Ultraman Wiki
Advertisement

Pengembaraan Cahaya (さすらいの太陽, Sasurai no Taiyō) ialah episod ke-25 dan terakhir dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Magatano-Orochi akhirnya dikalahkan dengan kuasa cahaya, kegelapan dan persahabatan. Gai berlalu pergi untuk meneruskan pengembaraannya yang lain.

Plot[]

Sambungan dari episod sebelumnya, Gai menjerit dalam keputusasaan setelah percaya bahawa Naomi telah terbunuh. Sementara itu, Jetta dan Shin mendapati diri mereka terperangkap di dalam markas SSP, di bawah ancaman kemungkinan terbakar hidup-hidup. Walaupun Orb telah ditewaskan, VTL masih meneruskan serangan mereka. Ketika Gai berkeliaran di tengah-tengah runtuhan, dia menemui mesej yang ditinggalkan oleh Juggler, yang mendedahkan bahawa dia telah menjadikan Naomi sebagai tebusan dan menunggu kehadiran Gai di jeti 3 demi keselamatannya.

Mendapat inspirasi daripada rakaman diari masa depan Jetta, Shin mendapati bahawa Rekod Pasifik sebenarnya adalah ramalan yang ditulis oleh seseorang yang mempunyai kebolehan ahli psikik dan menemui teka-teki menarik di halaman seterusnya. Sementara itu, Naomi tersedar tetapi mendapati dirinya berada dalam tahanan Juggler, yang percaya bahawa dia merupakan sumber kekuatan dan kelemahan Gai. Shin menemui bahawa pokok suci di taman perumahan SSP, yang telah diinjak oleh Maga-Orochi ketika ia menghantar nyawanya ke bawah tanah, mempunyai kaitan dengan teka-teki dalam Rekod Pasifik dan memuat naik maklumat tersebut di laman sesawang, yang turut diterima oleh Shibukawa.

Di jeti 3, Gai bertemu dengan Juggler, yang sedang mengalami tekanan mental akibat idealismenya yang bertentangan dan cuba mengerat Naomi di depan mata Gai. Namun, apabila Naomi memutuskan untuk mengorbankan dirinya di atas tanggungjawabnya sendiri, Juggler teragak-agak untuk melakukannya dan sebaliknya menyelamatkannya daripada nahas Z-VTOL. Peristiwa ini membawa kepada pendedahan bahawa Juggler yang telah menyelamatkan Natasha pada masa lalu, satu tindakan yang dianggapnya sebagai kelemahan, walaupun ironinya dia melakukan hal yang sama sekali lagi. Gai memeluk dan mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum meninggalkan Naomi di bawah jagaan Juggler. Ketika detik ini nampak seperti pertemuan terakhir mereka, Jetta dan Shin segera diselamatkan oleh Shibukawa.

Gai/Ultraman Orb mara ke arah Magatano-Orochi, menggunakan kuasa Spacium Zeperion dan Burnmite sebelum beralih kepada Orb Origin. Di tengah-tengah pertarungan, Juggler yang dipenuhi keraguan akhirnya diyakinkan sungguh-sungguh oleh Naomi untuk menyertai pertarungan itu, bertarung bersama-sama dengan pesaingnya buat kali pertama dalam beberapa tahun. Jetta dan Shin mendedahkan bahawa ketika Maga-Orochi menghantar nyawanya ke bawah tanah, pokok suci yang dipijaknya berjaya menghalang sebahagian daripada tenaganya, menyebabkan titik lemah berada di bahagian kanan rahang bawahnya. Dengan menggunakan autoritinya sebagai Kapten Unit Risikan Khas, Shibukawa mengarahkan semua armada Z-VTOL yang ada untuk menembak tepat ke titik tersebut, sementara SSP menyampaikan maklumat ini kepada Orb dan Juggler. Juggler meluru ke hadapan dan menahan raksasa tersebut, sementara Orb menjelmakan perwira-perwira Ultra Fusion Card untuk melancarkan serangan terakhir ke atas Magatano-Orochi, menyebabkan raksasa itu dihujani letupan. VTL dan SSP meraikan kejayaan mereka sementara Orb terbang menuju matahari terbenam, meninggalkan Pedang Jashin gergasi milik Juggler di lokasi tersebut.

Naomi mendekati Gai dan bersua dengannya untuk kali terakhir, mengungkapkan bahawa dia sudah pun mengetahui tentang identiti sebenar Gai sejak dari awal lagi, tetapi berpura-pura mengikutinya kerana takut akan kehilangannya. Gai meninggalkan tempat itu tanpa destinasi yang pasti, namun berjanji kepada Naomi bahawa dia akan kembali apabila perlu, sambil kemudian melagukan Orbnica di atas permintaan Naomi. Shibukawa dan SSP akhirnya bertemu semula dengan Naomi untuk memberitahunya bahawa laman sesawang mereka telah menerima 240 juta tontonan dari seluruh dunia. Juggler, yang disangka terkorban dalam letupan itu nyatanya muncul tanpa sebarang kecederaan, memerhati saingannya dari kejauhan. Walaupun hati Shibukawa berasa sedih dengan pemergian Gai ke pengembaraannya yang lain, dia memanggil nama pengembara itu sebelum mengucapkan selamat tinggal dari jauho.

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Ryutaro Suganuma (菅沼 龍太郎, Suganuma Ryūtarō): Shiro Sano (佐野史郎, Sano Shirō)
  • Nagamine (長嶺): Masayuki Ito (伊藤 正之, Itō Masayuki)
  • Sakai (阪井): Tsuyoshi Nakano (中野 剛, Nakano Tsuyoshi)
  • Abe (阿部): Yosuke Minokawa (三濃川 陽介, Minokawa Yōsuke)
  • Taguchi (田口): Makoto Takahashi (高橋 麻琴, Takahashi Makoto)
  • Natasha (ナターシャ, Natāsha): Vlada (ブラダ, Burada)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb: Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Jugglus Juggler (Majin), Ultraman Taro, Ultraman Jack: Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)[1]
  • Magatano-Orochi: Yoshiki Kuwabara (桑原 義樹, Kuwabara Yoshiki)
  • Ultraman Zero: Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)[1]
  • Ultraman Belial: Daisuke Terai (寺井 大介, Terai Daisuke)[1]
  • Ultraman Taro, Ultraman Mebius: Masahiro Omura (大村 将弘, Ōmura Masahiro)[1]
  • Zoffy: Wataru Inaniwa (稲庭 渉, Inaniwa Wataru)[1]
  • Hiroyuki Arai (新井 宏幸, Arai Hiroyuki)
  • Kazunori Yokoo (横尾 和則, Yokō Kazunori)
  • Daiki Yazaki (矢崎 大貴, Yazaki Daiki)
  • Keita Rikimaru (力丸 佳大, Rikimaru Keita)
  • Satomi Maruta (丸田 聡美, Maruta Satomi)
  • Kenji Kajikawa (梶川 賢司, Kajikawa Kenji)
  • Yuto Nagachi (永地 悠斗, Nagachi Yūto)
  • Hiroki Kori (郡 大輝, Kōri Hiroki)
  • Hitomi Adachi (安達 仁美, Adachi Hitomi)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

  • Pada asalnya, Hurricane Slash juga dirancang untuk muncul dalam episod ini buat kali terakhir, namun disebabkan oleh sut tersebut telah digunakan secara berlebihan sepanjang episod ini, ia telah dibatalkan.
  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod terakhir siri Ultra Q, Open Up!.
  • Perbualan terakhir Gai dan Naomi adalah berdasarkan adegan akhir Dan Moroboshi dan Anne Yuri dalam episod 49 siri Ultraseven, The Biggest Invasion in History: Part 2. Menurut Kiyotaka Taguchi, beliau bahkan merujuk kepada pelakon Anne, iaitu Yuriko Hishimi untuk memastikan ketepatan adegan asal tersebut.

Rujukan[]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Character Land SPECIAL: Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA halaman 55
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement