Ultraman Wiki
Advertisement


Protector (プロテクター, Purotekutā) merupakan perisai dada yang boleh didapati pada sesetengah Ultra yang dikenali sebagai bahagian paling tahan lama dalam anatomi Ultra dan sering dikatakan hampir tidak boleh dihancurkan. Tidak seperti Perisai Ultra, perisai ini bukanlah kulit Ultra, namun diperhatikan sebagai sebahagian daripada anatomi semula jadi mereka. Untuk segelintir Ultra, ia berfungsi sebagai panel solar yang meningkatkan kebolehan penyerapan tenaga suria semula jadi mereka dan membolehkan mereka menambah had masa mereka. Oleh kerana tidak semua Ultra mempunyai pelindung tersebut, boleh disimpulkan bahawa ia merupakan satu sifat yang diwarisi dalam garis keturunan.

Sifat[]

Pelindung ini adalah kepingan perisai semula jadi yang biasanya terdapat di bahagian dada Ultra, biasanya bahagian hadapan. Ia terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu yang menutupi sebahagian besar bahagian atas dada dan belakang, yang menutupi bahagian atas badan dan bahu, jalur bahan yang menutupi bahagian hadapan dan bahagian atas belakang dan juga kepingan kecil di hadapan. Tidak kira saiz dan/atau bentuknya, ia dianggap sebagai bahagian paling kukuh dalam anatomi Ultra.

Hudra, seorang Gergasi Kegelapan mengenakan pelindung yang unik yang mana bukan sahaja menutupi dadanya tetapi juga sehingga ke sebelah kiri pinggangnya.

Sesetengah Ultra, misalnya seperti Ultraseven dan anaknya, Zero menggunakan Protector mereka sebagai panel solar. Pelindung ini terkenal kerana mempunyai tekstur sekunder dalam blok di seluruh pelindung mereka. Penyerapan ini nampaknya sentiasa ada kerana beberapa kali Seven telah bertarung dan tidak menunjukkan sebarang tanda 'peraturan tiga minit' sehingga ia gelap. Kini ia diketahui bahawa 'tekstur' ini dipanggil sebagai Spacium Energy Generator, yang menjadi sebab mengapa hanya Seven dan berkemungkinan pelindung Zero membenarkan mereka mengisi tenaga semula secara aktif.

Darklops Zero, berkat dari pengubahsuaian oleh Alien Salome, dia dapat membuka pelindungnya untuk menembak Dimension Storm yang boleh menghantar sasarannya ke dimensi lain. Ultraman Geed sebagai Solid Burning dapat melancarkan Solar Boost miliknya dengan mengisi tenaga dengan pelindungnya.

Pengguna[]

Lihat juga[]

Kuasa, Sifat Ultra dan Objek Menarik
Kuasa dan Sifat Gelaran Ultraman | Ultra Beam | Cahaya Dalaman Ultra | Color Timer (Star Symbol) | Beam Lamp | Slugger | Protector | Ultra Horn | Pendakap dan Gelang | Penyerapan Tenaga Suria | Kristal Dahi | Kristal Cahaya | Type Change | Kristal Badan | Perisai Ultra | Kebolehan Mental | Bahasa Ultra | Hos/Bentuk Manusia | Medan Dimensi | Star Mark | Baradhi
Alat Berkaitan Ultra Alat Transformasi | Spacium | Emerium | Ultra Bell | Ultra Key | Ultra Mind | Plasma Spark | Ultlive | Radiasi Kanak-Kanak
Koleksi Siri dan Pemegang Spark Doll | Cyber Card | Ultra Fusion Card | Ultra Fusion Card Holder | Kaiju Card | Ultra Capsule | Ultra Capsule Holder | Kaiju Capsule | R/B Crystal | R/B Crystal Holder | R/B Crystal Collection Case | Ultra Taiga Accessory | Ultra Access Card | Ultra Medal | Z Holder | Kaiju Medal | GUTS Hyper Key | Kaiju Key | Ultra Dimension Card | Mons Dimension Card | Blazar Stone
Media Lain Plasma Ore | Ultraman Suit | Faktor Ultraman (Faktor Belial)
Advertisement