Ultraman Wiki
Advertisement

Picu Dendam (復讐の引き金, Fukushū no Hikigane) ialah episod ke-20 dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Ahli terakhir Planet Invasion Union, Alien Metron Tarude telah memuktamadkan pandangannya terhadap Jugglus Juggler untuk membalas dendam padanya atas pembunuhan Don Nostra dan Nagus.

Plot[]

Episod ini bermula dengan Jugglus Juggler yang tewas kepada Tarude, yang pada masa itu sedang merampas pedangnya setelah kalah dalam pertarungan. Selepas mengimbau balik mengenai permulaan perikatan manusia itu dengan Planet Invasion Union dan pengkhianatannya, Tarude hampir selesai menamatkan Juggler dengan pedangnya sendiri, tetapi terganggu dengan muzik yang akhirnya terungkap sebagai Gai Kurenai yang bermain Orbnica. Tarude memberitahunya bahawa itu bukan urusannya jadi dia harus menjauhkan diri, sambil menyatakan bahawa menyelamatkan Juggler hanya akan mendatangkan masalah pada akhirnya. Namun, Gai menganggapnya remeh dengan mengatakan bahawa dia sudah menyesalinya. Setelah menyebutkan keadaan semasa pengguna pedang itu, Tarude pun menghilang dengan cara mengubah lokasi.

Sementara itu, Naomi Yumeno sedang dalam perjalanan ke salah satu pekerjaan sambilan apabila dia terserempak dengan Juggler yang kelihatan keletihan dan tiba-tiba pengsan, lalu dibantu oleh Naomi yang memutuskan untuk menyandarkannya dan kemudian menerima panggilan daripada salah seorang ahli SSP yang memberitahunya bahawa suatu piring terbang telah dikesan. Apabila Naomi membalas bahawa dia sedang sibuk, Juggler memintanya untuk menahannya sekejap. Di SSP, Shin, Jetta dan Ittetsu sedang tertanya-tanya tentang ketidakhadiran Naomi, dan apabila Shin menjejak lokasi terkini Naomi menggunakan GPS telefonnya, mereka membuat kesimpulan bahawa Naomi kehilangan isyarat kerana dia telah diculik oleh makhluk asing. Apabila Naomi bertanya kepada Jugglus mengapa dia mematikan telefon, Juggler memberitahunya untuk pergi sahaja walaupun dalam keadaan yang tidak bermaya, namun akhirnya dia terpaksa membenarkan Naomi merawat lukanya.

Sementara itu, ahli lelaki SSP sedang mengawasi piring yang mereka sangkakan telah menculik Naomi, dan selepas Ittetsu memberitahu mereka bahawa sukar untuk VTL bertindak kerana maklumat yang terhad, mereka disertai oleh Gai yang diberitahu oleh rakan-rakannya tentang situasi semasa. Apabila mereka menganggap Ittetsu dan VTL akan merampas kredit daripada hasil kerja mereka kerana menemui piring tersebut, Gai segera menunjukkan lokasi tepatnya kepada mereka, dan mereka bertindak segera. Tidak lama kemudian, Tarude muncul di belakang Gai dan memberitahunya bahawa yang dia mahu hanyalah menewaskan Juggler. Walaupun tidak terlibat dalam semua ini, Gai menyatakan kepada makhluk asing itu bahawa dia akan menewaskan sesiapa sahaja yang mengganggu keamanan Bumi. Perbualannya terganggu apabila UFO milik Tarude menemui lokasi Jugglus, dan Tarude memberi amaran terakhir kepada Gai untuk tidak menghalangnya sebelum menghilang kembali ke kapal angkasanya.

Jugglus kemudian memberitahu Naomi tentang kapal angkasa yang akan mengesan lokasi dirinya, dan dia meluahkan itu merupakan saat paling hina baginya kerana terpaksa dibantu oleh seseorang seperti Naomi. Apabila Naomi bertanya tentang hubungannya dengan Gai, Jugglus memberitahunya bahawa mereka pernah bertarung bersama-sama, tetapi mereka juga saling bersaing dan memaksa satu sama lain untuk menjadi lebih hebat lagi, sambil mendakwa bahawa kekuatan dia lebih hebat daripada Gai. Namun, setelah cahaya memilih Gai, Jugglus mengembara ke seluruh galaksi dan tersedar bahawa kegelapan adalah kuasa yang jauh lebih hebat daripada cahaya. Naomi kemudian terfikir sama ada apa yang dikatakan Jugglus itu benar dan teringat akan apa yang dikatakan oleh dia dan Gai ketika kali terakhir mereka bertemu, serta percaya bahawa masih ada cahaya dalam hati Jugglus juga.

Mereka kemudian diganggu oleh Tarude yang berjaya mengejar mereka dan menyerang, tetapi Jugglus menyelamatkan dirinya dan Naomi daripada serangan tersebut. Walaupun Tarude memberitahunya bahawa Jugglus penjahat yang sejahat-jahatnyq, Naomi tetap memberitahu Tarude bahawa dia tidak boleh mengabaikan seseorang yang tercedera, walaupun orang itu ialah Juggler. Sebelum makhluk asing itu sempat menyerang Naomi, Gai tiba dan terus menghalang Tarude dari menembak kedua-dua mangsanya. Setelah bosan dengan campur tangan Gai, Tarude membesar ke saiz gergasi, dan Gai segera bertukar menjadi Ultraman Orb Hurricane Slash sebelum Tarude sempat menghentamnya ke tanah.

Ketika kedua-dua gergasi itu bertarung dengan seimbang, Jetta dan Shin menyaksikan pertarungan tersebut sehingga mereka menemui beg kepunyaan Naomi, maka lebih yakin bahawa sesuatu telah berlaku kepada Naomi, lalu bersama Ittetsu, mereka keluar mencarinya. Setelah ditembak oleh letupan tenaga Tarude dan pancaran dari UFO miliknya, Orb bertukar menjadi bentuk Orb Origin dan berjaya mengubah arus pertarungan. Dia mengakhiri pertarungan itu dengan serangan Orb Supreme Calibur. Tarude kemudian bangkit semula dan menyaksikan keindahan matahari terbenam sambil tertanya-tanya sama ada cahaya ini juga akan ditelan kegelapan suatu hari nanti sebelum akhirnya dia rebah dan meletup, nampaknya menamatkan ancaman daripada Planet Invasion Union.

Sewaktu Orb terbang pergi, Naomi dan yang lebih mengejutkan, Jugglus mengucapkan terima kasih kepada Orb kerana menghentikan ancaman makhluk asing. Selepas mendapatkan kembali pedangnya, Jugglus juga berterima kasih kepada Naomi kerana secara tidak langsung membantunya mengalihkan perhatian Metron daripadanya, yang menyebabkan Orb akhirnya bertarung untuknya, seperti yang telah dirancang olehnya dari awal. Dia menyebutnya sebagai lakonan yang hebat sambil ketawa dan tergelak umpama orang gila. Dia kemudian meninggalkan tempat itu sambil mengucapkan "Jumpa lagi" dengan nada sinis selepas memulangkan sapu tangan Naomi yang digunakan untuk membalut lukanya tadi.

Naomi kemudian berkumpul semula dengan ahli SSP yang lain dan Ittetsu, yang sangat risaukan keselamatannya. Mereka memulangkan beg Naomi, yang membuatnya panik yang lupa langsung tentang kerjanya dan bimbang akan dipecat kerana tidak dapat menampung perbelanjaan. Namun begitu, Jetta berjaya merakam piring terbang, tetapi rupa-rupanya kameranya kehabisan bateri di tengah-tengah rakaman. Ketika mereka bertiga kembali berbincang tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada Naomi, Gai pun sampai dan melihat keempat-empat mereka berseronok bersama, lalu beredar bersama mereka.

Ketika matahari terbenam di kejauhan, Jugglus Juggler memerhati pedangnya yang bersinar sambil teringat kembali kata-kata Tarude dan Naomi sebelum ini. Dia membalas sendirian bahawa masih ada kuasa kegelapan yang belum bangkit di dalam perut Bumi. Episod tersebut berakhir dengan Jugglus Juggler ketawa terbahak-bahak umpama orang yang histeria.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira hari ni ialah... diperkenalkan!
  • Orb Ring: Ultraman Hikari!
  • Gai: Ultraman Hikari adalah seorang saintis yang hebat dari Planet Cahaya. Dia juga seorang pemedang yang mahir dengan teknik Pedang Cahaya! Raksasa hari ni ialah...
  • Orb Ring: Alien Metron!
  • Orb: Alien Metron, Tarude kembali untuk membalas dendam. Kekuatan pistol tangannya bukan calang-calang tau! Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Alien Metron Tarude (Suara): Koichi Toshima (外島 孝一, Toshima Kōichi)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (Orb Origin) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Orb (Hurricane Slash) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu), Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Alien Metron Tarude (メトロン星人タルデ, Metoron Seijin Tarude): Hiroyuki Arai (新井 宏幸, Arai Hiroyuki)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod dari siri Ultraseven, Piring Telah Datang.
  • Episod ini disiarkan pada 19 November, iaitu tarikh yang sama dengan episod 8 siri Ultraseven, Kota Yang Ditandai yang disiarkan 49 tahun yang lalu. Menariknya, ini juga merupakan episod yang menyaksikan kemunculan pertama Alien Metron.
  • Pistol tangan Tarude menyerupai Meteor Missile Might yang digunakan oleh Zone Fighter dalam sirinya.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement