Raja Raksasa Menyerang Kembali Ultraman Orb.
ialah episod ke-24 dalam siriSinopsis[]
Maga-Orochi telah dilahirkan semula dalam bentuk penuhnya, Magatano-Orochi, Pelahap Dunia legenda.
Plot[]
Pada suatu petang, tiga ekor raksasa, Demaaga, Telesdon dan Gomess (S) muncul dari dalam tanah. Ketika Orb dalam bentuk Hurricane Slash muncul, ketiga-tiga raksasa itu tiba-tiba pengsan. Orb memeriksa Telesdon dan mendapati bahawa ketiga-tiga mereka tidak lagi bernyawa secara serta-merta, sementara dia perlahan-lahan menutup kelopak mata Telesdon.
Keesokan harinya, Naomi terjaga dari mimpi yang sama semasa kecil. Kali ini, Naomi berada di tempat Natasha dan apabila letupan dari serangan Maga-Zetton hampir menghampirinya, dia diselamatkan oleh seorang kelibat yang tidak dikenali. Gai merasa ingin tahu tentang perkara ini, walaupun dia percaya bahawa gelombang panas yang baru melanda Tokyo mungkin menjadi puncanya, namun selain itu, beberapa siri kejadian lain berlaku seperti makhluk asing yang meninggalkan Bumi bersama UFO mereka, raksasa laut seperti keluarga Ragon dan Gubila meninggalkan laut Jepun, serta raksasa bawah tanah yang runtuh selepas muncul dari tanah. Jetta dan Shin memutuskan untuk melawat seorang warga awam yang mempunyai salinan asal Rekod Pasifik yang disangka telah hilang. Profesor Kishine, pemegang asal buku tersebut telahpun meninggal dunia dua bulan yang lalu, namun isterinya menyebut kata-kata suaminya bahawa buku itu perlu disegel dan jika mendedahkannya tanpa tanggungjawab akan membawa kekecohan dan kekacauan kepada dunia.
Sementara itu, di ibu pejabat VTL Jepun, Pengarah Suganuma telah dipanggil oleh Juggler yang kini dipenjarakan dalam sel pengasingan, yang menyampaikan mesej bahawa Raja Raksasa terakhir akan muncul dan mereka hanya mempunyai dua jam lagi. Pengarah itu skeptikal terhadap perkara tersebut, tetapi alasan Juggler adalah kerana dia tidak ingin menghabiskan riwayatnya di tahanan itu. Lokasi raksasa tersebut adalah tempat di mana lapan nadi naga berkait, yang juga berkaitan dengan kejadian bangunan yang tenggelam. Mesej Juggler disiarkan di berita: "Maga-Orochi yang telah ditewaskan Orb cumalah larva sahaja. Masa tu dia biarkan nyawanya diserap oleh tanah... tak lama lagi, dia akan keluar dari kepompong Bumi dengan badan yang sempurna. Namanya ialah Magatano-Orochi." Tidak lama kemudian, satu lagi siri tanda kemunculan Magatano-Orochi berlaku di sekitar Menara Tokyo, seperti: pengesanan sumber haba aneh dari bawah tanah yang lebih panas daripada teras Bumi (10,000°C), gelombang kedua bangunan yang tenggelam dan peningkatan jumlah ribut di ruang udara Jepun.
Juggler menyebut bahawa untuk menghentikan kebangkitan Magatano-Orochi, mereka mesti menghancurkan kepompong bawah tanah raksasa itu sebelum badannya menjadi sempurna. Salah seorang eksekutif mencadangkan untuk menggunakan peluru berpandu antara benua terbaru mereka, Spiner R-1 yang dibina oleh pejabat induk cawangan Paris. Walaupun mengetahui risiko letupan dengan jarak 10 kilometer, mereka tiada pilihan lain kerana nasib bangsa manusia berada di tangan mereka. Evakuasi di Tokyo masih dijalankan, di mana berita ini turut diperhatikan oleh Jetta dan Shin. Dari isteri Profesor Kishine, dia menyebut bahawa "bila petir dari langit turun ke Bumi, ketika itu Orochi yang jahat akan hidup semula." Dia memberikan rekod itu kepada mereka kerana suaminya sememangnya telahpun berniat untuk memberikannya kepada SSP setelah mengetahui jejak mereka di laman web. Terasa terharu dengan kata-kata itu, mereka segera bertindak.
Gai dan Naomi yang sedang mengejar masa ke ibu pejabat VTL merasakan ada satu plot tersembunyi daripada Juggler ketika dia cuba 'membantu' umat manusia. Sementara kekacauan itu berlaku semasa evakuasi, Gai memasuki penjara Juggler dan tahanan itu berkata bahawa walaupun dia hanya memberitahu mereka tentang kehancuran yang bakal berlaku, punca sebenar kehancuran itu bukanlah perbuatannya sendiri, tetapi disebabkan oleh bangsa manusia itu sendiri. Gai menyedarinya terlalu lewat dan VTL sudah pun melancarkan peluru berpandu ke Menara Tokyo. Ketika memerhatikan gambar dalam Rekod Pasifik, Gai menemui ilustrasi pelik yang sepadan dengan menara tersebut dan peluru berpandu Spiner R-1 (yang bertindak sebagai "petir dari langit turun ke Bumi") memenuhi ramalan itu. Letupan peluru berpandu itu diserap ke dalam tanah dan melepaskan Magatano-Orochi, yang kemudian mula memusnahkan segala yang ada di laluan sambil membawa bencana kepada kota itu.
Gai bertukar menjadi Orb Thunder Breastar, kuasa yang sama yang digunakannya sebelum ini untuk memusnahkan Orochi. Namun, gabungan kekuatan asal Raja-Raja Raksasa dan kuasa Magatano-Orochi sendiri terlalu kuat untuk dihadapinya. Walaupun pada mulanya ragu-ragu, Jetta akhirnya bersetuju dengan rancangan Shin untuk mendekati raksasa tersebut bagi mencari kelemahannya, memandangkan mereka mempunyai Rekod Pasifik di tangan. Orb cuba beralih kepada bentuk Orb Origin dan menggunakan Orb Supreme Calibur, tetapi serangannya dengan pantas 'dilahap' oleh Magatano-Orochi. Pada masa yang sama, Juggler berjaya melarikan diri dari tahanan setelah menumpaskan pengawal keselamatan, dan kembali mengenakan pakaian asalnya sepertimana penampilan perdananya. Jetta dan Shin cuba mendekati dua gergasi tersebut, tetapi mereka hampir terperangkap dalam serangan itu. Orb diserang dengan tembakan sehingga menembusi tubuhnya, yang secara langsung memaksanya untuk kembali kepada bentuk manusia sebagai Gai.
Melihat pertarungan yang dahsyat itu dari jauh, Naomi bergegas ke tempat kejadian dan menemui Gai, tetapi Juggler masih mahu memprovokasi saingannya. Dia malah sampai ke tahap menghunuskan katana ke arah Naomi, melukainya betul-betul di depan mata Gai.
Pelakon[]
- Gai Kurenai : Hideo Ishiguro
- Naomi Yumeno : Miyabi Matsuura
- Jetta Hayami : Naoto Takahashi
- Shin Matsudo : Hiroaki Nerio
- Jugglus Juggler : Takaya Aoyagi
- Ittetsu Shibukawa : Shingo Yanagisawa
Pelakon jemputan[]
- Ryutaro Suganuma : Shiro Sano
- Akie Kishine : Chisako Hara
- Nagamine Masayuki Ito :
- Sakai Tsuyoshi Nakano :
- Wartawan: Hideki Yamanaka
- Pengacara: Madoka Nishijima
- Profesor Kishine: Masahisa Taguchi
- Abe : Yosuke Minokawa
- Taguchi : Makoto Takahashi
- Tsuruta : Daisaku Nishino
- Takeda : Kae Nasu
- Orang awam: Kei Nakamura , Ryohei Hariu
- Kanak-kanak perempuan: Momoka Kimura
Pelakon sut[]
- Ultraman Orb (Orb Origin) : Hideyoshi Iwata
- Ultraman Orb (Hurricane Slash) , Ragon : Shinnosuke Ishikawa [1]
- Ultraman Orb (Thunder Breastar) : Daisuke Terai
- Magatano-Orochi : Yoshiki Kuwabara
- Demaaga : Hiroyuki Arai [1]
- Gomess : Wataru Inaniwa [1]
- Telesdon : Kazunori Yokoo [1]
- Satoru Okabe
- Ragon Jr. : Satomi Maruta [1]
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Orb
- Hurricane Slash
- Thunder Breastar
- Orb Origin
Kaiju[]
- Magatano-Orochi
- Telesdon
- Gomess
- Demaaga
- Ragon
- Gubila
Trivia[]
- Episod ini merupakan penghormatan kepada episod 38 siri Ultraseven, "Pertempuran Berani."
- Magatano-Orochi yang menewaskan Orb dengan pancaran tembusnya merupakan rujukan kepada Gatanothor, Kaiju terakhir dalam siri Ultraman Tiga.
- Peluru berpandu Spiner R-1 merupakan rujukan kepada peluru berpandu pemusnah planet yang juga dipanggil "R-1" dari episod siri Ultraseven, "Senjata Super R-1."
Rujukan[]
Episod Ultraman Orb Chronicle | |
---|---|
Ultraman Orb | Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya |
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~ |