Ren Senjyu ialah Dunamist ketiga yang menerima Cahaya selepas kehilangan Himeya. Dia berperanan sebagai salah seorang protagonis dalam siri Ultraman Nexus.
Sejarah[]
Pra-Ultraman Nexus[]
Dari luaran, Ren kelihatan seorang yang ceria, optimistik dan mudah sehingga kelihatan agak keliru — namun, sifat ini yang menyembunyikan apa yang telah dialami olehnya pada masa lalu. Ren bukanlah manusia biasa, tetapi seorang 'anak Prometheus' iaitu manusia yang dicipta melalui kejuruteraan genetik di bawah projek "Projek Prometheus" (satu eksperimen yang dijalankan di Dallas, Texas, Amerika Syarikat). Dia memiliki refleks yang lebih pantas, kekuatan fizikal yang luar biasa dan deria keenam yang lebih kuat daripada manusia biasa. Walau bagaimanapun, Ren mengalami ketidakseimbangan genetik dalam DNAnya yang mengehadkan jangka hayatnya kepada sekitar 17–18 tahun. Satu-satunya harapan untuk memanjangkan hayatnya ialah melalui ubat yang hanya dikenali sebagai 'Raphael'.
Melarikan diri dari institut di Dallas, Ren datang ke Jepun dengan harapan dapat menjalani hari-hari terakhirnya sebagai manusia 'biasa' dan mendapat pekerjaan di sebuah karnival. Dia ingin menghabiskan hayatnya dengan harapan dia akan 'pergi' dengan orang sekeliling yang tidak akan merinduinya tetapi di tengah-tengah senyuman dan gelak tawa. Setelah beberapa lama bertarung sebagai Nexus, keadaan kesihatan Ren semakin merosot dan masanya semakin hampir apabila dia semakin lemah dengan cepat.
Ultraman Nexus[]
Selepas Himeya Jun menghilang dan melepaskan tugasnya sebagai seorang Dunamist, cahaya tersebut mencari seseorang lain untuk mewarisi kuasanya. Ren mendapati dirinya berada di runtuhan hutan. Nampaknya dia sudah tahu di mana dia berada dan mengapa, yang mana mungkin disebabkan hubungannya dengan TLT. Apabila Space Beast baharu, Grantella, muncul dan menyaksikan pertarungan mereka yang hampir tewas bersama Ultraman, Ren menerima tawaran entiti tersebut dan bergabung dengannya. Ren muncul dengan mengambil bentuk Junis Blue, versi yang diubah suai daripada bentuk Junis milik Himeya. Ren - Yang Ketiga -
Ren mencipta Meta Field untuk melawan raksasa angkasa. Pada penghujung pertempuran ini, muncul kuasa gelap yang tidak diketahui. Kuasa ini milik satu entiti yang bersembunyi di latar belakang, mengawal dan menyokong raksasa angkasa. Entiti yang tidak kelihatan ini dinamakan Unknown Hand oleh TLT, dan kuasanya dilihat dalam bentuk Dark Field G, sejenis medan gelap yang lebih dalam dalam julat negatif berbanding apa yang dihasilkan oleh Faust atau Mephisto. Dark Field ini juga memberi kesan tambahan dengan memperkuatkan raksasa angkasa, baik secara langsung mahupun tidak langsung.
Ren bertemu dengan Komon selepas pertarungan pertamanya dan mereka pun menjadi kawan selepas Ren merawat kecederaan yang dialami akibat melindungi pasukan Night Raiders dengan tubuhnya. Dalam pertarungan keduanya menentang Grantella, Unknown Hand menggunakan kuasanya untuk mengatasi Meta Field dan mengubahnya menjadi Dark Field. Walaupun berada dalam keadaan tidak seimbang, Ren berjaya menewaskan raksasa angkasa tersebut menggunakan serangan penamatnya, Arrow-Ray Schtrom. Pertemuan Semula
Nexus/Ren menentang Dark Mephisto Zwei.
