"Grigio Raiden. Tak, Sagittari. Saya minta maaf tapi awak tak lagi berseorangan . Saya akan biarkan awak tidur sekarang semasa kami sedang dalam perjalanan ke planet baru. Sebaik sahaja kita perlu berjuang, Saya ak tunjukkan pada awak perasaan tiada belas kasihan."
- ―Juggler kepada Grigio Raiden semasa dia berlepas dari Planet Baphomet
Sagittari ialah bekas penembak tepat Interstellar Alliance dan antagonis sokongan Jugglus Juggler Chronicle: Ja no Michi wa Hebi.
Konsep[]
Etimologi[]
Sagittari dinamakan sempena perkataan latin untuk "pemanah". Perkataan dalam bentuk jamak ditulis sebagai Sagittarius, juga merujuk kepada buruj dan tanda astrologi kesembilan.
Sejarah[]
Jugglus Juggler Chronicle: Ja no Michi wa Hebi[]
Sagittari ialah seorang anak yatim piatu yang lahir semasa berlakunya konflik antara planet. Disebabkan didikannya, dia terpaksa menjadi askar kanak-kanak di planet terpencil dan mengambil pertempuran sebagai cara hidup. Selepas direkrut ke dalam Interstellar Alliance, dia telah diperintah dalam skuad Special Force Officers dan ditugaskan untuk membunuh ketua puak musuh Perikatan itu. Bagaimanapun, bukan sahaja tindakannya yang didedahkan, Special Force Officers dibiarkan mati apabila Insterstellar Alliance mengalami konflik dalaman, yang akhirnya menyebabkan diri mereka tidak dikenali untuk menyelamatkan muka. Sagittari menyalahkan dirinya sendiri atas kematian rakan-rakannya sejak itu dan mendambakan lebih kuasa untuk mengelak daripada kejadian yang sama berulang. Apabila mendengar legenda Puncak Crusader, Sagittari pergi ke Planet O-50 dan mencapai Suara Cahaya, tetapi dendamnya terhadap Interstellar Alliance membentuk kuasa tersebut ke dalam bentuk raksasa yang dikenali sebagai Grigio.
Sagittari ingin menggunakan kuasa baru itu untuk membalas dendam terhadap bekas majikannya. Apabila bertemu dengan Phalaris, dia pada asalnya bersetuju untuk membantu untuk meningkatkan kempen berurusan senjatanya dengan melancarkan serangan raksasa. Tapi pada suatu hari, apabila dia menerima buah kehidupan dari Celebro, Phalaris yang gila menggunakan teknologi pengubahsuaian DNA yang diperolehinya baru-baru ini untuk menukar Grigio menjadi Grigio Raiden, dengan berkesan menjadikan kedua-dua Sagittari dan bentuk raksasanya menjadi cyborgnya yang tidak berfikiran untuk dikawal.
Ketika Phalaris merancang untuk meningkatkan konflik antara Interstellar Alliance dan Imbat Federation, Sagittari mematuhi permintaannya dengan menyerang kapal pengangkut Aprohols dan membuat Jugglus Juggler ditangkap di Planet Kanon semasa lawatan rahsianya ke kubur Micott. Sagittari menyerang hendap Juggler sekali lagi apabila menyusup ke Istana Gigan sebagai sebahagian daripada rancangan Phalaris untuk mencipta persaingan di kalangan tentera upahan untuk bom gennya. Apabila Biranki memanggil Gango dalam keadaan marah, Sagittari berubah menjadi Grigio Raiden untuk melawan raksasa itu sehingga terhenti, tetapi dengan kematian Phalaris dan kehilangan Gango, tiada siapa yang tinggal untuk mengawalnya, menyebabkan raksasa itu meneruskan aksi ganasnya sehingga tiada seorang pun di Planet Baphomet. Grigio Raiden kemudiannya bertolak ke Planet Bumi di bawah arahan Celebro untuk memulakan Permainan Pemusnahan Tamadun Sendirinya, dengan Juggler mengikutinya dan berjanji untuk membunuhnya. Jugglus Juggler Chronicle: Ja no Michi wa Hebi
Ketibaannya akan menggerakkan peristiwa Ultraman Z dengan menyediakan bahan rujukan GAFJ yang diperlukan untuk memulakan pembangunan projek Special Airbone Armor. Permainan menuju Kepupusan Re:STORAGE
Ultraman Z[]
sebagai Grigio Raiden, Sagittari bangkit semula dan melawan STORAGE dan Ultraman Z, secara kebetulan pada masa yang sama ketika Haruki pulih dari rasa bersalahnya. Di sebalik janji Juggler sebelum ini, yang mengecewakannya (dan Haruki), Grigio Raiden terbunuh apabila King Joe STORAGE Custom, dipandu oleh Yoko, menembak teras tenaganya, menbawanya pergi bersama Sagittari. Tangisan Kehidupan
Profil[]
- Kuasa dn senjata
- Latihan Pertempuran: Disebabkan persekitaran tempat dia membesar, Sagittari telah dilatih dalam pertempuran sejak usia muda sebagai satu cara untuk bertahan. Dia mahir dalam kedua-dua menembak dan pertempuran jarak dekat.
- Senaoang Elektromagnet: Sesuai dengan peranannya sebagai penembak tepat, Sagittari membawa senapang bersamanya yang dapat melepaskan peluru EMP, digunakan untuk mengejutkan sasarannya dalam satu tembakan. Senapangnya juga mempunyai mod pedang yang boleh menghantar gelombang elektromagnet apabila terkena terus pihak lawan.
- Transformasi: Sebagai salah satu daripada ramai pahlawan yang dipilih oleh Suara Cahaya, Sagittari boleh berubah menjadi Grigio/Grigio Raiden sesuka hati. Semasa berbuat demikian, saluran darah biru mula muncul di mukanya sebelum seluruh tubuhnya diselubungi tenaga gelap, kemudian diikuti dengan transformasi menjadi figura raksasa.
Trivia[]
- Juggler bersimpati terhadap Sagittari, bukan melalui ekspresi wajah sedihnya sahaja, tetapi juga dari latar belakangnya. Dia mengaitkan tragedinya dengan tragedinya sendiri sebagai mereka yang tidak dipilih untuk menjadi Ultra oleh Suara Cahaya dan diasingkan oleh orang lain seperti dia selepas menebang Pohon Kehidupan kembali dalam Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA.
- Dia juga mengaitkan nasibnya dengan Micott kerana kedua-duanya adalah mangsa konflik yang tidak masuk akal yang dibuat atas nama keadilan.
Kaiju Ultraman Z | |
---|---|
Ultraman Z | Gomess | Sevenger | Genegarg | Bullton | Celebro | Neronga | Majappa | Bemstar | Segmeger | Windom | Guigass | Gomora | Telesdon | Erimaki-Telesdon | Peguila | Jugglus Juggler | Zeppandon | Gillvalis | Alien Pegassa Pega | Valis Raider | Skull Gomora | Thunder Killer | Pedanium Zetton | Alien Pitt | Tri-King | Five King | King Joe | Alien Barossa | Red King A & B | Giestron | Grigio Raiden | Kanegon | Greeza | Horoboros | Metsuboros | Alien Barossa II | Pagos | Kemur | Baraba | M1 | Kelbim | Mother Kelbim | Alien Barossa III | Ultroid Zero | Takkong | King Guesra | Demaaga | Gomess (S) | Destrudos |
Fight! Sevenger | Sevenger | Jugglus Juggler | Crazygon | Diplas | Jirangon | Majaba | Red Smogy | Samekujira | Idatenran | Vortex Fire | SC-2 Prototype Machine | Gakuma | Ashuran |
Sevenger Fight | Sevenger | Jugglus Juggler | Jirahs | Alt-Helzzking | Eleking | Dancan | Pigmon | Garamon | Gazort | Reconstructed Pandon | Alien Icarus | Gandar | Alien Ghose | Beam Missile King | Pestar | Satan Beetle | Alien Boze | Alien Akumania | Alien Kettle | Oni-on |
Ja no Michi wa Hebi | Sagittari/Grigio/Grigio Raiden | Jugglus Juggler | Biranki | Alien Nackle | Alien Salome | Alien Godola | Phalaris | Alien Arcana Doman Seman | Alien Chibull Mabuze | Zigzag | Alien Serpent | Gango | Darebolic (MB) | Jinobe | Alien Markind | Alien Borg Puan Graia | Celebro | Genegarg |