Ultraman Wiki
Advertisement


Orb Dark Calibur (オーブダークカリバー, Ōbu Dāku Karibā) ialah senjata peribadi milik Ultraman Orb Dark. Ia adalah versi gelap dari Orb Calibur milik Ultraman Orb dan mempunyai reka bentuk yang serupa dengannya melainkan terdapat warna-warna hitam pada rodanya.

Sejarah[]

Ultraman R/B[]

Makoto sebagai Orb Dark menggunakan senjata ini semasa berlawan dengan Ultraman Rosso dan Ultraman Blu, mengajar mereka tentang Ultraman yang sebenar.

Kuasa[]

Menjadi salinan versi gelap Orb Calibur, Orb Dark Calibur mungkin mengekalkan fungsi yang sama dengan Orb Calibur yang asal.

  • Calibur Slasher (カリバースラッシャー, Karibā Surasshā): Orb Dark Calibur boleh melepaskan tenaga berbentuk cincin untuk menyerang musuh.
  • Kuasa Elemental: Seperti yang asal, Orb Dark Calibur dapat memanipulasi empat kuasa elemen yang serupa namun berbeza iaitu Api, Ais, Ribut dan Batu.
    • Orb Dark Excellent Calibur (オーブダークエクセレントカリバー, Ōbu Dāku Ekuserento Karibā): Serangan Orb Dark Calibur yang setanding dengan Orb Supreme Calibur.
    • Orb Dark Inferno Calibur (オーブダークインフェルノカリバー, Ōbu Dāku Inferuno Karibā): Apabila Roda Calibur dipusing kepada simbol api, Orb Dark menghasilkan api berupa cincin dengan membuat gerakan bulatan dengan pedangnya. Dia kemudian mengacukan pedangnya ke hadapan, melemparkannya ke arah musuh lalu menyebabkan sebuah letupan.
    • Orb Dark Ice Calibur (オーブダークアイスカリバー, Ōbu Dāku Aisu Karibā): Apabila Roda Calibur dipusing kepada simbol ais, Orb Dark membekukan tanah di hadapannya sebelum memotongnya dan mencipta letupan ais bertubi-tubi iaitu memecahkannya kepada beberapa blok ais yang menuju pada sasarannya.
    • Orb Dark Rock Calibur (オーブダークロックカリバー, Ōbu Dāku Rokku Karibā): Apabila Roda Calibur dipusing kepada simbol batu, Orb Dark menusuk pedangnya ke dalam tanah untuk menghasilkan arus elektrik, memecahkan tanah dan menghancurkan batu-batuan untuk dikenakan pada sasarannya.
    • Orb Dark Typhoon Calibur (オーブダークタイフーンカリバー, Ōbu Dāku Taifūn Karibā): Kemungkinan Orb Dark Calibur dapat melakukan variasi dari Orb Wind Calibur apabila Roda Calibur dipusing kepada simbol Ribut. Bagaimanapun, seangan ini tidak pernah digunakan oleh Orb Dark dalam siri.

Trivia[]

  • Darkness Calibur, satu lagi salinan Orb Calibur digunakan semula dari Orb Dark Calibur dengan bahagian rolet dibiarkan kosong. Ini disebabkan oleh Ultraman Orb Darkness ialah Orb Dark yang ditambahkan cat di muka dan Protektornya.

Lihat juga[]

Senjata Ultra
Slugger Eye Slugger | Vezard | Maxium Sword | Zero Slugger | Xlugger | Geed Slugger | R/B Slugger
Pendakap dan Gelang Ultra Bracelet | Ultra Converter | King Bracelet | Stratos Edge | Armed Nexus | Armed Mephisto | Max Spark | Max Galaxy | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Bracelet | Strium Brace | Ultra Fusion Brace | Taiga Spark | Plasma Zero-let
Senjata Ace Blade | Pedang Ultimate | Leo Nunchaku | Darkness Broad | Giga Battlenizer | Ginga Spark Lance | Shepherdon Saber | Knight Timbre | Orb Slugger Lance | Orb Calibur | Orb Slasher | Geed Claw | King Sword | Giga Finalizer | Orb Dark Calibur | Orb Ring NEO | R/B Kourin | Taiga Tri Blade | Z Riser | Z Lance Arrow | Beliarok | Circle Arms | Glitter Blade | Ultra Dual Sword | Decker Shield Calibur | Tilsonite Sword
Perisai Protector | Cosmo Tector | Grantector | Arb Gear | Tector Gear | Ultimate Aegis | Zero Slugger Gear | Cyber Armor
Lain-lain Ultra Array | Ultra Magic Ray | Ultra Mantle | Ultlance (Pedanium Launcher)
Advertisement