Tidak lama kemudian, satu cabaran baru muncul dalam bentuk Dark Mephisto (Zwei). Setelah mengesan tanda tenaga gelap Ultra tersebut, Ren bertukar menjadi Nexus dan bergegas untuk menyelamatkan Komon, Nagi dan rakannya daripada cengkaman makhluk gelap itu. Ini merupakan satu-satunya pertarungan Ren menentang makhluk Ultra lain dan ia tidak berjalan dengan lancar. Pada mulanya, Ren mampu bertahan, mengelak setiap serangan (Zwei), sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh Himeya dalam bentuk Junis yang lebih perlahan. Walau bagaimanapun, meskipun dengan kelajuannya, satu serangan sahaja cukup untuk menjatuhkannya. (Zwei) kemudian memerangkap Ren di tebing dan mula menyerap tenaganya.
Mizorogi melindungi Ren dari Misawa.
Kehadiran Mizorogi yang telah ditebus tiba tepat pada masanya untuk menyelamatkan Ren. Mizorogi mengambil alih pertarungan melawan penggantinya itu, Dark Mephisto (Zwei) bagi pihak Ren. Namun, akibat kecederaannya sebelum ini, Mizorogi tewas dalam pertarungan itu dan akhirnya ditusuk. Melihat Mizorogi kehilangan nyawa di tangan pelanduk dua serupanya itu, Ren berasa terdesak oleh kata-kata terakhir Mizorogi agar dia menyerang (Zwei), walaupun tindakan itu berisiko meragut kedua-dua nyawa mereka. Walaupun ragu-ragu, dorongan Mizorogi menyakinkan Ren untuk melepaskan Arrow-Ray Schtrom ke belakang (Zwei). Ren akhirnya memenangi pertarungan tersebut, tetapi dia terpaksa menyaksikan kematian Mizorogi dalam pelukan Nagi. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mizorogi mendedahkan bahawa dia dan Hiroyuki iaitu hos kepada (Zwei) hanyalah boneka kepada kuasa gelap yang dikenali sebagai Unknown Hand. Dia juga mengungkapkan bahawa makhluk misteri itu sebenarnya bersembunyi di dalam organisasi TLT sendiri. Bayangan - Unknown Hand -
Nexus/Ren menentang Mega Flash buat julung kalinya
Tidak lama selepas itu, Ren sedang keluar bersama seorang gadis, sementara Mizuo mengekori mereka atas amanah tugasnya dan sebahagiannya kerana cemburu. Namun, pertemuan mereka terhenti apabila Mega Flash muncul di tengah bandar. Ren meninggalkan kedua-duanya dalam jagaan M.P. dan bergegas bertukar untuk melindungi bandar. Ren segera mendapati bahawa pelangi di langit merupakan sebahagian daripada kemampuan lawannya. Mega Flash mampu mencipta medan subruang yang menangkis keupayaan Meta Field dan lasernya. Raksasa angkasa siput ini memberi masalah yang serius kepadanya dalam keadaan lemah dan jangka hayatnya hampir mencapai titik zenith. Selepas beberapa ketika pertarungan, dia terluka teruk dan semakin lemah kerana hayatnya semakin hampir ke penghujung. Dalam keadaan ini, dia turut ditangkap oleh TLT dan dijadikan subjek eksperimen seperti pendahulunya. Mujurlah dia sempat diselamatkan oleh Night Raiders yang turut memberontak terhadap arahan pengarah.
