Perlawanan! Di Antara Ultra Besar! Ultraman Taiga.
ialah episod ke-23 dalam siriSinopsis[]
Sekumpulan tiga makhluk asing mencipta semula Ultraman Belial menggunakan bahan genetiknya. Ultraman Zero muncul untuk membantu Taiga bertarung menentang tiruan tersebut.
Plot[]
Di satu sudut bangunan, Mabuze memberitahu para makhluk asing bahawa mereka kini akan menghapuskan para pahlawan yang melindungi bandar itu. Dia kemudian menjelmakan pahlawan gelap tiruan, menandakan permulaan pemburuan.
Alien Zarab, Alien Godola dan Alien Sran meminta bantuan Mabuze untuk menewaskan Tri-Squad dan Tregear supaya mereka dapat berkuasa tanpa sebarang halangan. Sementara itu, Pirika mengira jumlah ikan emas, Kana sibuk dengan komputer, Homare menumbuk beg tinju, manakala Hiroyuki masih tertidur berlapikkan buku notanya.
Apabila jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, ahli-ahli EGIS pun bersiap untuk makan tengah hari. Di pihak lawan, para makhluk asing memerhatikan gen pahlawan gelap yang akan digunakan dalam eksperimen Mabuze. Sran menekan butang, menyebabkan gen tersebut mula berputar.
Dalam masa yang sama, ahli-ahli EGIS memilih miso, dan Hiroyuki serta Homare bermain osom di mana Hiroyuki menang. Namun, ketika mereka sedang menikmati waktu rehat, satu siaran langsung dari kamera mereka menunjukkan kemusnahan yang berlaku di bandar.
Muncullah Imit-Ultraman Belial yang mula mengganas dan memusnahkan kawasan sekitar. Hiroyuki segera bertindak balas, tetapi ketika cuba menggunakan Taiga Spark, dia tersalah ambil garfu sebelum akhirnya berjaya bertukar menjadi Taiga. Tri-Squad pun bersilih ganti bertarung dengan Imit-Belial, namun dari segi kekuatan, kelajuan dan daya tembak, mereka bukan lawan baginya yang menjadikan pertarungan itu semakin sukar.
Tregear turut menyertai pertarungan itu dengan niat menyingkirkan Imit-Belial kerana mengganggu rancangannya. Dia mengejek Imit-Belial, menyebabkan Mabuze terpaksa memberikan peningkatan kuasa dengan melepaskan lebih banyak sel Belial ke arahnya. Namun, kehadiran Tregear ternyata menjadi bencana buat mereka sendiri kerana dia berjaya memperdayakan klon Belial untuk memusnahkan bangunan tempat kumpulan makhluk asing itu berada, mengakibatkan mereka tertimbus dalam runtuhan tersebut.
Dalam masa yang sama, Taiga segera bertukar kepada Photon-Earth, tetapi Imit-Belial sempat menyerangnya dengan cakarnya sebelum dia jatuh ke tanah. Dalam keadaan hampir tewas, Imit-Belial melepaskan Cincin Cahaya Maut untuk menamatkan perlawanan, namun serangannya berjaya dielakkan dengan bantuan Zero Slugger yang muncul tepat pada waktunya.
Ketika itulah kelibat Ultraman Zero muncul, menandakan kepulangan putera Ultraseven. Dengan bantuan Zero, Taiga sekali lagi bergabung dengan rakan-rakannya untuk bertukar menjadi Tri-Strium, bersedia untuk pertarungan penentuan itu!
Kedua-dua pihak pun bertarung dengan sengit menentang dua pejuang kegelapan. Setelah pertarungan pancaran tenaga mereka berakhir dengan keputusan seri, Taiga memanfaatkan Plasma Zero-let untuk melancarkan Taiga Dynamite Shoot, menembak ke arah Imit-Belial. Namun, Tregear dengan liciknya menggunakan Imit-Belial sebagai perisai hidup, menyebabkan klon Belial itu hancur sementara dia sendiri meloloskan diri tanpa sebarang kecederaan.
Selepas pertarungan itu tamat, Zero sekali lagi beredar menggunakan Ultimate Aegis, tetapi sebelum pergi, dia sempat memberikan kata-kata semangat kepada Hiroyuki dan Tri-Squad. Sementara itu, Kirisaki yang memerhatikan dari jauh tersenyum sinis, seolah-olah pesta yang lebih besar bakal bermula.
Di ibu pejabat EGIS, setelah Pirika selesai bekerja, dia keluar untuk melihat langit—dan di kejauhan, sebuah komet semakin menghampiri Bumi…
Jurnal Perniagaan EGIS[]
Tri-Squad VoiceDrama[]

Bagaimanakah Menentukan Seseorang Itu Orang Atasan?
Ketika Titas memberi penghormatan kepada Zero, dia mendapati bahawa Zero sebenarnya lebih muda daripadanya.
Pelakon[]
- Hiroyuki Kudo : Yuki Inoue
- Homare Soya : Ryotaro
- Pirika Asahikawa : Ayuri Yoshinaga
- Kana Sasaki : Chiharu Niiyama
- Kirisaki : Kou Nanase
Pelakon suara[]
- Ultraman Taiga : Takuma Terashima
- Ultraman Titas : Satoshi Hino
- Ultraman Fuma : Shota Hayama
- Ultraman Tregear : Yuma Uchida
- Ultraman Zero : Mamoru Miyano
- Alien Sran : Koki Hisada
- Alien Zarab : Jun Fukazawa
- Alien Godola : Tatsuya Tojo
Pelakon sut[]
- Ultraman Taiga: Hideyoshi Iwata
- Ultraman Titas: Yoshiki Kuwabara
- Ultraman Fuma, Ultraman Zero: Satoru Okabe [2]
- Ultraman Tregear: Shinnosuke Ishikawa
- Imit-Ultraman Belial: Daisuke Terai
- Alien Zarab: Daiki Yazaki
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Taiga
- Normal
- Photon-Earth
- Tri-Strium
- Ultraman Titas
- Ultraman Fuma
- Ultraman Zero
- Ultraman Tregear
- Imit-Ultraman Belial
Kaiju[]
- Homare Soya
- Pirika Asahikawa
- Alien Godola
- Alien Sran
- Alien Zarab
- Alien Chibull Mabuze
Trivia[]
- Cawan mi segera yang hendak dimakan oleh ahli EGIS mempunyai nama tiga bekas hos manusia Ultraman Zero yang ditulis dalam aksara Kanji.
- Hiroyuki Kudo mengeluarkan garfu semasa adegan transformasinya secara tidak sengaja sebelum membuangnya. Ini merujuk kepada kejadian terkenal apabila Shin Hayata tersalah mengangkat sudu berbanding Beta Capsule dalam episod 34 siri Ultraman.
- Kelihatan terdapat sekurang-kurangnya dua rujukan kepada siri popular JoJo's Bizarre Adventure.
- Adegan di mana Titas dan Imit-Belial saling menumbuk sambil mendengus jelas merupakan rujukan kepada Stand Rush antara Star Platinum milik Jotaro dan The World milik DIO dalam Bahagian 3, iaitu JoJo's Bizarre Adventure: Stardust Crusaders. Hal ini lebih ketara dengan motif bintang pada Titas serta dengusannya dalam pertarungan yang menyerupai Star Platinum.
- Sebelum dihancurkan, Mabuze melaungkan, "Sains Chi-Chibull yang terbaik di alam semesta!". Ini merupakan rujukan kepada watak Rudol von Stroheim dari Bahagian 2, iaitu JoJo's Bizarre Adventure: Battle Tendency, seorang askar Nazi Jerman yang menjadi cyborg, yang terkenal dengan kata-katanya, "Sains Jerman yang terbaik di dunia!".
- Tajuk episod ini merupakan rujukan kepada tajuk episod 49 siri Ultraman Taro.[3]
Kesilapan[]

- Bangunan yang digunakan oleh Imit-Belial sebagai perisai mengalami kerosakan akibat serangan Light Wave Shurikens daripada Fuma. Namun, dalam babak seterusnya, bangunan itu kelihatan tidak mengalami sebarang kerosakan.
Rujukan[]
- ↑ https://x.com/ultraman_series/status/1203962755633385472
- ↑ Uchusen Yearbook 2020, halaman 23
- ↑ https://twitter.com/ultraman_series/status/1203261648183558144