Salaryman Zero Ultraman Geed.
ialah episod ketiga dalam siriSinopsis[]
Ultraman Geed menghadapi masalah apabila gagal menewaskan ancaman mekanikal, Darklops Zero. Ultraman Zero tiba untuk menghulurkan bantuan, tetapi adakah dia bersedia memandang anak musuh ketatnya, Belial sebagai sekutu?
Plot[]
Ultraman Zero tiba di Bumi dengan sisa kuasa terakhir dari Ultimate Bracelet yang telah mengalami kerosakan sebelum akhirnya gagal sepenuhnya. Di Kogawa, Geed bertarung menentang raksasa mekanikal gangsa sebelum Zero muncul dan membantunya. Melihat persamaan Geed dengan Belial, Zero cuba mendekati Geed tetapi gagal apabila Geed tidak dapat bertukar semula kerana keletihan. Pada masa yang sama, seorang lelaki pekerja menyaksikan seorang budak lelaki hampir ditimpa oleh serpihan bangunan yang jatuh. Dia cuba berlari untuk menyelamatkannya, tetapi tergelincir akibat kulit pisang yang berada di jalan.
RE.M. mengenal pasti Zero dan salinan robot yang berdasarkannya Darklops Zero kepada Riku kerana dia percaya bahawa kedatangan Zero adalah untuk berhadapan dengannya sebagai anak Belial. Di hospital, Zero berhubung dengan dan menghidupkan kembali lelaki pekerja itu yang terjaga seraya menyedari bahawa dia sudah terlambat. Setelah dimarahi di tempat kerja, Zero memperkenalkan dirinya sekali lagi dan menyelamatkan lelaki itu dari sekumpulan samseng dengan menguasai tubuhnya. Pega menemui dalam internet bahawa seorang budak lelaki aneh (yang gagal diselamatkan oleh lelaki pekerja itu) mengeluarkan pelindung tenaga, yang petunjuknya mungkin berkaitan dengan Little Star.
Didekati oleh seorang lelaki yang mengucapkan tahniah atas kerjanya, Kei memberikan petunjuk bahawa dia akan bertemu semula dengan seseorang yang tidak disukainya dan mengesan satu Little Star berhampiran. Sementara Riku dan Laiha bergegas ke arah budak lelaki bernama Toru Honda yang sedang menguji kuasa barunya, Zero memberitahu lelaki pekerja itu tentang Impak Krisis: suatu ketika dahulu, Bumi dan seluruh alam semesta hampir musnah sehingga Ultraman King bersatu dengannya, menyebabkan dia tidak dapat bertindak balas terhadap Ultra lain. Pada masa yang sama, Ultra Capsule telah dicuri dan Zero datang ke Bumi untuk menjejak pelakunya. Kei melepaskan Darklops Zero ke bandar dan Riku bertukar menjadi Geed untuk menentangnya walaupun setelah pertemuan mereka yang sebelumnya. Mencuba untuk memancing Zero ke dalam pertempuran, Kei memanggil dua lagi Darklops Zero dan ketiga-tiganya mula menewaskan Geed.
Zero terpaksa mengundurkan diri kerana kecederaan yang dialaminya dan ingin melihat lebih banyak kemajuan Geed. Walaupun bahaya menanti, Toru tetap memberi sokongan kepada Geed, membolehkan Little Star miliknya dipungut oleh Riku ke dalam Kapsul Seven. Dengan Kapsul Leo, Riku kemudian bertukar menjadi Geed Solid Burning. Tidak seperti sebelum ini, kuasa Solid Burning membolehkan dia membalikkan keadaan dan menewaskan ketiga-tiga Darklops. Setelah pertarungan berakhir, Kei hanya tersenyum sambil menyedari tinggal empat Kapsul lagi yang perlu ditemukan.
Keesokan harinya, Riku bertemu dengan Toru di mesin Gashapon sementara lelaki bergaji itu memerhati dengan kebingungan apabila sekumpulan samseng dari sebelumnya berlari ketakutan apabila melihat kehadirannya.
[]
- Riku: Navigasi Kapsul Ultra! Inilah dia kapsul hari ini!
- Riser: Ultraman Leo!
- RE.M.: Ultraman Leo. Tinggi: 52 meter. Berat: 48,000 tan. Pahlawan yang sangat mahir dalam seni mempertahankan diri.
- Riku: Seterusnya, yang ini!
- Riser: Darklops Zero!
- RE.M.: Darklops Zero. Tinggi: 45 meter. Berat: 35,000 tan. Ia robot kombat berdasarkan Ultraman Zero.
- Riku: Nantikan episod seterusnya!
Pelakon[]
- Riku Asakura : Tatsuomi Hamada
- Laiha Toba : Chihiro Yamamoto
- Leito Igaguri : Yuta Ozawa
- Kei Fukuide : Kunito Watanabe
- Lumina Igaguri : Hitomi Hasebe
- Mayu Igaguri : Mirei Shimizu
Pelakon jemputan[]
- Penyampai : Chisato Kawai
- Cendekiawan : Ken Okada
- Toru Honda : Rintaro Mitani
- Joji Osumi : Kenji Masaki
- Nurses:
- Wakaba Makino
- Yoshiko Sadahira
- Gang: Yuki Matsunami
Pelakon suara[]
- Alien Pegassa Pega : Megumi Han
- RE.M. : Suzuko Mimori
- Ultraman Zero : Mamoru Miyano
Pelakon sut[]
- Ultraman Geed: Hideyoshi Iwata
- Ultraman Zero: Satoru Okabe
- Pega: Satomi Maruta
- Darklops Zero: Hironari Ohkubo
- Ultraman Ace: Norifumi Fukuda
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Geed
- Primitive
- Solid Burning
- Ultraman Zero
- Normal
- Ultimate Zero
- Ultraman Belial (Imbas Kembali Rakaman Stok)
- Ultraman (Imbas Kembali)
- Zoffy (Imbas Kembali)
- Ultraseven (Imbas Kembali)
- Ultraman Jack Templat:Flashback
- Ultraman Ace (Imbas Kembali)
- Ultraman King (Imbas Kembali)
- Ultraman Mebius (Imbas Kembali)
- Ultraman Hikari (Imbas Kembali Rakaman Stok)
Kaiju[]
- Darklops Zero (x3)
- Alien Pegassa Pega
Trivia[]
- Laman web tempat video Toru melindungi dirinya dari runtuhan bangunan dikenali sebagai MAGAVIDEO, yang mana awalan "Maga" ini digunakan sebagai gelaran Raja Raksasa dalam siri Ultraman Orb (contohnya, Maga-Grand King, Maga-Pandon dan sebagainya.)
- Pautan video tersebut mempunyai URL pengakhiran watch?v=Ho10-I1L7wY. Sekiranya menaip alamat sesawang ini di bar alamat tetapi menggunakan YouTube berbanding MAGAVIDEO, korang akan dibawa ke video persidangan sidang media awal Geed.
- Dalam alih suara Bahasa Indonesia yang disiarkan di RTV, episod ini dinamakan "Reinkarnasi Zero".