Ultraman Wiki
Advertisement

"Apa yang diperlukan untuk menjadi wira? Saya sendiri pun tak tahu jawapan soalan saya. Tapi, sekarang ada sesuatu yang saya dah pasti. Awak berlawan dengan bijak, jadi awak nampak hebat bila menang... dan korbankan nyawa awak untuk lindungi nyawa orang yang awak sayang. Tapi bila waktu tu tiba... saya tak boleh nak buat apa-apa langsung."

―Ulasan Riku di penghujung episod

Pengorbanan (サクリファイス, Sakurifaisu) ialah episod ketujuh dalam siri Ultraman Geed.

Sinopsis[]

Riku dan Leito terperangkap dalam jebakan yang dirancang oleh Kei untuk menyingkirkan Zero serta mengancam keselamatan keluarga Leito. Zero perlu mencari jalan untuk menyelamatkan semua orang, walaupun terpaksa mengorbankan dirinya.

Plot[]

Setelah memerhatikan Leito dan Zero, Kei memutuskan untuk menyingkirkan mereka kerana dianggap sebagai komponen yang tidak diperlukan dalam rancangannya.

Haruo menjerit dengan rasa kecewa setelah gagal mendapatkan tempat untuk menghadiri kuliah Kei Fukuide sebelum dia mengamanahkan perniagaan tersebut kepada Laiha dan Riku dan beredar. Leito membawa keluarganya ke Pasar Ginga, dan Kei mengunjungi mereka, memberi akses kepada semua orang untuk menghadiri kuliahnya yang akan datang. Kembali di Rumah Nebula, Riku mencadangkan kepada Pega untuk mencari inspirasi daripada Kei apabila Pega memutuskan untuk menjadi seorang novelis, berbanding menggubah bunga tiruan. Laiha pada masa yang sama merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan penulis tersebut. Ketika itu, Zero turut merasa curiga terhadap Cosmo Chronicle kerana ada sesuatu yang seperti pernah dilihatnya dan mendesak Leito untuk membacanya dengan lebih lanjut.

Pada hari kuliah, keluarga Igaguri dan pekerja Pasar Ginga hadir seperti yang dijanjikan. Pega cuba bertanya kepada Kei dengan diam, namun penulis itu memberikan pandangan yang menakutkan yang membuatkannya terkejut. Zero berbincang dengan Riku mengenai Kei yang disyaki sebagai makhluk asing, yang mana demikian kerana Cosmo Chronicle ternyata berdasarkan dari pengalamannya yang lalu dengan peranannya sebagai penjahat. Di konvensyen, Kei memutuskan untuk menerbitkan jilid ketiga Cosmo Chronicle yang akan menampilkan kematian Zora (watak Zero). Leito dipanggil oleh Kei ke pentas hadapan, dan di situ Zero sepenuhnya menguasai tubuh Kei ketika penulis itu mula bertindak. Menggunakan kuliahnya, Kei mengancam Zero untuk kekal berdiri di tempatnya, jika tidak dia akan meletupkan bom dan membunuh semua penonton. Rancangan sebenar Kei adalah untuk menghapuskan Leito dan Zero sendiri.

Mendedahkan satu Kaiju Capsule (yang mana dia mengisytiharkan sebagai model untuk jilid ketiga Cosmo Chronicle), Kei menggunakannya untuk menjelmakan Galactron dan menyebabkan kekacauan di kalangan penonton. Mereka cuba melarikan diri tetapi menyedari bahawa bangunan itu terkunci dari dalam. Walaupun Riku dan Laiha cuba menentang Kei, Zero memberi amaran kepada mereka bahawa tindakan mereka sedang dirakam oleh kamera tidak jauh dari situ. Lebih buruk lagi, Zero tidak boleh melawan raksasa itu kerana keadaannya sekarang. Ini memaksa Riku untuk melompat keluar dan bertukar menjadi Ultraman Geed. Laiha mengambil peluang ini untuk menyoal sama ada Kei ialah penyerang raksasa yang menyerang seluruh bandarnya, tetapi dia menafikannya. Didorong oleh Kei, Zero mengambil serangan sinaran haba dari Galactron sebagai pertukaran untuk keselamatan Geed dan penonton. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Zero dilahap oleh serangan musuh dan alat transformasinya Ultra Zero Eye menjadi batu dalam proses itu. Geed menyerang Galactron sekali lagi tetapi hanya merosakkan lengan kirinya.

Navigasi Kapsul Ultra[]

  • Riku: Navigasi Kapsul Ultra! Inilah dia kapsul hari ini!
  • Riser: Ultraman Orb Spacium Zeperion!
  • RE.M.: Ultraman Orb. Tinggi: 50 meter. Berat: 50,000 tan. Ultraman ini berlawan dengan menggunakan kuasa dari Ultraman dan juga Ultraman Tiga
  • Riku: Seterusnya, yang ini!
  • Riser: Galactron!
  • RE.M.: Pendakwa Awam, Galactron. Tinggi: 61 meter. Berat: 61,000 tan. Robot yang cuba untuk memusnahkan tamadun semata-mata untuk menyingkirkan masalah dan mengelakkan timbulnya konflik.
  • Riku: Nantikan episod seterusnya!

Pelakon[]

  • Riku Asakura (朝倉 リク, Asakura Riku): Tatsuomi Hamada (濱田 龍臣, Hamada Tatsuomi)
  • Laiha Toba (鳥羽 ライハ, Toba Raiha): Chihiro Yamamoto (山本 千尋, Yamamoto Chihiro)
  • Leito Igaguri (伊賀栗 レイト, Igaguri Reito): Yuta Ozawa (小澤 雄太, Ozawa Yūta)
  • Kei Fukuide (伏井出 ケイ, Fukuide Kei): Kunito Watanabe (渡辺 邦斗, Watanabe Kunito)
  • Lumina Igaguri (伊賀栗 ルミナ, Igaguri Rumina): Hitomi Hasebe (長谷部 瞳, Hasebe Hitomi)
  • Mayu Igaguri (伊賀栗 マユ, Igaguri Mayu): Mirei Shimizu (清水 美怜, Shimizu Mirei)

Pelakon jemputan[]

  • Haruo Kume (久米 ハルヲ, Kume Haruo): Tadashi Mizuno (水野 直, Mizuno Tadashi)
  • Joji Osumi (大隅 丈治, Ōsumi Jōji): Kenji Masaki (柾 賢志, Masaki Kenji)

Pelakon suara[]

  • Alien Pegassa Pega (ペガッサ星人ペガ, Pegassa Seijin Pega): Megumi Han (潘 めぐみ, Han Megumi)
  • RE.M. (レム, Remu): Suzuko Mimori (三森 すずこ, Mimori Suzuko)
  • Ultraman Zero (ウルトラマンゼロ, Urutoraman Zero): Mamoru Miyano (宮野 真守, Miyano Mamoru)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Geed: Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Zero: Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)
  • Pega: Satomi Maruta (丸田 聡美, Maruta Satomi)
  • Galactron: Kenji Kajikawa (梶川 賢司, Kajikawa Kenji)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

  • Alien Pegassa Pega
  • Galactron

Trivia[]

  • Menurut Zero tentang salah satu novel Kei yang mengisahkan peristiwa dari Mega Monster Battle Ultra Galaxy: The Movie hingga Ultraman Zero: The Revenge of Belial, kemungkinan Kei telah membalikkan cerita dengan menjadikan Zero sebagai "Zora" yang menjadi watak jahat, sementara Belial sebagai "Agam" yang berperanan sebagai wira. Ia juga mungkin bahawa salah satu watak yang dinamakan "King Varg" boles merujuk kepada Alien Reiblood.
  • Ringkasan itu juga menyebut tentang Fiery Pirates, Glenfire dan kumpulan lanunnya, serta Knight of Mirrors yang merupakan rujukan kepada Mirror Knight.
    • Dalam novel tersebut, seni pada muka hadapan menunjukkan seorang lelaki yang diselubungi cahaya suci memegang busur dan anak panah, bersedia untuk menembak pada seekor raksasa yang mempunyai kristal hijau di belakangnya, dengan kulit hitam dan merah, yang menyerupai detik-detik terakhir Arch Belial sebelum kekalahannya. Planet di belakang lelaki itu mungkin merujuk kepada versi Negeri Cahaya dalam cerita tersebut.
    • Hakikat bahawa Zora, yang berdasarkan Zero menjadi watak paling popular dalam kalangan peminat novel itu juga mencerminkan populariti yang sama bagi Zero di kalangan peminat Ultra.
  • Dalam alih suara Bahasa Indonesia yang disiarkan di RTV, episod ini diberi nama "Perangkap Kei Fukuide".
Episod Ultraman Geed
Selamat Datang ke Pangkalan Rahsia | Gadis Yang Menumpaskan Raksasa | Salaryman Zero | Tugas Menyiasat Makhluk Asing | Pasangan | Supaya Saya Boleh Jadi Diri Sendiri | Pengorbanan | Melampaui Takdir | Pedang Sumpah | Membaca Fikiran | Identiti Geed | Nama Saya | Mengembalikan Kenangan | Bayang dalam Bayang | Anak dari Pertempuran | Hari Pertama Kemusnahan Dunia | Keajaiban King! Masa untuk Ubah Takdir!! | Pewaris Kepada Mimpi | Pencerobohan Rumah Nebula | Raksasa Burung Jam 10:00 Pagi | Pega Lari Dari Rumah | Rampasan | Cahaya Sturm | Secebis Harapan | Simbol Geed
Advertisement