Ultraman Wiki
Advertisement

"Ia tersebar di alam semesta, dan tenaga tu berlegar-legar antara planet dan hidupan. Untuk mengumpul tenaga ini, lelaki itu mencipta satu bahan. Dia namakan bahan tu sebagai elemen Carellen. Tapi elemen Carellen itu hanya akan stabil bila ia berada dalam tubuh makhluk yang hidup. Lelaki yang dah sebarkan elemen Carellen tu menggunakan hidupan untuk mengumpul tenaga yang mempunyai ketumpatan tinggi. Tenaga yang berlegar-legar antara planet dan juga hidupan, ia dikenali sebagai Radiasi Kanak-Kanak."

Kei Fukuide, Identiti Geed


Radiasi Kanak-Kanak (幼年期放射, Yōnen-ki Hōsha) merupakan tenaga/pati yang pertama kali muncul dalam siri Ultraman Geed.

Sejarah[]

Pra-Ultraman Geed[]

Radiasi Kanak-Kanak sebenarnya merupakan intipati Ultraman King sendiri yang tersebar di seluruh alam semesta selepas berasimilasi dengannya untuk membalikkan kesan Impak Krisis.

Setelah mencuri Ultra Capsule di Negeri Cahaya, Kei Fukuide menyedari bahawa pengaktifan peranti ini memerlukan Radiaai Kanak-Kanak. Kei mencipta Elemen Carellen sebagai magnet untuk intipati tenaga dan memupuknya dalam bentuk kehidupan Bumi. Dia tidak tahu bahawa Laiha Toba mengalami gejala ini lebih awal daripada orang lain kerana dia telah diselamatkan oleh Ultraman King sebelum kelahirannya.

Percubaan pertama untuk mengetam Little Star bermula enam tahun sebelum permulaan siri ini apabila Skull Gomora mengamuk di kawasan Mt. Mitsuse dan menimbulkan provokasi Laiha dengan membunuh ibu bapanya. Walau bagaimanapun, ia menyebabkan keputusan yang bertentangan kerana Little Starnya ditindas oleh kesedihannya dan Kei hanya berlalu pergi dan secara tidak sengaja mendedahkan dirinya.

Ultraman Geed[]

Simptom Little Star yang selebihnya mula muncul pada hari ini. Kei telah mencetuskan rangkaian peristiwa yang akan membawa klon Ultraman Belial, Riku Asakura untuk mengambil mantel Ultraman Geed dan menggambarkan peranan wira. Apabila Geed menjadi imej wira, Kei sering memerhati dari jauh kerana serangan raksasa masa depan (sama ada oleh dirinya sendiri atau keadaan lain) akan membantu Ultra dalam mengumpul Little Star sebagai Ultra Capsule.

Mulai episod 16, AIB memutuskan untuk mengambil kes Little Star dalam urusan mereka seperti membangunkan enzim yang akan melarutkan Elemen Carellen dan mengeluarkan Little Star dengan selamat. Mereka juga mengkuarantin pesakit di bangunan yang menghalang isyaratnya daripada dikesan oleh raksasa.

BelialAbsorbingChildhoodRadiation

Belial menyerap Radiasi Kanak-kanak

Dalam episod 24, Belial Atrocious menggunakan Organ Sturm Kei (yang telah diikeluarkan dari badannya sebelum ini) dalam badannya untuk menggunakan Elemen Carellen dalam organ tersebut untuk menyerap Radiasi Kanak-Kanak yang tersebar di sekitar angkasa dan menukarnya menjadi tenaga jahat untuk memperkasakan dirinya dan mengganggu ketenteraman di alam semesta. Walau bagaimanapun di akhir siri, selepas Zero menghantar enzim peneutralan Elemen Carellen ke dalam badan Belial, Belial akan melepaskan Radiasi Kanak-Kanak King dan menyebabkan Organ Sturm tidak berkesan.

Persis apa yang berlaku kepada Radiasi Kanak-Kanak berikutan kekalahan terakhir Belial adalah tidak diketahui kerana Ultraman King mampu mendapatkan semula bentuk jasmaninya setelah berjaya memisahkan dirinya daripada alam semesta, lantas membolehkan kedua-duanya wujud serentak sekali lagi.

Sifat[]

Radiasi Kanak-Kanak sebenarnya adalah satu bentuk tenaga mentah yang hanya boleh ditanam dalam bentuk kehidupan. Setelah ditanam dalam bentuk kehidupan, mereka akan membentuk sfera tenaga yang dipanggil Little Star (リトルスター, Ritoru Sutā) dan hos mereka akan mengalami gejala seperti tangan yang hangat, sinaran cahaya dari dada mereka dan perkembangan kuasa (yang anehnya sepadan dengan Pahlawan Ultra yang sedia ada). Ini juga meletakkan mereka dalam risiko kerana kebanyakan Kaiju mampu menjejaki Little Star mereka dan tertarik padanya. Antara cara untuk memisahkan mereka adalah melalui hasrat kepada Pahlawan Ultra dan emosi yang kuat.

Elemen Carellen, bahan yang dibangunkan oleh Kei berfungsi sebagai magnet kepada Radiasi Kanak-Kanak dan merupakan kunci utama dalam pembangunan Little Star. Radiasi Kanak-Kanak memainkan peranan penting dalam pengaktifan Ultra Capsule. Sebaik sahaja memasuki Ultra Capsule kosong, imej Pahlawan Ultra yang sepadan akan muncul.

Hos Little Star[]

Hos Kuasa Ultra dan perlambangan
Laiha Toba (鳥羽 来葉, Toba Raiha) Pendengaran Ghaib Pengetahuan Ultraman King.
Eri Hara (原 エリ, Hara Eri) Pirokinesis Semangat juang Ultraman Leo yang membara.
Toru Honda (本田 トオル, Honda Tōru) Perisai Cahaya Ketahanan hebat Ultraseven.
Alien Pitt Tree-Tip Pedang tenaga Status Ultraman Hikari sebagai pendekar.
Moko Penyembuhan Kuasa Ultraman Cosmos untuk menenangkan.
Mayu Igaguri (伊賀栗 マユ, Igaguri Mayu) Teleportasi Kuasa Ultraman Zero untuk mengembara melalui ruang-masa.
Sui Asakura (朝倉 錘, Asakura Sui) Kebolehan meramal Kebolehan Bapa Ultra untuk melihat apa sahaja.
Toko Sakura (佐倉藤子, Sakura Tōko) Unjuran bilah tenaga Ultra Bracelet milik Ultraman Jack.
Fujio Maga (満賀富士夫, Maga Fujio) Penghiris tenaga Vertical Guillotine milik Ultraman Ace.
Tetsuro Matsumoto (松本鉄朗, Matsumoto Tetsurō) Pembakaran mental Ultra Dynamite milik Ultraman Taro.
Gubila Semburan lumpuh Z Beam milik Zoffy.

Trivia[]

  • Radiasi Kanak-Kanak merupakan rujukan kepada nama novel Arthur C. Clarke, Childhood's End yang telah digunakan sebagai bahan rujukan oleh penulis siri, Otsuichi. Sementara itu, Elemen Carellen iaitu bahan yang digunakan untuk menarik Little Star ialah penghormatan kepada Karellen, seorang Tuan dan "Penyelia Bumi", watak dalam novel tersebut.
Kuasa, Sifat Ultra dan Objek Menarik
Kuasa dan Sifat Gelaran Ultraman | Ultra Beam | Cahaya Dalaman Ultra | Color Timer (Star Symbol) | Beam Lamp | Slugger | Protector | Ultra Horn | Pendakap dan Gelang | Penyerapan Tenaga Suria | Kristal Dahi | Kristal Cahaya | Type Change | Kristal Badan | Perisai Ultra | Kebolehan Mental | Bahasa Ultra | Hos/Bentuk Manusia | Medan Dimensi | Star Mark | Baradhi
Alat Berkaitan Ultra Alat Transformasi | Spacium | Emerium | Ultra Bell | Ultra Key | Ultra Mind | Plasma Spark | Ultlive | Radiasi Kanak-Kanak
Koleksi Siri dan Pemegang Spark Doll | Cyber Card | Ultra Fusion Card | Ultra Fusion Card Holder | Kaiju Card | Ultra Capsule | Ultra Capsule Holder | Kaiju Capsule | R/B Crystal | R/B Crystal Holder | R/B Crystal Collection Case | Ultra Taiga Accessory | Ultra Access Card | Ultra Medal | Z Holder | Kaiju Medal | GUTS Hyper Key | Kaiju Key | Ultra Dimension Card | Mons Dimension Card | Blazar Stone
Media Lain Plasma Ore | Ultraman Suit | Faktor Ultraman (Faktor Belial)
Advertisement