminat lama hilang minat kerana koleksi baru yang diperkenalkan ini kelihatan tidak sesuai dan penilaian jatuh, walaupun ia mula meningkat seiring dengan penjualan kerana ansuran Siri Ultraman dihasilkan satu demi satu, terutamanya dengan siri ulang tahun ke-50, Ultraman Orb.

Francais itu juga pernah berada di pawagam, bermula dengan dua filem parodi Ultraman Zearth dan Ultraman Zearth 2, diikuti oleh Ultraman Tiga: The Final Odyssey yang dikeluarkan pada tahun 2000, serta ULTRAMAN, filem yang dibuka pada Disember 2004. Pasaran straight-to-video juga menyaksikan pengeluaran siri Ultraman Neos pada tahun 2000 serta penampilan khas untuk Ultraman Tiga, Dyna dan Gaia yang telah bekerjasama dalam persembahan teater (Tiga dan Dyna sebanyak sekali dan mereka bertiga bersama-sama). Filem Ultraman Mebius & the Ultra Brothers telah dibuka pada September 2006.

Pengeluaran asing merangkumi produksi bersama Hanna-Barbera posts tahun 1987, Ultraman: The Adventure Begins (dikenali sebagai Ultraman USA di Jepun), sebuah filem animasi; Ultraman: Towards the Future (dikenali sebagai Ultraman Great di Jepun), pengeluaran Australia tahun 1991 dan Ultraman: The Ultimate Hero (dikenali sebagai Ultraman Powered di Jepun) yang dihasilkan di Amerika Syarikat pada tahun 1993. Siri-siri Ultraman juga telah dialih suara ke pelbagai bahasa, termasuklah Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol (hanya siri Ultra Q, Ultraman asal, Ultraseven, Return of Ultraman, Ultraman: Towards the Future dan Ultraman Tiga yang diketahui telah diterjemahkan ke Bahasa Sepanyol), Bahasa Portugis (Ultraman, Ultraseven, Return of Ultraman dan Ultraman Tiga di Brazil), Bahasa Korea, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Indonesia dan Bahasa Kantonis. Juga diperhatikan ialah alih suara Bahasa Inggeris Amerika siri Ultraman Tiga oleh 4Kids Entertainment yang telah disiarkan pada tahun 2002. Alih suara itu banyak memutarbelitkan perwatakan dan suasana (mood) keseluruhan siri itu dan--kemungkinan hasilnya--kejayaan yang dicapai hanya terhad.

Pada tahun 1993, Tsuburaya Productions dan Toei Company bekerjasama menghasilkan Ultraman vs. Kamen Rider, sebuah crossover antara Ultraman asal dan Kamen Rider 1 Toei. Ciri direct-to-video ini dilindungi hak cipta oleh kedua-dua Toei (bersama dengan orang bawahannya, Toei Video dan Ishinomori Productions) dan Tsuburaya Productions. Pada masa ini, Tsuburaya Prod. menerima 43 Ultraman sebagai rasmi (termasuk Ultraman Legend, bentuk gabungan Ultraman Cosmos dan Justice yang dikira sebagai entiti yang berasingan). Angka ini tidak mewakili Ultraman buatan Thailand (angka itu ialah 45 jika the Next, Noa dan Nexus dikira sebagai entiti yang berasingan--ia telah didedahkan dalam siri Nexus bahawa ketiga-tiga mereka ialah makhluk tunggal dengan pelbagai bentuk yang digunakan oleh hos yang berbeza). Pada tahun 2001, Siri Ultraman telah dipetik dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai pemegang rekod untuk rancangan spin-off palling banyak.

Walaupun selepas siri Mebius pengeluaran siri penuh berhenti kerana kekangan belanjawan dan perlawanan pelesenan, francais itu masih terus memaparkan filem dan siri mini. Pada tahun 2014/15, siri Max, Mebius, Leo dan 80 telah dikeluarkan di Crunchyroll untuk penstriman. Ini dipercayai merupakan permulaan rancangan oleh Tsuburaya untuk berkembang di luar negara pada tahun 2015/16. Bukti lebih lanjut mengenai rancangan ini muncul ketika siri mini pendek Ultra Fight Victory dikeluarkan berserta sari kata dalam bahasa Inggeris secara rasmi. Tidak lama beberapa bulan selepas itu, siri tahun 2015, Ultraman X disiarkan secara langsung di Crunchyroll——buat pertama kalinya rancangan tokusatsu dilesenkan untuk berbuat demikian. Pada tahun 2017, siri Max, 80 dan Neos mula disiarkan di Amerika Syarikat di saluran TOKU, diikuti oleh beberapa yang lain kemudiannya.

Selepas memperoleh kemenangan di mahkamah pada tahun 2018, Tsuburaya Productions telah mula mengembangkan Siri Ultraman ke seluruh dunia melalui usaha dan karya seperti keluaran permainan arked Ultraman Fusion Fight! di Asia Tenggara, penstriman anime ULTRAMAN 2019 di seluruh dunia melalui Netflix, bekerja dengan William Winckler untuk alih suara bagi dua filem dan satu siri mini serta menghasilkan kandungan moden seperti Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes dan Shin Ultraman untuk penonton global. Selain dari itu, Tsuburaya telah mendapatkan perlesenan dengan Mill Creek ke seluruh perpustakaan francais Ultraman untuk diedarkan di video rumah di Amerika Syarikat, bermula dengan keluaran HD dua siri pertama, Ultra Q dan Ultraman pada tahun 2019. Tsuburaya Productions dan rakan kongsi mereka di Amerika Syarikat, iaitu Starlight Runner Entertainment dan The Licensing Group, melancarkan laman web Ultraman Galaxy pada tahun 2020 untuk menjangkau pasaran Amerika Utara dengan lebih baik.

Pautan luar[]

Lihat juga[]

Advertisement