Rahmat Raja Kegelapan Ultraman Orb.
ialah episod ke-12 dalam siriSinopsis[]
Setelah Ultraman Orb tewas dan kadnya dicuri, Maga-Orochi mengamuk di tengah bandar dan menghancurkan semuanya. Dengan bantuan Puteri Tamayura yang memberikan kad baru iaitu kad Zoffy dan kad Ultraman Belial kepada Gai, dia perlu memutuskan untuk menggunakan kuasa kad kegelapan itu atau tidak demi untuk menang.
Plot[]
Jetta dan Shin bergegas ke kawasan yang dibarikad sambil memerhati Maga-Orochi yang sedang lena dari amukannya secara senyap-senyap. Shin mendedahkan satu lagi ciptaannya yang membolehkan mereka mengimbas raksasa dari jarak yang selamat. Namun, dia terkejut apabila mendapati aktiviti otak raksasa tersebut semakin meningkat dengan pantas walaupun dalam keadaan tidak aktif, dan ia boleh bangkit pada bila-bila masa.
Setelah terjaga dari tidurnya, Gai mendapati dirinya dijaga oleh Naomi, yang bertanya tentang nama Natasha setelah mendengar Gai menyebut nama tersebut dalam tidurnya. Gai mendedahkan bahawa Natasha adalah seorang wanita dari masa lalunya yang gagal diselamatkannya. Naomi kemudian meminta ibunya untuk pergi dari situ demi keselamatannya, sementara dia sendiri tetap tinggal untuk mencari makna mengenai mimpi yang dialaminya semasa kecil tentang gergasi cahaya. Jetta dan Shin muncul dan memaklumkan kepada Naomi untuk mengikut mereka, dan Keiko turut serta ingin merasai pengalaman pekerjaan anaknya itu. Gai cuba beredar, tetapi mendapati Ultra Fusion Card Holder miliknya hilang. Di hutan terlarang, Naomi tersandung pada seketul serpihan, yang ternyata merupakan sebahagian dari batu penanda kubur Tamayura. Shin pula mengesan gelombang magnetik aneh daripada serpihan tersebut semasa mereka cuba menyatukannya, manakala Keiko menanamkan sebiji benih.
Gai bertemu dengan Jugglus sekali lagi dan cuba untuk mendapatkan kembali kad-kad miliknya, namun keletihannya menghalang dia daripada bertarung, menyebabkan Jugglus beredar dengan rasa kecewa. Pada masa yang sama, Maga-Orochi pun terjaga dari tidurnya. Sementara batu penanda kubur Tamayura telah disusun semula, benih yang ditanam oleh Keiko tumbuh menjadi bunga yang kemudiannya menghidupkan semula Tamayura. Dia terbang menuju ke arah Gai dengan membawa kad Zoffy dan Belial, lalu menyuruh Gai untuk menggunakannya. Tamayura mahu Gai menguasai kuasa cahaya dan kegelapan, tetapi juga mengingatkannya bahawa kuasa ini boleh membawa bencana jika tidak dikawal dengan betul. Setelah mengimbas kad Zoffy, Gai berkali-kali cuba mengimbas kad Belial, namun kad tersebut menolaknya.
Walaupun Tamayura melindungi mereka daripada Maga-Orochi untuk seketika, dia akhirnya ditelan dalam serangannya. Melihat kejadian itu, Gai pun meraung melepaskan perasaan marahnya, menyebabkan kad Belial bersinar dan menerima imbasannya, akhirnya mendapat keizinan Belial sambil jelmaan Ultra jahat itu ketawa dengan penuh kekejaman. Gabungan tersebut menghasilkan bentuk Thunder Breastar, di mana Gai terus mara dan menyerang Maga-Orochi dengan amat ganas. SSP dan Keiko menyaksikan gergasi yang mengerikan itu, sementara Jugglus yang turut menonton pertarungan tersebut meraung penuh kecewa apabila melihat pesaingnya bukan sahaja menguasai kegelapan, malah mampu mengatasi Maga-Orochi. Setelah menghentak raksasa tersebut dengan bangunan dan memutuskan ekornya, Orb melancarkan serangan penamat untuk memusnahkan raksasa itu sebelum terbang pergi.
Mengikuti kegagalannya untuk menewaskan pesaingnya itu, Jugglus pun memulangkan Fusion Card Holder kepada Gai dan memberi amaran bahawa mereka berdua tidak begitu berbeza. Gai kemudian pergi ke hutan terlarang dan mengambil Naomi, sementara Keiko meminta Shibukawa untuk membawanya pulang. Ketika itu, Keiko seperti pernah mendengar melodi Orbnica yang sedang dimainkan Gai.
Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]
- Gai Kurenai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira kita hari ni... inilah dia!
- Orb Ring: Ultraman Belial!
- Gai: Ultraman yang jatuh ke dalam lembah kegelapan dan berubah menjadi jahat, Ultraman Belial. Musuh ketatnya ialah Ultraman Zero dan mereka telah banyak kali bertarung. Manakala raksasa kali ni...
- Orb Ring: Black King!
- Gai: Raksasa Pengawal, Black King. Ia adalah raksasa kuat yang mampu menghadapi sebarang serangan. Kekuatan fizikalnya pun bukan calang-calang. Saksikan episod seterusnya ya!
Pelakon[]
- Gai Kurenai : Hideo Ishiguro
- Naomi Yumeno : Miyabi Matsuura
- Jetta Hayami : Naoto Takahashi
- Shin Matsudo : Hiroaki Nerio
- Jugglus Juggler : Takaya Aoyagi
- Ittetsu Shibukawa : Shingo Yanagisawa
Pelakon jemputan[]
- Keiko Yumeno : Minako Tanaka
- Puteri Tamayura : Mala Morgan
- Natasha : Vlada
- Ahli VTL: Kae Nasu
Pelakon sut[]
- Ultraman Orb : Hideyoshi Iwata
- Jugglus Juggler : Satoru Okabe
- Maga-Orochi : Yoshiki Kuwabara
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Orb
- Thunder Breastar
Kaiju[]
Adegan yang Dipadam[]
- Apabila Gai terjaga dari mimpinya tentang Natasha, dia memeluk Naomi kerana menyangkanya sebagai Natasha.
- Terdapat perbualan tambahan antara Shin dan Jetta mengenai Maga-Orochi.
- Semasa Gai bertarung dengan Juggler untuk mendapatkan kembali Ultra Fusion Card Holder miliknya, terdapat dua dialog yang tidak digunakan oleh Jugglus Juggler:
- Ketika Gai ditolak oleh Juggler ke pagar besi, dia mengatakan sesuatu tentang "Penyesalan" kepadanya.
- Juggler berkata kepada Gai bahawa dia sepatutnya sudah mati dalam pertarungan kedua menentang Maga-Orochi sebelum dia meninggalkannya keseorangan.
Trivia[]
- Episod ini merupakan penghormatan kepada episod dari siri Ultraman, Zon Raksasa Tanpa Undang-undang.
Episod Ultraman Orb Chronicle | |
---|---|
Ultraman Orb | Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya |
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~ |