Rutia , juga dieja sebagai Lutia ialah seorang Ultra wanita dalam komik manga Ultraman Story 0. Dia juga merupakan rakan baik kepada Ultraman Ace semasa kecil dan mungkin juga kekasihnya.
Sejarah[]
Ultraman Story 0[]
Rutia merupakan rakan baik kepada Ultraman Ace semasa mereka kanak-kanak. Pada suatu hari, mereka berdua hampir terjatuh di tebing ketika sedang bermain. Rutia sedang berpaut di tangan Ace yang juga sedang berpaut pada batu yang tertanam di bukit curam. Rutia kemudiannya memaksa Ace untuk menyelamatkan diri tetapi, dia tidak mahu kerana ingin selamatkan kawan baiknya itu. Mujurlah Zoffy temui mereka lalu telah menyelamatkan dan menjaga mereka berdua sebelum bantuan tiba. Selepas kejadian itu, Rutia dan Ace sudah jarang bertemu dan Zoffy telah memberi satu parut pada tangan Ace supaya dia ingat tentang kejadian itu. Ace kemudiannya membesar dan menjadi perantis kepada Zoffy sebelum fenomena Plasma Sun berlaku dan menyebabkan mereka semua bertukar menjadi Ultra.
Rutia kemudiannya telah diasimilasikan menjadi Ultra Diubah Suai dan telah mengkhianati Ace untuk tuannya iaitu Alien Baltan. Rutia menembak Ace dari belakang dan telah membuatkan Ace tidak sedarkan diri. Selepas itu, para Ultra Cyborg yang lain telah membawa Ace ke sebuah fasiliti, dan Rutia kemudiannya telah menghantar mesej kecemasan untuk memerangkap para Ultra yang lain. Sementara Ace diubahsuai, Rutia telah mendedahkan bahawa dirinya adalah penghubung utama kepada mesin ubah suai itu. Selepas itu, Zoffy pun muncul dan telah menyerang fasiliti tersebut. Ace kemudiannya telah bebas dan mula berlawan dengan Ultra Cyborg yang lain sehingga Ace terhenti seketika apabila terpaksa berlawan dengan Rutia. Akan tetapi, Rutia tidak menyerang Ace dan untuk mahu menyelamatkan Ace, Rutia telah mencabut Color Timer miliknya dan telah memberikan cahaya kepada Ace untuk memusnahkan fasiliti itu iaitu sebuah kapal angkasa yang terkandas. Oleh sebab itu, Rutia telah mati terkorban di tempat kejadian. Jiwa Rutia telah bersemadi di dalam Color Timer milik Ace, dan Ace kemudiannya telah memiliki Ultra Ring kedua daripadanya.
Teknik[]
- Ultra Beam: Rutia boleh melepaskan Ultra Beam dari tangannya yang cukup kuat untuk menumbangkan seorang Ultra.
- Ultra Sign: Seperti Ultra yang lain, Rutia boleh menghasilkan Ultra Sign.