Ren/Nexus' last fight against Mega Flash and also fighting Galberos
Night Raiders membawa Ren ke hutan untuk menyelamatkannya, tempat di mana dia akan selamat. Ketika Ilustrator menghubungi dan memberitahu mereka bahawa Mega Flash telah kembali, Ren berkeras untuk pergi, namun Nagi memberitahunya bahawa cara pertarungannya sebelum ini pasti akan menjamin kekalahannya. Nagi menyedari bahawa Ren tidak pernah cuba untuk melindungi nyawanya kerana dia tidak menghargainya disebabkan jangka hayatnya yang pendek. Mendengar kata-kata itu, Ren memasuki pertarungan dengan perspektif dan tekad yang baru. Dengan bantuan sekutu Night Raiders, Ren berjaya menewaskan Mega Flash dan Galberos yang dihidupkan semula. Pemberontakan
Nexus/Ren's last battle
Tidak lama selepas pertarungan itu, Ren menerima berita bahawa Raphael sudahpun bersedia dan menunggunya berdekatan. Pada saat itu, Unknown Hand melepaskan satu lagi Space Beast ke bandar. Ren dihadapkan dengan pilihan antara menyelamatkan dirinya sendiri atau menyelamatkan dunia daripada Ezmael - Space Beast paling kuat yang pernah muncul. Memilih untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Dunamist, Ren bertukar buat kali terakhir. Namun, antara keadaannya yang lemah dan kekuatan raksasa itu, dia akhirnya tewas, dengan Night Raiders juga tumpas tidak lama selepas itu. Terbaring dengan keadaan yang parah, Ren dihubungi secara telepati oleh rakan lamanya, Ilustrator yang kata-katanya memberi semangat dan akhirnya membuka pemahamannya tentang tujuan Cahaya dalam hidupnya. Dia bangun dan menggunakan teknik baru, Over Arrow-Ray Schtrom, gabungan Arrow-Ray Schtrom dan Schtrom Sword. Menggunakan teknik itu, dia muncul sebagai pemenang menentang Ezmael, namun dengan membayar harga yang sangat tinggi. Dengan tamatnya pertarungan terakhir Ren, Cahaya mencari hos baru. Pertarunagn Penentu - Selamat Tinggal -
Ren nyatanya terselamat berkat campur tangan penawar yang diberikan. Ikatan - Nexus -
Transformasi[]
Untuk bertukar menjadi Ultraman Nexus, Ren membuka sarung Evoltruster dan mengangkatnya ke atas atau ke hadapannya.
Kuasa dan Senjata[]
- Kecerdasan: Ren dibesarkan di sebuah institusi swasta yang berfungsi sebagai sekolah bersama anak-anak Prometheus yang lain. Walaupun kelakuannya kelihatan normal, terdapat petunjuk bahawa dia mempunyai tahap IQ genius seperti kanak-kanak lain.
- Keupayaan Fizikal: Sebagai manusia yang direka secara genetik, Ren memiliki refleks dan kekuatan fizikal yang lebih tinggi berbanding manusia biasa dengan saiz, umur dan bentuk tubuhnya. Keupayaan ini turut diterjemahkan ke dalam bentuk Junis Blue miliknya. Apabila dia memperoleh Cahaya, ketahanan dan kekuatannya juga meningkat.
- Deria Keenam: Sebelum dia bergabung dengan Cahaya, Ren sudahpun memiliki keupayaan mental seperti anak-anak Prometheus yang lain, termasuklah telepati.
- Kuasa Dunamist: Sebagai seorang Dunamist, Ren mewarisi semua keupayaan pendahulunya, Jun Himeya.
- Evoltruster: Menggunakan Evoltruster, Ren boleh bertukar menjadi Ultraman Nexus.
- Pengesanan Space Beast: Ren boleh mengesan kehadiran Space Beast menggunakan Evoltruster.
- Tembakan Dicas: Ren boleh melepaskan letupan tenaga yang mampu menghapuskan Space Beast yang kecil.
- Meta Field: Ren boleh menjelmakan Meta Field dalam bentuk manusia.
Barang dagangan[]
- Ultraman Nexus Deformed Pattern Acrylic Charm (2020)
- Tajuk dikeluarkan: 29 Oktober 2020 (Bandai Fashion Webstore), Ogos 2021 (Premium Bandai)
- Harga: 550 yen untuk setiap keping
- Bahan: Akrilik, besi (rantai)
- Dikeluarkan sebagai sebahagian daripada siri Deformed Pattern Acrylic Charm bertema Nexus, Ren (yang dihasilkan dengan gaya anime) merupakan salah satu item yang dihasilkan sebagai gantungan kunci akrilik.
- Ren (dan semua watak lain) tersedia sebagai item dibuat atas pesanan (di mana pelanggan boleh memilih satu semasa pembelian) untuk laman web Bandai Fashion pada tahun 2020 dan kemudiannya di laman Premium Bandai pada Ogos 2021.
Galeri[]
Ultraman Nexus[]
Lain-lain[]
Trivia[]
- Ren ialah Dunamist termuda dan berkongsi tempat dengan Hikaru Raido (hos kepada Ultraman Ginga) serta Tsubasa Madoka (salah seorang hos Ultraman Tiga) sebagai Hos Ultra kedua termuda.
- Tujuan Projek Prometheus ialah untuk menghasilkan seseorang yang mampu berkomunikasi dengan Pelawat, iaitu pembekal pengetahuan saintifik TLT dan pencipta Dark Zagi. Sebagai pelajar yang membintangi projek ini, Ren berkemungkinan besar sedang dilatih untuk peranan tersebut yang akhirnya diambil oleh rakannya, Yu sebagai Ilustrator.
- Dalam temu bual pada tahun 2005 bersama Ai Ota, alasan di sebalik impian Ren untuk menjadi ahli biologi marin telah dibincangkan:[4]
- Ota mendapat inspirasi daripada Holden Caulfield, watak utama dalam novel The Catcher in the Rye karya J.D. Salinger semasa membangunkan watak Ren. Novel ini juga dirujuk oleh Ren dalam episod 28.
- Ota menjelaskan bahawa impian Ren mencerminkan kepercayaannya bahawa kehidupan bermula dari laut. Istilah "anak Prometheus" melambangkan makhluk yang terpisah daripada aliran kehidupan, hanya memiliki warisan genetik. Pemisahan ini mendorong kerinduan Ren terhadap kehidupan dan pencariannya untuk mengetahui asal usul dirinya.
- Selain bercita-cita menjadi ahli biologi marin, Ren juga berimpian untuk mencari cinta dan membina sebuah keluarga, walaupun dibesarkan tanpa ibu bapa. Dengan menjadi seorang bapa, dia berharap dapat menyambung semula dengan kitaran kehidupan, memberinya tujuan dan alasan untuk terus hidup. Namun, apabila dia menyedari bahawa impiannya tidak dapat dicapai dan waktunya semakin singkat, dia tiba di Jepun dengan harapan yang hancur.
- Ada yang berspekulasi, berdasarkan komen daripada seorang ilustrator, bahawa tujuan sebenar projek ini melibatkan Cahaya, berkemungkinan untuk mencipta seorang Dunamist atau berkomunikasi dengan Ultraman. Namun, tiada bukti yang menyokong teori ini buat masa ini.
- Menurut Masato Uchiyama, kostum panda yang dipakai oleh Ren semasa penggambaran dipinjam daripada Zoo Tobu, tempat adegan itu dirakam. Oleh kerana kostum itu tidak boleh ditanggalkan di tengah-tengah penggambaran, Uchiyama secara berseloroh menyatakan bahawa dia merasa seperti benar-benar bekerja di taman hiburan pada hari itu. Malah semasa waktu rehat, dia terpaksa melayan kanak-kanak yang datang untuk bermain dengannya.[5]
- Dalam siri ini, semua kerja Ren di taman hiburan termasuk membuat kek berbentuk beruang dilakukan sendiri oleh Uchiyama. Malah, dia membeli belon berbentuk haiwan dan berlatih membuatnya demi watak itu. Walaupun belon di dalam bilik Ren dihasilkan oleh kumpulan prop, belon yang diberikan kepada kanak-kanak sepenuhnya merupakan hasil ciptaan Uchiyama.
- Semasa penggambaran transformasi kedua terakhir Ren, langit mendung menyebabkan kelewatan penggambaran. Namun, apabila matahari terbenam kelihatan, adegan itu dirakam semula, memerlukan pasukan FX untuk menyesuaikan latar belakang pertarungan kemudian.
- Disebabkan pembatalan siri ini, jalan cerita Ren sebenarnya terhenti lebih awal. Rancangan asalnya adalah untuk memberi perkembangan watak yang lebih lanjut kepada Ren.
Rujukan[]
- ↑ https://hicbc.com/tv/nexus/cast/
- ↑ https://www.sanspo.com/article/20230524-MUWNMBSCYVMBVFSW2LSZXTLKD4/
- ↑ https://animageplus.jp/articles/detail/54722/2/1/1
- ↑ Ultraman Nexus Hero Pictorial Jilid 2, halaman 42-45
- ↑ Ultraman Nexus Hero Pictorial Jilid 2, halaman 36-37
Hos dan Bentuk Manusia | |
---|---|
Hos Showa | Shin Hayata | Dan Moroboshi | Hideki Go | Seiji Hokuto | Yuko Minami | Kotaro Higashi | Profesor Ohtani | Shuuhei Aragaki | Tetsuya Kitajima | Tadao Nanbara | Takashi Ueno | Gen Otori | Choichiro Hikari | Kyoko Kodaka | Takeshi Yamato | Ryoko Hoshi | Scott Masterson | Chuck Gavin | Beth O'Brian |
Hos Heisei | Jack Shindo | Dan Moroboshi (Heisei Ultraseven) | Kenichi Kai | Masaki Kazamori | Genki Kagura | Gadis Misteri | Shin Kenmochi | Ejen Sean | Masato Usami | Katsuto Asahi | Daigo Madoka | Tsubasa Madoka | Amui | Shin Asuka | Gamu Takayama | Hiroya Fujimiya | Ginga Yumeboshi | Musashi Haruno | Julie | Shunichi Maki | Jun Himeya | Ren Senjyu | Nagi Saijyo | Kazuki Komon | Kaito Touma | Ikuo Hasunuma | Mirai Hibino | Kazuya Serizawa | Ryu Aihara | Shingo Sakomizu | Jin | Run | Nozomu Taiga | Hikaru Raido | Sho | Daichi Oozora | Sayuri Tachibana | Yuuto Tamaki | Gai Kurenai | Riku Asakura | Leito Igaguri | Katsumi Minato | Isami Minato | Rosso | Blu | Asahi Minato |
Hos Reiwa | Hiroyuki Kudo | Haruki Natsukawa | Kengo Manaka | Ribut | Ignis | Shinji Kaminaga | Kanata Asumi | Decker Asumi | Dinas | Gento Hiruma | Yuma Hize |
Hos Ultra Jahat | Keigo Masaki | Riko Saida | Shinya Mizorogi | Hiroyuki Misawa | Mitsuhiko Ishibori | Soso | Utsuutsu | Arie Ishikari | Makoto Aizen | Kirisaki | Zabil |
Media Ultraman Lain | Takeshi Yoshioka (Hyperspace) | Ikuru | Shin Moroboshi | Kazuma Asuka | Akiko Fuji (Ultraman F) | Shin Hayata (Marvel) | Dan Moroboshi (Marvel) | Lili Archive | Ken Sato | Hayao Sato |
Hos Lain | Takeshi Hongo | Kyotaro Kagami | Officer Sakomizu | Goro Kirishima | Yuji Hayase | Tetsuo Hayase | Lily Hayase | Daisuke Misaki | Naoki Tachibana | Kochan | Ai Tachibana | Zen Tachibana | Go Toki | Naoto Sho | Takeshi Todo | Ippei Baba | Yuka Inoue | Mai Midorikawa | Sam Collins | Akira Kageyama | Rei | Nao | Tomoya Ichijouji | Daisuke Misaki (Glenfire) | Amate | Yuta Hibiki | Hikari Kaizaki | Chloe |