Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement

"(Nama Ultraman)! (Nama Ultraman)! Fusion Up! Ultraman Orb: (bentuk)!"

―Pengumuman transformasi bagi bentuk Fusion Up

"Bangkitlah: Orb Origin!"

―Pengumuman transformasi bagi Orb Origin

"Lepaskan kuasa Orb!"

―Pengumuman penamat Orb Supreme Calibur apabila mengimbas Orb Calibur

"Trinity Fusion!"

―Pengumuman transformasi bagi Orb Trinity

"Ultra Overlapping!"

―Pengumuman pengaktifan bagi Ultra Overlapping


Orb Ring (オーブリング, Ōbu Ringu) merupakan peranti transformasi semasa Ultraman Orb yang digunakan oleh bentuk manusianya, Gai Kurenai sejak dia kehilangan peranti asalnya, Orb Calibur dari pertarungan yang dahsyat dengan Maga-Zetton. Ia juga memberi Ultraman Orb akses kepada kuasa gabungan 42 Pahlawan Ultra yang lalu melalui Ultra Fusion Card. Pasangan gelapnya iaitu Dark Ring digunakan oleh musuh utama dan saingan Gai, Jugglus Juggler.

Sejarah[]

Ultraman Orb Chronicle[]

Bab 3: Arka 'Lelaki Yang Mencuri Lohong Hitam'[]

Gai memperoleh Orb Ring, salah satu item legenda di samping Orb Calibur daripada Suara Cahaya apabila dia kembali ke Planet O-50 dari perjalanannya ke Planet 484, di mana dia menghentikan pelarian banduan yang didalangi oleh Juggler. Dia kemudian menerima misi ketiganya untuk pergi ke Bumi dan menghentikan Raja Raksasa dari bangkit semula. Sejak itu, Gai menggunakannya untuk mengumpulkan Ultra Fusion Card Pahlawan Ultra sebelumnya.

Bab 4: Arka 'Pertarungan Sengit! Tamadun Ishtal'[]

Setelah Orb menewaskan Magatanothor di Tamadun Ishtal, Gai mengambil Ultra Fusion Card Ultraman Tiga seusai pertarungan menentang Raksasa Raja Kegelapan itu. Juggler turut mengambil kad Magatanothor.

Bab 5: Arka 'Dari Rusalka Dengan Cinta'[]

Sebaik sahaja menewaskan Maga-Zetton, Gai mengetam Ultra Fusion Card Ultraman. Setelah menyegel Orb Origin bersama dengan Orb Calibur kerana rasa bersalah atas kematian Natasha yang dianggap terkorban akibat dari pertarungan itu, Gai terpaksa bergantung pada Orb Ring sebagai alternatif untuk bertukar dalam bertarung menentang musuhnya. Buat julung kalinya, dia menggunakan Fusion Upnya untuk bertukar menjadi Spacium Zeperion untuk menentang Hungler.

Bab 6: 'Pengembaraan Cahaya'[]

Ultraman Orb[]
Rencana utama: Ultraman Orb

Sepanjang siri, setiap kali selepas Gai menewaskan Raja Raksasa yang diseru oleh Juggler, Gai akan mengetam Ultra Fusion Card Ultraman yang lalu dari kekalahan mereka. Ini membolehkan Gai untuk bertukar bentuk Fusion Up selain dari Spacium Zeperion. Setelah mendapat keyakinan kuasanya dan Orb Calibur dikembalikan kepada Gai, dia masih memerlukan peranti ini untuk mengakses bentuk Orb Origin kerana Orb Calibur disimpan dalam bentuk kad Orb Origin.

Bab 7: 'Serangan Balas Penyihir Angkasa Murnau, Kembalinya Sadis'[]

Rencana utama: Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds!

Gai menerima Ultra Fusion Card Ginga, Victory dan X menerusi Orb Ring miliknya berkat dari kuasa ikatan gabungan mereka. Dia boleh menyeru Orb Slasher yang membolehkannya untuk bertukar menjadi bentuk terkuatnya, Orb Trinity.

