Penduduk Negeri Cahaya atau Rakyat Nebula M78 adalah sebuah kaum yang mendiami di Negeri Cahaya. Mereka adalah makhluk cahaya yang terkenal dengan kekuatan luas biasa dan rasa belas kasihan dan keadilan yang kuat, mendorong mereka untuk membawa kedamaian di seluruh alam semesta.
Sejarah[]
Cahaya Plasma Spark telah menukar orang di Negeri Cahaya menjadi makhluk gergasi perak yang mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa. Para Ultra percahaya bahawa kuasa mereka harus digunakan untuk membawa kemananan dan melindungi yang lain dari bahaya. Untuk melaksanakan itu, mereka menubuhkan Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Sementara Pasukan Pertahanan Antara Galaksi menentang makhluk jahat, pelbagai kaum alien seperti Babarue, Temperor dan Baltan menganggap mereka sebagai ancaman bagi mereka dan membuat percubaan untuk memusnahkan mereka.
Salah satu ancaman terbesar kepada Negeri Cahaya adalah serangan makhluk bernama The Emperor yang menyerang Negeri Cahaya bersama tentera raksasa dan alien dalam sebuah peristiwa yang dikenali sebagai Perang Ultimate. The Emperor menakluk Negeri Cahaya tetapi para Ultra menyerang balas dan mendapatkan semula dunia rumah mereka. Pahlawan dalam konflik ini ialah seorang Ultra bernama Ken yang kemudian dikenali sebagai Bapa Ultra. Dia bertarung dengan The Emperor dalam sebuah pertempuran yang meninggalkan parut pada kedua-dua mereka sehingga memaksa The Emperor untuk berundur. Semenjak itu, dia tidak lagi dilihat selama tiga puluh ribu tahun.
Ancaman terbesar yang seterusnya kepada para Ultra ialah dari seorang Ultra bernama Belial. Belial adalah seorang yang terlibat dalam Perang Ultimate dan rakan seperjuangan kepada Ken dan Marie. Setelah melihat kekuasan Emperor, fikirannya dimakan oleh keinginan untuk lebih banyak kuasa. Apabila Ken dan bukannya Belial yang dipilih sebagai Komander Tertinggi Pasukan Pertahanan Antara Galaksi, kebanggaan Belial menyebabkan dia cuba mencuri tenaga dari Plasma Spark untuk dirinya. Bagaimanapun, percubaannya gagal apabila kuasa Plasma Spark terlalu kuat untuknya. Disebabkan jenayahnya yang mungkin boleh memusnahkan Planet Ultra, dia telah diusir oleh rakan-rakan Ultranya. Tidak lama selepas pengusirannya, pertemuan dengan Alien Rayblood telah membawa kepada pertukaran Belial menjadi Ultra yang jahat. Dia mula memusnahkan Negeri Cahaya tetapi telah ditewaskan oleh Ultraman King yang kemudian mencipta Penjara Angkasa untuk memenjarakannya.
Beberapa tahun kemudian, Belial telah dibebaskan dari penjaranya dan melancarkan peperangan di Negeri Cahaya sekali lagi. Dia berjaya mengeluarkan Plasma Spark yang menyebabkan majoriti Ultra di planet itu menjadi beku. Ultra selebihnya dengan pertolongan daripada Rei dan Ultraman Dyna, mereka bertempur dengan Belial di Kubur Raksasa. Belial akhirnya ditewaskan oleh Ultraman Zero dan Plasma Spark telah dibawa kembali ke Planet Ultra dan mengembalikan kehidupan di planet itu.
Sebelum peristiwa siri Ultraman Geed, para Ultra pergi ke Dunia Side Space dan mengambil bahagian dalam Omega Armageddon. Mereka bertarung dengan Belial dan tenteranya. Namun, para Ultra hanya dapat menyaksikan kegagalan mereka setelah Belial berjaya mencetuskan Impak Krisis sebelum Ultraman King mengorbankan dirinya untuk membatalkan kerosakan yang disebabkan oleh Belial. Setelah kejadian itu, Ultra menjadi legenda yang popular di kalangan penduduk alam semesta Bumi dipulihkan ini.
Ciri-ciri[]
Anatomi[]
- Ultra Armor:
- Kerja Dalaman:
- Sistem Keimunan:
Sifat Keluarga dan Warna Badan[]
Panjang umur[]
Kuasa[]
- Ultra Beam:
- Peluru Cahaya:
- Kekuatan:
- Ketahanan:
- Perubahan Saiz:
- Kebolehan Mental:
- Halangan:
- Penerbangan:
- Penyembuhan:
- Asimilasi:
- Peniru Manusia:
- Teleportasi:
- Sfera Perjalanan:
- Pendigitan:
- Ultra Sign:
- Ultra Twinkle Way:
Versi Alternatif[]
Another Genesis[]
Manga Ultraman Taro[]
Ultraman Dual[]
The Rise of Ultraman[]
Galeri[]
Individu[]
Merah[]
Biru[]
Bayi[]
Lihat juga[]
- Ultra
- Pahlawan Ultra
- Pahlawan & Warga Ultra
- Pasukan Pertahanan Antara Galaksi
- Gergasi Cahaya Ultra Purba
- Rakyat U40
- Ultra O-50