Ultraman Wiki
Advertisement


Orb Calibur (オーブカリバー Ōbu Karibā) ialah peranti transformasi asal milik Ultraman Orb sebelum menjadi senjata utamanya selepas evolusinya kepada Orb Origin. Ketika di Bumi, Gai Kurenai menyegel kedua-dua senjata dan kuasa asalnya selama lebih dari satu abad, maka Gai menggunakan Orb Ring dan satu set Ultra Fusion Card sebagai kuasa alternatifnya.

Ia merupakan sebilah pedang mistik dan salah satu daripada dua alat legenda - bersama dengan Orb Ring - yang disegel di Puncak Pahlawan (di mana tinggalnya Suara Cahaya) yang membolehkan Gai menggunakan empat elemen alam semula jadi iaitu Api, Air, Tanah dan Angin. Apabila tidak digunakan, ia tersimpan sebagai sebahagian daripada kad Orb Origin. Dalam Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA, ia didedahkan bahawa sosok seperti cincin yang memilih Gai untuk menjadi Ultraman Orb telahpun berada di dalam Orb Calibur dan memberitahu Gai tentang misinya dari masa ke semasa.

Sejarah[]

Ultraman Orb Chronicle[]

Bab 1: Arka 'Pokok Kehidupan'[]

Selepas cincin cahaya tidak memilih Juggler di puncak tertinggi Planet O-50, Gai mengambil gilirannya dan dia memperoleh Orb Calibur yang memberitahunya mengenai misinya tentang Bezelb serta mengubahnya menjadi Ultraman Orb Origin The First. Pada masa itu, Orb Calibur tidak digunakan oleh Orb dalam pertempurannya tetapi ia digunakan sebagai peranti transformasinya. Setelah Queen Bezelb dikalahkan, Gai kembali ke Planet O-50 di mana Orb Calibur memberitahu Gai tentang misi keduanya dan Orb diberikan bentuk Orb Origin.

Bab 2: Arka 'Saya ialah Burung Penghijrah Galaksi'[]

Dalam misinya untuk mencari kesemua empat elemen untuk Orb Calibur, Gai mengembara dan melintasi planet-planet yang berlainan dan telah memperoleh keempat-empat permata untuk serangan elemennya iaitu Api, Air, Tanah dan Angin. Ini membolehkan Orb/Gai untuk menguasai kesemua kuasa elemen dan kebolehan untuk menggunakan Orb Supreme Calibur.

Bab 4: Arka 'Pertarungan Sengit! Tamadun Ishtal'[]

Sekitar 1800BC (4000 tahun sebelum siri), Orb Calibur telah digunakan oleh Orb dalam bentuk Orb Origin ketika menentang Raja Raksasa Kegelapan, Magatanothor dan memusnahkannya dengan Orb Supreme Calibur. Bagaimanapun, pertempuran itu telah menyebabkan Tamadun Ishtal berubah menjadi Bukit Kematian.

Bab 5: Arka 'Dari Rusalka Dengan Cinta'[]

Semasa pertempuran dengan Maga-Zetton, rakan manusia Orb, Natasha Romanová tercedera dengan bebola api Maga-Zetton, maka Orb memutuskan untuk melepaskan kuasa penuh dari pedangnya lalu menggunakan Orb Supreme Calibur. Ia berjaya memusnahkan Raja Raksasa itu namun akibatnya, pedang itu telah dimeteraikan dan hilang dalam letupan besar yang dihasilkannya sehingga Natasha dianggap terkorban bersama. Oleh sebab itu, Orb terpaksa bergantung kepada kuasa Wira Ultra yang lalu melalui Fusion Up dalam usaha untuk melawan kejahatan.

Masa kini[]

Orb Calibur telah dinyahsegel setelah Gai mempercayai kuasanya semula dan ia dipanggil keluar dari ekor Maga-Orochi yang telah dibelah sebelum ini iaitu satu komponen penting bagi Raja Raksasa Gabungan Zeppandon. Kembalinya Orb Calibur membolehkan Orb untuk menggunakan bentuk asalnya semula.

Ultraman R/B[]

Rencana utama: Orb Dark Calibur

Versi gelap Orb Calibur yang dipanggil Orb Dark Calibur muncul dalam siri ini dan digunakan oleh Ultraman Orb Dark.

Kuasa[]

Kad Orb Origin (TV)

Ultra Fusion Card Orb Origin, keadaan Orb Calibur yang dinyahaktifkan.

Kad Orb Origin (Set)

Ultra Fusion Card Orb Origin, keadaan Orb Calibur yang dinyahaktifkan.

Penggunaan Gai
  • Transformasi: Sebelum Gai memperoleh Orb Ring, Orb Calibur digunakan olehnya sebagai peranti transformasi yang membolehkannya untuk menjadi Origin The First. Bagaimanapun dalam episod pertama Ultraman Orb: The Chronicle, ia ditunjukkan bahawa Gai boleh menggunakannya untuk bertukar menjadi Orb Origin secara langsung.
  • Unjuran Mesej: Orb Calibur boleh memancarkan mesej yang bersinar putih apabila ia mendedahkan mesej kepada Gai untuk memaklumkan tentang misinya.
  • Sfera Perjalanan: Orb Calibur boleh membawa penggunanya untuk melintasi di angkasa lepas sebagai komet. Ia juga boleh membawa penumpang bersama penggunanya.
  • Tetakan Tenaga: Gai boleh menggunakan Orb Calibur untuk menembak tenaga yang memiliki warna pelangi. Ia digunakan untuk melindungi Queen Bezelb dari tentera raksasa.
  • Perubahan Bentuk: Dengan Orb Calibur, Gai berkebolehan untuk menukar bentuk Ultranya daripada Origin The First kepada Orb Origin.
  • Sambungan: Bilah Orb Calibur boleh dipanjangkan menjadi pedang untuk digunakan sebagai senjata pertempuran jarak dekat.
Penggunaan Orb
  • Perisai: Apabila perlu, Orb boleh menggunakan Orb Calibur sebagai perisai untuk menyekat serangan lawan.
  • Tetakan Tenaga: Menggunakan Orb Calibur, Orb dapat melakukan tetakan tenaga dengan menyerang lawan.
    • Gelombang Tenaga Bulan Sabit: Orb melepaskan Orb Calibur ke arah musuh dan ia melepaskan gelombang tenaga berbentuk sabit yang boleh melemahkannya.
    • Kuasa Kinetik: Dengan memusingkan tubuhnya mengikut pusingan jam, Orb boleh melepaskan tindak balas kinetik yang akan menyebabkan sasarannya terbang.
  • Penolakan Tenaga: Orb boleh menggunakan Orb Calibur untuk menyerap serangan musuh dan menyerang balas ke arah mereka semula.
  • Calibur Shield (カリバーシールド Karibā Shīrudo): Orb Calibur mampu mendirikan penghalang berbentuk bulat.
  • Calibur Wheel (カリバーホイール Karibā Hoīru): Merupakan rolet Orb Calibur yang boleh bertindak sebagai pemukul untuk melambatkan musuh. Ia bersinar putih apabila digunakan.
    • Serangan Elemen: Berdasarkan pilihan Calibur Wheel pada Orb Calibur, Orb Origin boleh melancarkan serangan berdasarkan beberapa elemen tertentu.
      • Orb Supreme Calibur (オーブスプリームカリバー Ōbu Supurīmu Karibā): Orb melepaskan tembakan tenaga dari pedangnya yang mampu memusnahkan sesuatu, bahkan lawan terkuat. Sekiranya serangan ini digunakan dalam kuasa penuh, ia akan menghasilkan sebuah letupan besar yang amat dahsyat berbanding biasa sehingga ke seluruh bandar dan perlahan-lahan menghancurkan Orb Calibur apabila sampai ke Calibur Wheel. Menurut buku Ultraman Orb Super Complete Works, serangan ini menggunakan kuasa api, air, tanah, angin, cahaya dan kegelapan.
        • Orb Supreme Calibur: Origium Galaxis (オーブスプリームカリバー オリジウムギャラクシス Ōbu Supurīmu Karibā Orijiumu Gyarakushisu): Orb menggunakan kuasa 8 Ultra Fusion Card bersama Orb Supreme Calibur yang bertukar menjadi cincin cahaya untuk Orb menembak Origium Beamnya, manakala 8 Ultra itu menembak pancaran penamat mereka. Ia menghasilkan serangan yang sangat kuat yang boleh mengakibatkan letupan yang sangat besar.
      • Orb Flame Calibur (オーブフレイムカリバー Ōbu Fureimu Karibā): Apabila Calibur Wheel dipusing ke simbol api, Orb menghasilkan lingkaran api di hadapannya dan melemparkannya ke arah musuh di mana dia memerangkap mereka di dalam sebuah bebola api sebelum membelah api dan sasaran itu untuk memusnahkannya dalam letupan.
      • Orb Water Calibur (オーブウォーターカリバー Ōbu Uōtā Karibā): Apabila Calibur Wheel dipusing ke simbol air, Orb membawa sasarannya ke dimensi poket air. Dia memerangkap lawannya dalam pusaran air lalu membelahnya.
      • Orb Ground Calibur (オーブグランドカリバー Ōbu Gurando Karibā): Apabila Calibur Wheel dipusing ke simbol tanah, Orb menusuk pedangnya ke dalam tanah dan melepaskan arus elektrik yang melalui dalam bentuk bulat untuk mengenai lawannya. Ia cukup kuat untuk menembusi Zeppandon Shield.
      • Orb Wind Calibur (オーブウインドカリバー Ōbu Uindo Karibā): Apabila Calibur Wheel dipusing ke simbol angin, Orb menghasilkan puting beliung yang kuat dengan mengayunkan pedangnya dalam gerakan bulatan. Ia mampu menolak musuhnya ke udara.

Barang dagangan[]

Produk Tajuk Tarikh dikeluarkan Harga JAN
DX Orb Calibur 29 Oktober 2016 4500 yen 4549660086789
Penerangan
  • Orb Calibur tersebut beroperasi pada bateri 3xAAA.
  • Putarkan Calibur Wheel dan tolak picu untuk bertukar menjadi Orb Origin!
  • Aktifkan 4 serangan elemen dan langkah penamat, Orb Supreme Calibur!
  • Termasuk Ultra Fusion Card Orb Origin .
    • Keluaran CN didatangkan bersama Ultra Fusion Card Zoffy dan Belial tambahan.

Produk Tajuk Tarikh dikeluarkan Harga JAN
DXOrbRingCaliburSet
DX Orb Ring &
Orb Calibur Set
27 November 2016 8098 yen 4549660116837
Penerangan
  • Eksklusif di Toys "R" Us Jepun.

Produk Tajuk Tarikh dikeluarkan Harga JAN
DXOrbCalibur奥特基地
Ultra Land Limited
Orb Calibur
Pertengahan 2019 299 yuan Tidak diketahui
Penerangan
  • Ultra Land (奥特基地 Ào tè jī dì) Redeco eksklusif China bagi DX Orb Calibur.
  • Bersuara sepenuhnya dalam bahasa Mandarin dan menampilkan dialog tambahan daripada Gai Kurenai/Ultraman Orb seperti yang dilihat dalam alih suara bahasa Mandarin siri Ultraman Orb.

Produk Tajuk Tarikh dikeluarkan Harga JAN
UROrbCalibur
Ultra Replica
Orb Calibur
26 Jun 2023 16500 yen 4549660965541
Penerangan
  • Ultra Replica Orb Calibur berukuran 400mm panjang dan beroperasi pada bateri 3xAAA.
  • Menampilkan aplikasi arca dan cat yang dikemas kini untuk dipadankan dengan prop yang digunakan oleh Gai Kurenai dalam siri Ultraman Orb.
  • Penderia gerakan terbina membolehkan seseorang melakonkan semula urutan transformasi Orb Origin dan Origin the First.
  • Selain daripada 4 serangan elemen dan Orb Supreme Calibur, langkah penamat khas dari episod akhir, Orb Supreme Calibur Origium Galaxis turut disertakan!
  • Dialog suara tambahan dan trek BGM dari siri Ultraman Orb dan Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA turut disertakan.
  • Termasuk tempat paparan.

Produk Tajuk Tarikh dikeluarkan Harga JAN
MINIOrbCalibur
MINI Orb Calibur Disember 2022 Akan diumumkan... Tidak diketahui
Penerangan
  • MINI Orb Calibur berukuran 26cm panjang dan beroperasi pada bateri 3xLR44.
  • Ia merupakan versi DX Orb Calibur yang diperkecilkan tanpa LED. Empat simbol elemen diwakili menggunakan pelekat.

Galeri[]

Trivia[]

  • Orb Calibur yang keluar dari ekor Maga-Orochi merujuk kepada Kusanagi no Tsurugi, salah satu dari tiga Empayar Regalia Jepun, bersama Yata no Kagami dan Yasakani no Magatama.
  • Susunan setiap elemen Orb Calibur adalah mengikut susunan Raja Raksasa yang dilawan oleh Orb pada masa kini secara terbalik: yang pertama ialah Api (Maga-Pandon), diikuti oleh Air (Maga-Jappa), Tanah (Maga-Grand King) dan akhir sekali Angin (Maga-Basser).
  • Setiap simbol elemen pada Orb Calibur memiliki kanji yang ditulis berdasarkan gaya elemen masing-masing. Ia diambil dari sifat-sifat yang ditunjukkan dalam Ultra Fusion Card dan Kaiju Card.
Alat Transformasi
Alat Showa Beta Capsule | Ultra Eye | Willpower | Ultra Ring | Ultra Badge | Leo Ring | Beam Flasher | Bright Stick | Bright Bracelet
Alat Heisei Delta Plasma | Willpower | Beta Capsule/Flash Prism | Estrellar | Pikari Brush | Sparklence | Lieflasher | Esplender | Agulater | Nice Dreamer | Cosmo Pluck | Just Lancer | Evoltruster | Darkevolver | Max Spark | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Eye | Saga Brace | Ginga Spark | Dark Spark | Dark Dummy Spark | Gunpad | Ginga Light Spark | Livepad | Victory Lancer | Chibull Spark | Ultra Fusion Brace | X Devizer | Orb Ring | Orb Calibur | Riser | Ultra Zero Eye NEO | Giga Finalizer | Gyro | Orb Ring NEO
Alat Reiwa Taiga Spark | Tregear Eye | Taiga Tri Blade | New Generation Eye | Z Riser | GUTS Sparklence | Ultra D Flasher | Phase Riser | Blazar Brace
Alat Media Lain Zoffy Bracelet | Jack Bracelet | Gorian Belt | Zarge Sword | Drew Bracelet | Flare Coin | Alphone Pendant | Arus Ring | Mimicry System | Ultra Operation
Senjata Ultra
Slugger Eye Slugger | Vezard | Maxium Sword | Zero Slugger | Xlugger | Geed Slugger | R/B Slugger
Pendakap dan Gelang Ultra Bracelet | Ultra Converter | King Bracelet | Stratos Edge | Armed Nexus | Armed Mephisto | Max Spark | Max Galaxy | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Bracelet | Strium Brace | Ultra Fusion Brace | Taiga Spark | Plasma Zero-let
Senjata Ace Blade | Pedang Ultimate | Leo Nunchaku | Darkness Broad | Giga Battlenizer | Ginga Spark Lance | Shepherdon Saber | Knight Timbre | Orb Slugger Lance | Orb Calibur | Orb Slasher | Geed Claw | King Sword | Giga Finalizer | Orb Dark Calibur | Orb Ring NEO | R/B Kourin | Taiga Tri Blade | Z Riser | Z Lance Arrow | Beliarok | Circle Arms | Glitter Blade | Ultra Dual Sword | Decker Shield Calibur | Tilsonite Sword
Perisai Protector | Cosmo Tector | Grantector | Arb Gear | Tector Gear | Ultimate Aegis | Zero Slugger Gear | Cyber Armor
Lain-lain Ultra Array | Ultra Magic Ray | Ultra Mantle | Ultlance (Pedanium Launcher)
Advertisement