"Dari mana datangnya suara tadi tu? Tiada siapa antara kami yang tahu. Tapi, itu membuktikan kadang-kadang perkara yang tak dapat dijelaskan yang akan membantu kita dari membuat perkara yang disesali. Agaknya, itu sebahagian dari sebab kenapa saya adalah Ultraman."
- ―Ulasan Riku di penghujung episod
Pedang Sumpah Ultraman Geed.
ialah episod kesembilan dalam siriSinopsis[]
Anak perempuan Leito, Mayu, dipengaruhi oleh Little Star yang memberinya kuasa untuk teleportasi. Geed dan Zero perlu melindunginya, sementara Laiha berdepan dengan Fukuide Kei.
Plot[]
Anak perempuan Leito iaitu Mayu mula menunjukkan tanda-tanda memiliki Little Star akhir-akhir ini, termasuk kebolehan untuk berteleportasi. Bimbang dengan Kei yang mungkin akan mendekatinya, Riku memutuskan untuk bertarung melawan sasaran Little Star sementara Laiha dan Leito berusaha mencari dan menyerang Kei di kawasan berdekatan. AIB turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap Kei, memandangkan dia tidak mempunyai rekod di Bumi mahupun alamat rumah sebenar menurut penyuntingnya. Pada awalnya, Mayu ketakutan berada di Rumah Nebula, tetapi kata-kata Laiha berjaya meyakinkannya untuk tinggal dan menemani Pega sebagai perlindungan daripada serangan raksasa.
Tiba-tiba, seekor raksasa cuba mengorek Rumah Nebula untuk mencari Mayu. Moa menyelidik serangan raksasa pertama di Jepun yang direkodkan di Gunung Mitsuse enam tahun lalu dan mendapat tahu bahawa Laiha merupakan satu-satunya yang terselamat. Geed bertukar dan menyerang raksasa tersebut, tetapi Kei tidak kelihatan di kawasan berdekatan. Sebaliknya, Skull Gomora muncul semula di Gunung Mitsuse, memaksa Geed untuk bergantung kepada Zero untuk menewaskan raksasa tersebut. Mendengar Laiha menuju ke lokasi Skull Gomora, Mayu segera berteleportasi. Selepas menyelesaikan pertarungan dengan raksasa sebelumnya, Zero/Leito bergegas ke Gunung Mitsuse ke sisi Mayu, yang gagal menghentikan Laiha ketika Geed baru sahaja menewaskan Skull Gomora.
Setelah menerima Kapsul Zero daripada Little Star Mayu, Riku pergi kepada Mayu dan mendapat tahu tentang niat sebenar Laiha: Skull Gomora ialah raksasa yang sama menyerang Gunung Mitsuse enam tahun lalu, mengorbankan semua orang termasuk ibu bapa Laiha dan meninggalkan dia sebagai satu-satunya yang terselamat. Laiha menghampiri Kei dengan mengingatinya sebagai identiti sebenar raksasa tersebut, yang menyerang untuk mengetam Little Star yang ada dalam dirinya sebelum ia lenyap. Mereka berdua bertarung, dan Laiha hampir menamatkan riwayat Kei sehingga 'sesuatu' menghalangnya. Kei mengambil peluang itu untuk melarikan diri, membolehkan Zero mengenal pasti identitinya sebagai seorang Alien Sturm, sementara AIB memerhati dari kejauhan.
Kembali di Rumah Nebula, Laiha teringat bahawa dia dihentikan oleh suara misteri yang mengatakan dia tidak boleh melakukan tindakan demikian. Riku hanya tersenyum sambil meluahkan rasa leganya kerana kata-kata itu telah menghentikan tindakannya.
[]
- Riku: Navigasi Kapsul Ultra! Inilah dia kapsul hari ini!
- Riser: Ultraman Ginga!
- RE.M.: Ultraman Ginga berasal dari masa depan. Tinggi: Mikroskopik ke tak terhingga. Berat: Sifar ke tak terhingga. Dia dikenali melalui Kristal Ginga di badannya yang bersinar dengan warna-warna pelangi.
- Riku: Seterusnya, yang ini!
- Riser: Tyrant!
- RE.M.: Raksasa Despotik, Tyrant. Tinggi: 62 meter. Berat: 57,000 tan. Dicipta dengan menggabungkan kekuatan pelbagai raksasa lain. Tyrant mempunyai kuasa daripada pelbagai raksasa.
- Riku: Nantikan episod seterusnya!
Pelakon[]
- Riku Asakura : Tatsuomi Hamada
- Laiha Toba : Chihiro Yamamoto
- Moa Aizaki : Mayu Hasegawa
- Leito Igaguri : Yuta Ozawa
- Kei Fukuide : Kunito Watanabe
- Zenna : Hideyoshi Iwata
- Mayu Igaguri : Mirei Shimizu
Pelakon jemputan[]
- Suzumi Toba : Kokoro Hiho
- Danji Toba : Megumi Uemura
Pelakon suara[]
- Alien Pegassa Pega : Megumi Han
- RE.M. : Suzuko Mimori
- Alien Shadow Zenna : Shintaro Asanuma
- Ultraman Zero : Mamoru Miyano
Pelakon sut[]
- Ultraman Geed: Hideyoshi Iwata
- Ultraman Zero: Satoru Okabe
- Pega: Satomi Maruta
- Tyrant: Yoshiki Kuwabara
- Skull Gomora: Kenji Kajikawa
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Geed
- Primitive
- Solid Burning
- Ultraman Zero
- Normal
- Zero Beyond
Kaiju[]
- Alien Pegassa Pega
- Alien Shadow Zenna
- Tyrant
- Skull Gomora
- Alien Sturm Kei Fukuide
Trivia[]
- Nada dering telefon Laiha ialah bunyi Color Timer Tiga yang kehabisan tenaga.
- Bunyi kesan khas Tyrant ketika menembak cangkuknya menggunakan semula kesan bunyi Alien Magma.
- Episod ini menetapkan Skull Gomora sebagai raksasa pertama yang menyerang Jepun dalam Dunia Side Space.
- Dalam alih suara Bahasa Indonesia yang disiarkan di RTV, episod ini diberi tajuk "Rahsia Pedang Laiha".
- Dalam artikel yang dibaca oleh Moa mengenai mangsa yang terselamat daripada serangan awal Skull Gomora, salah seorang daripadanya ialah Jiro Satsuma, pendaki gunung yang diselamatkan oleh Ultraseven dan menjadi asas rupa untuk menjelma sebagai Dan Moroboshi.