Ultraman Wiki


Pasukan Pertahanan Antara Galaksi (宇宙警備隊, Uchū Keibitai)[1][2][3] adalah sebuah organisasi keselamatan yang berasal dari Negeri Cahaya yang mencari keamanan dan keadilan sejagat. Daripada 18 bilion Penduduk Negeri Cahaya, hanya sejuta yang bekerja di bawah Pasukan Pertahanan Antara Galaksi.

Sejarah[]

Old Space Garrison

Penubuhan Pasukan Pertahanan Antara Galaksi

Tiga puluh ribu tahun yang lalu, Negeri Cahaya telah diserang oleh Alien Empera dan tentera raksasanya dalam sebuah peristiwa yang dipanggil Perang Ultimate. Wira yang paling dikenali dalam konflik ini ialah Bapa Ultra yang bertanding dan mengalahkan maharaja kegelapan itu. Bapa Ultra, yang pada masa itu dikenali sebagai Ken telah dijadikan kapten pertama dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Para Ultra lain tidak lama kemudian menyertai organisasi itu demi keamanan di alam semesta.

Ken Marie Space Garrison

Pasukan Pertahanan Antara Galaksi baharu

Jumlah mereka semakin lama semakin bertambah dan akhirnya, organisasi itu mencapai sejuta ahli pasukan yang kuat. Ken dinaikkan pangkat sebagai Komander Tertinggi selepas peristiwa Perang Ultimate dan menggunakan gelaran Bapa Ultra. Antara Space Rangers ialah Ultra Brothers yang telah menjadi kehadiran legenda di Bumi.

Ultraman Mebius telah menyatakan bahawa sebelum Pasukan Pertahanan Antara Galaksi ditubuhkan, Ultra di Negeri Cahaya percaya bahawa kuasa mereka harus digunakan untuk melakukan kebaikan. Ini menunjukkan bahawa mereka menegakkan keadilan di seluruh angkasa dengan cara yang teratur.

Fakta[]

  • Semua ahli Pasukan Pertahanan Antara Galaksi dirujuk sebagai Pahlawan Ultra dan/atau Space Rangers.
  • Terdapat kira-kira sejuta Pahlawan Ultra.
  • Tugas Pahlawan Ultra merangkumi sektor rondaan di alam semesta, memerangi raksasa, penyiasatan kemalangan dan operasi menyelamat.
  • Disebabkan kebolehan yang ada, makhluk Ultra tidak membawa senjata api atau kenderaan terpakai. Walau bagaimanapun, Ultra Bracelet merupakan senjata standard mereka kerana beberapa ranger dilihat menggunakannya.
  • Kadet-kadet dilatih dalam penggunaan pancaran dan juga pertempuran fizikal.
  • Terdapat sebuah cawangan Pasukan Pertahanan Antara Galaksi di Andromeda Galaxy.
  • Seperti yang dinyatakan dalam Ultraman Z and Ultraman Zero Voice Drama, Z merupakan pelajar dalam Akademi Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Antara kelas yang dihadirinya termasuklah Meteorologi Angkasa, Kesusasteraan Angkasa Kuno dan Ekologi Raksasa[4].

Cawangan, Kumpulan dan Sekutu[]

Terdapat beberapa cabang dan kumpulan yang diketahui di dalam dan/atau berafiliasi dengan Pasukan Pertahanan Antara Galaksi:

  • Cawangan: Cawangan-cawangan lain dari Pasukan Pertahanan Antara Galaksi selain Ibu Pejabat Nebula M78.
    • Nebula M25 Branch (M25星雲支部, M25 Seiun Shibu)
    • Nebula S・P5 Branch (S・P5星雲支部, S・P5 Seiun Shibu)
    • L・P372 Nebula Branch (L・P372星雲支部, L・P372 Seiun Shibu)
    • Andromeda Nebula Branch (アンドロメダ星雲支部, Andoromeda Seiun Shibu)
    • Magellan Nebula Branch (マゼラン星雲支部, Mazeran Seiun Shibu)
    • Perseus Constellation Nebula Branch (ペルセウス座星雲支部, Peruseusu-za Seiun Shibu)
    • Milky Way Nebula Branch (銀河系星雲支部, Ginga-kei Seiun Shibu)
  • Organisasi berkaitan: Organisasi dan pasukan yang berada di bawah kawalan Pasukan Pertahanan Antara Galaksi atau berhubung dengan mereka.
    • Silver Cross Aid (銀十字軍, Gin Jūji-gun)
    • Civilization Observers (文明監視員, Bunmei Kanshin-in)
    • Elite Task Force (勇士司令部, Yūshi Shirei-bu)
    • Galactic Security Agency (宇宙保安庁, Uchū Hoanchō)
    • Ultra School (ウルトラ学校, Urutora Gakkou)
    • Space Information Bureau (宇宙情報局, Uchū Jōhō-kyoku)
  • Pasukan: Pasukan dan unit khas dalam dan/atau bekerja dengan Pasukan Pertahanan Antara Galaksi.
  • Organisasi bersekutu
    • Andro Defense Force (アンドロ警備隊, Andoro Keibitai)
    • Galaxy Rescue Force (ギャラクシーレスキューフォース, Gyarakushī Resukyū Fōsu)
    • Ultra League (ウルトラリーグ, Urutora Rīgu)
    • Galactic Federation (銀河連邦, Ginga Renpō)

Ahli-ahli[]

Galeri[]

Lihat juga[]

Rujukan[]

Pasukan Pertahanan
Pasukan Pertahanan Showa SSSP | TDF (UG, MAT, TAC, ZAT, MAC, UGM) | Science Guard Party
Pasukan Pertahanan Heisei UMA | WINR | HEART | Mydo | TPC (GUTS, Super GUTS, Black Buster Corps, Neo Super GUTS) | GUARD (XIG) | EYES | TLT | DASH | GUYS | DEUS | ZAP SPACY | Team U | UPG | Xio | VTL | AIB
Pasukan Pertahanan Reiwa EGIS | GAF (STORAGE) | TPU (GUTS-Select) | SKaRD | GDF (SKIP)
Pasukan Pertahanan Lain Pasukan Pertahanan Antara Galaksi | Space Patrol | MIGHTY JACK | SGM | Team Mouri | SAT | SAF | PAT | Koseidon Corps | SWORD | USP