Perairan Raksasa Ultraman Orb.
ialah episod ketiga siriSinopsis[]
Bekalan air di bandar mula tercemar apabila Gai mendapati ia adalah angkara satu lagi Raksasa Raja, Maga-Jappa.
Plot[]
Pada suatu malam di sebuah tasik terpencil, seekor raksasa timbul dari permukaan air. Keesokan harinya, Shin menggunakan alat ciptaannya yang terbaru untuk menutup paip air yang cuba diperbaiki sebelumnya, tetapi kemudian Naomi secara tidak sengaja merosakkannya semula. Jetta pula secara diam-diam menangis apabila ulasan yang diberikannya sebelum ini dikritik, lalu berlari masuk ke bilik mandi tetapi keluar semula dalam keadaan panik apabila air tiba-tiba bertukar busuk.
Gai hampir masuk ke rumah mandian awam seperti biasa tetapi kecewa apabila mendapati ia ditutup, begitu juga dengan perniagaan lain yang perlu menggunakan air. Pemiliknya meminta maaf dan menjelaskan puncanya adalah air tercemar yang berbau busuk, namun deria Gai hanya mengabaikan perkara itu yang membuatkan pemilik kedai berserta Jetta yang baru tiba terkejut. Melihat keadaan itu, Gai memutuskan untuk keluar dan menyelesaikan masalah tersebut. Untuk mengatasi bau yang mengelilingi Jetta, Naomi menyediakan pakaian yang direndam dalam halia. Kapten Shibukawa melawat SSP sekali lagi dan meminta bantuan kerana pasukan VTL masih belum mencapai kemajuan dalam penyelidikan mereka. Masalah air tercemar sudahpun menular ke tempat lain dan kawasan perumahan SSP adalah sasaran terbaru. Shin menjumpai maklumat tambahan dalam Rekod Pasifik berkaitan Maga-Jappa, raksasa yang mencemarkan bekalan air di laut, termasuk yang ada di perigi.
Di tempat lain, Gai menjejak punca air tercemar itu yang membawanya kepada raksasa tersebut, Maga-Jappa dan memarahinya kerana 'mandi' di alam semula jadi tanpa membersihkan diri terlebih dahulu, kemudian dia diserang oleh Juggler yang turut merampas alatnya. Selepas melaporkan kejadian itu kepada ibu pejabat Pasukan VTL, Shibukawa memaklumkan kepada SSP tentang penampakan raksasa di Tasik Okunara. Shin menyediakan sut yang lebih efisien kepada Jetta bagi mengatasi bau yang mengelilinginya. Shibukawa turut serta dan Naomi melihat kerjasama ini sebagai satu hubungan timbal balik. Berhadapan dengan Juggler sekali lagi, Gai sempat bertarung dengan tangan kosong sebelum mendapatkan semula Orb Ring, manakala Juggler berundur dengan tenang.
SSP tiba di Tasik Okunara lantas menyaksikan Maga-Jappa. Setiap mereka membandingkan bau busuk raksasa itu dengan pengalaman terburuk mereka. Shin mendapati bahawa Jappa menuju ke Empangan Narasawa dan jika raksasa itu tidak dihentikan, bekalan air seluruh dunia akan tercemar. Shibukawa berterima kasih kepada SSP dan mengarahkan mereka untuk berlindung, tetapi mereka enggan dan hujah walaupun mereka menerima banyak kritikan untuk laporan mereka, sekurang-kurangnya ia akan bermanfaat kepada yang memerlukan. Jetta pula ingin mengembalikan operasi rumah mandi kepada keadaan asal, ini menarik perhatian Gai ketika memerhati mereka dari jauh. Sementara bala bantuan sedang dalam perjalanan, Shibukawa menggunakan Senapang SAP ciptaan Shin untuk memperlahankan pergerakan Maga-Jappa, tetapi sebelum tembakan kedua dapat dilepaskan, dia nampaknya diserang oleh raksasa tersebut.
Gai bertukar menjadi Ultraman Orb untuk menentang raksasa tersebut, namun malangnya gergasi cahaya itupun tidak dapat menahan bau busuk raksasa tersebut. Meskipun Orb memiliki kelebihan dalam pertarungan fizikal, Maga-Jappa berjaya menahan serangan Sparion Slash Orb berkat kulitnya yang keras dan memperoleh kelebihan melalui kemampuan Maga serta teknik halimunannya. Namun sebelum dia sempat menewaskan Orb dengan bau busuknya, Orb bertukar kepada bentuk Burnmite buat kali pertama, menjadikan raksasa busuk itu tidak berpeluang melawan bentuk baharu Ultra tersebut. Selepas menerima serangan Stobium Counter dan Stobium Foot, Maga-Jappa akhirnya dimusnahkan sepenuhnya oleh serangan Stobium Dynamite Orb Burnmite.
Ketika meratapi Shibukawa, lelaki itu muncul dalam keadaan tidak cedera dan menyertai SSP dalam menewaskan raksasa tersebut. Selepas pertarungan itu selesai, Gai memperoleh Ultra Fusion Card Ultraman Jack daripada Maga-Kristal raksasa itu, manakala Jugglus mengambil Kad Kaiju raksasa tersebut, sambil memberitahu bahawa dia hanya memerlukan satu kad sahaja lagi. Tidak lama kemudian, Gai dan SSP pergi ke rumah mandi awam selepas peristiwa pertempuran itu. Shin dan Jetta melompat masuk ke dalam kolam air panas tempat Gai berada, membuatkan Gai menjerit marah.
Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]
- Gai: Wira kita pada hari ini. Ianya adalah... ini dia!
- Orb Ring: Ultraman Jack!
- Gai: Ultraman Jack dari siri Return of Ultraman. Perwira yang bertarung menentang kejahatan menggunakan senjatanya, Ultra Lance. Dan raksasa kita hari ni adalah...
- Orb Ring: Maga-Jappa!
- Gai: Raja Raksasa Air, Maga-Jappa, keunikannya tak lain dan tak bukan adalah pada baunya! Tanpa bantuan kuasa baru saya Burnmite, nyawa saya mungkin dalam bahaya! Saksikan episod akan datang ya!
Pelakon[]
- Gai Kurenai : Hideo Ishiguro
- Naomi Yumeno : Miyabi Matsuura
- Jetta Hayami : Naoto Takahashi
- Shin Matsudo : Hiroaki Nerio
- Jugglus Juggler : Takaya Aoyagi
- Ittetsu Shibukawa : Shingo Yanagisawa
Pelakon jemputan[]
- Pemilik Sento: Taro Suwa
- Kanak-kanak: Jin Kanayama , Yuwa Hioki , Rion Fukucho
Pelakon sut[]
- Ultraman Orb : Hideyoshi Iwata
- Maga-Jappa : Hiroyuki Arai
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Orb
- Spacium Zeperion
- Burnmite
Kaiju[]
Adegan yang Dipadam[]
- Adegan 8: Satu babak menampilkan dialog tambahan daripada ahli SSP, dalam babak di mana Jetta terus berusaha mengatasi badannya yang berbau busuk dengan semburan badan.
- (Nota: Terjemahan mungkin tidak tepat) Penjelasan: Air yang berbau puncanya disebabkan oleh Maga-Jappa dan air bersih yang tinggal di SSP juga masih sedikit. Nampaknya pengaruhnya sudah mula merebak ke seluruh dunia. Dalam perbualan tiga orang ini, jika perkara ini berlaku menjadi kenyataan… ia adalah babak yang lucu tetapi dengan ketakutan sebenar yang lebih dirasai.
- Komen dari Pengarah Taguchi: Memandangkan tiga orang dalam SSP itu merupakan teras kepada "Ultraman Orb", saya terlepas untuk mengingati hakikat bahawa saya telah mencuba pelbagai perkara dari cerita pertama hingga ketiga sambil meraba-raba melalui pelbagai perkara.
- Adegan 17: Satu adegan yang tidak digunakan di mana Juggler bercakap sendirian sambil memegang tulang penjuru di kepalanya (setelah adegan di mana Shibukawa terbawa oleh Aliran Air Maga-Jappa).
- Penjelasan: Secara ironis, potongan-potongan kata terhadap Juggler kepada Gai dengan perkataan dan pelbagai ekspresi termasuk pelbagai pemikiran kepada Gai. Ia juga dirasakan sebagai petunjuk kepada kebangkitan Maga-Orochi dan jika dilihat semula selepas semua percakapan itu selesai, mungkin akan memberi kesan yang berbeza.
- Komen dari Pengarah Taguchi: Juggler sepatutnya mengucapkan sejenis peribahasa setiap kali di awal episod, tetapi dia tiba-tiba terhenti di episod ketiga. Dan akhirnya, dia menghilang…
Trivia[]
- Semasa Jetta menaip cerita berita, dia berkata dan menaip "Rahsia Tasik Itu", merujuk kepada episod siri Ultraseven dengan tajuk yang sama.
Episod Ultraman Orb Chronicle | |
---|---|
Ultraman Orb | Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya |
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~ |