Bab 9: 'Utusan Penyihir Alam Akhirat'[]

Rencana utama: Ultra Fight Orb

Ultra Fusion Card Ginga dan X juga membolehkannya untuk menggunakan bentuk Fusion Up yang lain iaitu Lightning Attacker.

Setelah menghabiskan 10 tahun latihan bersama Seven dan Zero dalam Shining Field Zero, Seven merasakan bahawa Orb bersedia untuk membuka kunci kuasa baharu dan memberikannya sedikit cahayanya. Ini membolehkan Orb memperoleh Ultra Fusion Card Ultraseven melalui penggunaan Orb Ring dan dia melancarkan kuasa bentuk Fusion Up terbarunya, Emerium Slugger untuk menewaskan Reibatos.

Ultraman R/B[]

Rencana utama: Orb Ring NEO

Dalam siri ini, versi kecil Orb Ring yang dipanggil sebagai Orb Ring NEO digunakan oleh Makoto Aizen untuk bertukar menjadi Ultraman Orb Dark dan ia juga berfungsi sebagai alat untuk Ultraman Blu dan Ultraman Rosso.

Kuasa[]

  • Transformasi: Gai boleh menggunakan Orb Ring untuk bertukar menjadi bentuk Ultranya, Ultraman Orb. Ini boleh dilakukan dengan mengimbas Ultra Fusion Card atau menyeru peranti transformasi asalnya, Orb Calibur.
  • Pengetaman Ultra Fusion Card: Setiap kali Raja Raksasa ditewaskan, ia akan meninggalkan Maga-Crystalnya. Orb Ring boleh mengubah Crystal itu menjadi Ultra Fusion Card iaitu Ultra yang telah menyegel Raja Raksasa itu.
  • Mesej Cahaya: Cincin cahaya yang berada di Puncak Pahlawan di O-50 boleh diseru melalui peranti itu.

Galeri[]

Trivia[]

  • Versi mainan Orb Ring mempunyai bunyi untuk gabungan yang wujud pada masa lalu. Senarai gabungan:
    • Ultraman Ginga + Ultraman Victory = Ultraman Ginga Victory
    • Ultraman Victory + Ultraman Hikari = Ultraman Victory Knight
    • Ultraman Mebius + Ultraman Hikari = Ultraman Mebius Brave
      • Mereka boleh bergabung menjadi Phoenix Brave dalam Ultraman Fusion Fight! bermula dari Version 2.
    • Ultraman Ginga + Ultraman Taro = Ultraman Ginga Strium
    • Ultraman Zero + Ultraman Belial = Zero Darkness
    • Ultraman Dyna + Ultraman Cosmos + Ultraman Zero = Ultraman Saga
    • Ultraman Gaia (V2) + Ultraman Agul = Ultraman Gaia Supreme Version
    • Ultraman + Zoffy + Ultraseven + Ultraman Jack + Ultraman Ace + Ultraman Taro = Ultraman Taro (Ultra Overlapping)
    • Ultraman + Zoffy + Ultraseven + Ultraman Jack + Ultraman Ace + Ultraman Taro + Ultraman Mebius = Ultraman Mebius Infinity
    • Ultimate Zero + Ultraman X = Ultraman X (Ultraman Zero Armor)
    • Ultraman Cosmos + Ultraman Justice (Crusher Mode) = Ultraman Legend
    • Ultraman + Ultraman Tiga + Ultraman X = Exceed X Beta Spark Armor
  • Kad Victory dan Eleking/EX Red King/King Joe/Gudon boleh diimbas untuk menghasilkan bunyi Ultlance.
  • Dengan Ultra Replica Orb Ring, mainan itu juga membenarkan gabungan yang wujud dari Geed dan seterusnya. Senarai gabungan:
    • Ultraman Geed Primitive + Ultraman + Ultraman Belial = Ultraman Geed Primitive
    • Ultraman Geed Primitive + Ultraseven + Ultraman Leo = Ultraman Geed Solid Burning
    • Ultraman Geed Primitive + Ultraman Hikari + Ultraman Cosmos = Ultraman Geed Acro Smasher
    • Ultraman Geed Primitive + Zoffy + Ultraman Mebius = Ultraman Geed Fire Leader
    • Ultraman Geed Primitive + Ultraman Dyna + Ultraman Cosmos = Ultraman Geed Mighty Trekker
    • Ultraman Geed Primitive + Ultraman Gaia V2 + Ultraman Hikari = Ultraman Geed Photon Knight
    • Ultraman Geed Primitive + Ultraman Ginga + Ultraman X + Ultraman Orb Origin = Ultraman Geed Galaxy Rising
    • Ultraman Zero + Ultraman Ginga + Ultraman Victory + Ultraman X + Ultraman Orb Origin = Ultraman Zero Beyond
    • Ultraman Rosso + Ultraman Taro = Ultraman Rosso Flame
    • Ultraman Rosso + Ultraman Ginga = Ultraman Rosso Aqua
    • Ultraman Rosso + Ultraman Tiga = Ultraman Rosso Wind
    • Ultraman Rosso + Ultraman Victory = Ultraman Rosso Ground
    • Ultraman Blu + Ultraman Ginga = Ultraman Blu Aqua
    • Ultraman Blu + Ultraman Taro = Ultraman Blu Flame
    • Ultraman Blu + Ultraman Tiga = Ultraman Blu Wind
    • Ultraman Blu + Ultraman Victory = Ultraman Blu Ground
    • Ultraman Rosso + Ultraman Blu = Ultraman Ruebe
    • Ultraman Taiga + Ultraman Titas + Ultraman Fuma = Ultraman Taiga Tri-Strium
    • Ultraman Z Original + Ultraman Zero + Ultraseven + Ultraman Leo = Ultraman Z Alpha Edge
    • Ultraman Z Original + Ultraman + Ultraman Ace + Ultraman Taro = Ultraman Z Beta Smash
    • Ultraman Z Original + Ultraman Tiga + Ultraman Dyna + Ultraman Gaia V2 = Ultraman Z Gamma Future
    • Ultraman Z Original + Zoffy + Ultraman Tiga + Ultraman Mebius = Ultraman Z Sigma Breastar
    • Ultraman Zero + Ultraman + Ultraseven + Ultraman Ace = Gransaberd Zero
    • Ultraman Belial + Zetton + King Joe = Pedanium Zetton
    • Ultraman Belial + Zetton + Bemstar = Bemzeed
    • Ultraman Belial + Gomora + Red King = Skull Gomora
    • Ultraman Belial + Galactron + King Joe = King Galactron
    • Zetton + Pandon + Maga-Orochi = Zeppandon (Versi Z)

Rujukan[]

Alat Transformasi
Alat Showa Beta Capsule | Ultra Eye | Kuasa Kehendak | Ultra Ring | Ultra Badge | Leo Ring | Beam Flasher | Bright Stick | Bright Bracelet
Alat Heisei Delta Plasma | Willpower | Beta Capsule/Flash Prism | Estrellar | Pikari Brush | Sparklence | Lieflasher | Esplender | Agulater | Nice Dreamer | Cosmo Pluck | Just Lancer | Evoltruster | Darkevolver | Max Spark | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Eye | Saga Brace | Ginga Spark | Dark Spark | Dark Dummy Spark | Gunpad | Ginga Light Spark | Livepad | Victory Lancer | Chibull Spark | Ultra Fusion Brace | X Devizer | Orb Ring | Orb Calibur | Riser | Ultra Zero Eye NEO | Giga Finalizer | Gyro | Orb Ring NEO
Alat Reiwa Taiga Spark | Tregear Eye | Taiga Tri Blade | New Generation Eye | Z Riser | GUTS Sparklence | Ultra D Flasher | Phase Riser | Blazar Brace
Alat Media Lain Zoffy Bracelet | Jack Bracelet | Gorian Belt | Zarge Sword | Drew Bracelet | Flare Coin | Alphone Pendant | Arus Ring | Mimicry System | Ultra Operation
Advertisement