Ultraman Wiki
Advertisement

Pedang Suci Muncul Kembali (復活の聖剣, Fukkatsu no Seiken) ialah episod ke-17 dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Ultraman Orb tidak setanding dengan Zeppandon, walaupun dengan menggunakan Thunder Breastar. Walau bagaimanapun, Naomi telah memberikan Gai harapan baru dan keberanian untuk percaya pada diri sendiri dan akhirnya mengembalikan dia kepada bentuk asalnya, Orb Origin!

Plot[]

Naomi didatangi oleh Juggler yang menakutkannya dengan tindakan agresif. Juggler memusnahkan patung matryoshka peninggalan moyang Naomi, namun Gai sempat menyelamatkannya pada saat-saat genting sebelum melarikan diri. Keesokan harinya, Naomi terjaga di sebuah gudang di mana Gai yang masih dalam keadaan kecewa terus menyalahkan dirinya kerana kehadirannya telah membahayakan nyawanya sekali lagi, sehingga patung matryoshka kesayangan Naomi pun musnah dan hanya satu bahagian terakhir yang dapat diselamatkan. Namun, Naomi menjelaskan bahawa dia turut bertanggungjawab kerana keazamannya dan kepercayaannya terhadap Gai. Dia memutuskan untuk menghadiahkan patung terakhir yang terselamat itu kepada Gai dan mendedahkan bahawa patung tersebut tidak pernah kosong, sebaliknya mengandungi 'harapan'.

Di hospital, Shibukawa mendedahkan bahawa Pasukan VTL kini menganggap Orb sebagai sasaran utama. Jetta dan Shin membantah keputusan ini, tetapi Shibukawa juga terpaksa mengikut arahan mereka suka ataupun tidak. Mendengar kata-kata Shibukawa, "Adakala mempertahankan sesuatu, bermakna kita bersedia untuk cederakan sesuatu yang lain", Jetta teringat tentang saat-saat Orb sanggup bertarung dengan raksasa-raksasa demi melindungi nyawa mereka, begitu juga dengan keadilan yang mana ada baik dan buruknya. Ketika itu, Shin menerima panggilan bahawa Naomi telah dilaporkan hilang dari wadnya.

Di gudang, Naomi bertanya kepada Gai tentang apakah perasaan dia terhadap Orb. Walaupun Orb kini dianggap musuh oleh ramai manusia dan telah membahayakan nyawanya semasa diculik oleh Galactron, Naomi nyatanya tidak menyimpan dendam, malah bersyukur kerana disebabkan Ultraman itulah, dia masih hidup. Sebagai balasan, dia ingin menghulurkan tangan bagi membantu Orb. Dia teringat kata-kata terakhir moyangnya dari Rusalka, "Cinta telahpun lahir dari tangan yang dipegang". Ketika dia menyanyikan melodi Orbnica, Gai menyedari bahawa patung matryoshka terakhir telah retak dan ternyata mengandungi gambar dirinya bersama Natasha. Dengan penuh rasa sebak dan girang, Gai menyedari bahawa Natasha adalah moyang Naomi, dan dia mula mengingati persamaan-persamaan yang diwarisi oleh Naomi dari peristiwa yang lalu. Dengan penuh emosi, dia memeluk Naomi lalu berterima kasih kepadanya sebelum memintanya untuk menyanyikan melodi itu ketika kemunculan Ultraman Orb yang seterusnya bagi menyelamatkannya. Melihat sebuah lohong hitam, dia mengamanahkan Orbnica miliknya kepada wanita muda itu sebelum berlari menuju ke medan pertarungan.

Dari lohong hitam tersebut muncul Zeppandon yang dikawal oleh Juggler dan terus mendesak Gai untuk menggunakan kad Ultraman Belial. Melihat kad tersebut sekali lagi, Gai teringat kata-kata Naomi dan meyakinkan dirinya bahawa dia tidak lagi takut akan kegelapan. Dengan bertukar menjadi Thunder Breastar, Orb mula mampu mengawal dirinya dan bertarung menentang raksasa gabungan itu meski masih mengekalkan kecenderungan untuk menggunakan objek persekitarannya sebagai senjata. Pertarungan itu menarik perhatian SSP, dan Shibukawa dengan berat hati mengarahkan skuadron Z-VTOL untuk menyerang. Pada awalnya, Juggler teruja kerana berjaya melawan Orb yang menggunakan kuasa kegelapan, namun kecewa apabila kekuatan Orb tidak mencukupi untuk menandingi dia. Melihat Naomi, Jetta dan Shin memanggilnya untuk melarikan diri ke tempat yang selamat, namun Naomi enggan dan sebaliknya menyatakan bahawa dia sentiasa mempercayai Orb tidak kira rupa atau macam mana dia hilang kawalan sekalipun. Skuadron Z-VTOL melancarkan tembakan ke arah Orb tetapi terpaksa berundur dengan serangan Zeppandon yang bertalu-talu. Ketika itu, Juggler menyindir Gai dengan mengatakan bahawa dia telah kehilangan kepercayaan manusia dan kini tiada siapa untuk diperjuangkan.

Zeppandon kembali melepaskan serangan yang menyebabkan letupan besar yang meliputi hutan, tetapi Orb terselamat tanpa sebarang calar dan melindungi SSP daripada api tersebut. Jetta mengambil kesempatan untuk merakam kejadian itu sebagai bukti kebaikan Orb sementara Shibukawa melepaskan rasa syukur, kemudian Naomi pun mula mengalunkan melodi Orbnica seperti yang diminta oleh Gai. Dengan memperbaharui keyakinannya pada dirinya, kad kosong yang diberikan oleh Natasha sebelum ini berubah menjadi Ultra Fusion Card misteri yang digunakan untuk mengimbas pada Orb Ring. Cahaya misteri muncul dari ekor Zeppandon (Maga-Orochi) oleh Gai, yang kemudiannya berubah menjadi sebilah pedang. Dia mengangkat pedang tersebut ke atas dan bertukar kepada rupa baharu yang merupakan bentuk asalnya yang hilang, dan Naomi meyakininya sebagai identiti sebenar gergasi cahaya yang dilihat dalam mimpi semasa kecilnya. Orb Origin maju ke arah Zeppandon, dengan mudah mengatasi serangan yang datang dan terus menewaskan raksasa itu dengan sekelip mata. Dalam kekalahan, Juggler cuba untuk mencapai Dark Ringnya, namun alat itu menguap dan menghilang, yang menyebabkan Juggler terkejut dan mula meroyan.

Setelah Orb terbang pergi, Gai muncul semula dan memberitahu Naomi bahawa Orb sangat berterima kasih atas jasa dan bantuannya. Sementara itu, Shibukawa mendedahkan bahawa dengan rakaman Jetta, mereka boleh meyakinkan pihak VTL untuk mempercayai Orb semula. Ketika mereka bersiap untuk beredar, Naomi mengembalikan Orbnica kepada Gai. Gai kemudian meyakinkan jiwa Natasha agar tenang, dengan berjanji bahawa dia akan mempertahankan masa depan Bumi.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra! Wira kita untuk hari ni... ini dia!
  • Orb Ring: Bangkit, Orb Origin!
  • Gai: Inilah dia bentuk asal saya, Orb Origin. Dengan menggunakan pedang cahaya, Orb Calibur, saya mampu menggunakan pelbagai jenis serangan. Raksasa hari ni pula ialah...
  • Orb Ring: Zeppandon!
  • Gai: Raksasa yang dicipta oleh Juggler dengan menggunakan ekor Maga-Orochi. Ia seekor Raja Raksasa yang menakutkan, menggabungkan kekuatan Zetton dan Pandon. Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Natasha (ナターシャ, Natāsha): Vlada (ブラダ, Burada)
  • Haruka Kirishima (霧島 ハルカ, Kirishima Haruka): Narumi Uno (宇野 愛海, Uno Narumi)
  • Pengacara VTOL: Tomokazu Yajima (矢嶋 友和, Yajima Tomokazu)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (Orb Origin) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Orb (Thunder Breastar) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Daisuke Terai (寺井 大介, Terai Daisuke)
  • Zeppandon (ゼッパンドン): Hiroyuki Arai (新井 宏幸, Arai Hiroyuki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod terakhir siri Ultraman, Selamat Tinggal, Ultraman.
  • Dalam adegan di mana Orb sebagai Thunder Breastar memegang tiang elektrik, ia menyerupai tindakan Ultraman Ace yang juga menggunakan tiang elektrik sebagai senjata dalam pertarungan pada masa dahulu.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement