Ultraman Wiki
Advertisement

Never Say Never (ネバー・セイ・ネバー, Nebā Sei Nebā) ialah episod ke-15 dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Gai gagal menghentikan amukan Galactron dan menyelamatkan Naomi yang terperangkap. Akhirnya demi menghentikan Galactron dari terus mengamuk, dia mengambil keputusan untuk menggunakan Thunder Breastar lagi.

Plot[]

Masih tertekan dengan Galactron, Kofune memberitahu Shin bahawa terdapat dua jenis manusia: satu orang yang percaya benda yang orang lain tak percaya, dan satu lagi orang yang tak percaya benda yang orang lain percaya. Setibanya di lokasi Orb, Pahlawan Ultra itu baru sahaja ditikam di perut oleh Galactron sebelum menghilang. Galactron mengenal pasti Orb sebagai makhluk yang bukan berasal dari Bumi dan memberi amaran agar tidak campur tangan dalam tugasnya. Galactron mendedahkan bahawa kesalahan Bumi bukan disebabkan oleh politik, tetapi oleh ekosistem rantai makanan yang melibatkan pembunuhan kehidupan untuk bertahan hidup, dan oleh itu bukan sahaja peradaban perlu diset semula, tetapi juga alam semula jadinya.

Tidak berputus asa, Shin dan Kofune cuba menggunakan maklumat yang telah mereka perolehi daripada penyelidikan mereka. Sementara itu, Gai yang terselamat dari kecederaannya merenung kad Belial sambil meragui untuk menggunakannya sekali lagi. Galactron terapung di udara dan melepaskan sinar kuasa yang memusnahkan kawasan luar bandar. Shibukawa singgah dan memberitahu mereka bahawa sebuah pesawat Z-VTOL sedang dalam perjalanan. Melihat betapa dahsyat kemusnahan itu, Gai tiada pilihan selain sekali lagi menggunakan kuasa Thunder Breastar. Sebuah Z-VTOL menghampiri Galactron dan melepaskan jaring perangkap elektrik, namun tidak berjaya dan bahkan diserang oleh Thunder Breastar menyebabkannya terhempas ke sebuah gunung berhampiran. Setelah memusnahkan lengan kanan Galactron, rambut panjangnya turut dicabut dan dipijak-pijak, yang membebaskan Naomi dari pengaruhnya, tetapi dia pula yang menjadi sasaran serangan liar Ultra tersebut. Hampir semua yang hadir menyaksikan Pahlawan Ultra itu merosakkan Galactron dengan kejam menyebabkan Naomi meronta-ronta ketakutan sehingga jeritan Jetta berupaya menyedarkan Orb dan berhenti seketika. Namun, apabila robot itu membalas serangan dan hampir melancarkan serangan lain, Orb segera bertindak dengan melancarkan serangan penamatnya. Serangan itu memusnahkan Galactron menjadi serpihan dan melemparkan Naomi keluar, lalu dia yang tidak sedarkan diri segera dikejarkan ke hospital.

Natasha muncul sambil mengalirkan air mata, dan Gai mendapati dirinya berada di dalam ruang subdimensi. Menyaksikan Belial sebagai punca masalahnya, dia melancarkan pukulan yang membawanya kembali ke dunia nyata dan bergegas ke hospital. Doktor berkata bahawa Naomi tidak akan sedarkan diri untuk sementara waktu dan Shibukawa mula menghubungi ibunya. Shin sangat terkesan dengan kejadian ini, percaya bahawa Galactron betul dalam untuk menetapkan semula seluruh ekosistem Bumi, tetapi Kofune mengingatkannya bahawa manusia dapat merasai kehangatan emosi, sesuatu yang tidak mampu dirasai oleh mesin. Seorang pekerja Kofune kemudian memaklumkan berita baik kepada mereka iaitu juruterbang Z-VTOL yang terhempas tadi terselamat berkat sistem keselamatan yang telah mereka bina dalam pesawat itu. Gai tiba di sisi Naomi dan meluahkan bahawa dia tidak akan memaafkan Orb atas tindakannya, yang juga dipersetujui oleh Jetta. Kofune berkata lagi bahawa sisi kegelapan seseorang bukanlah untuk dihapuskan sepenuhnya, sebaliknya untuk diterima agar ia mampu menyinari diri umpama mentol. Seketika kemudian, Naomi pun sedarkan diri kembali dan Gai mengundurkan diri kerana merasakan dia yang sekarang tidak lagi dapat berada di sisi Naomi.

Setibanya di hutan yang sudah terbakar, Gai mengambil kad Belial dan menyimpannya semula, meskipun masih ragu-ragu adakah dia akan mampu untuk mengendalikan kuasa ini sepenuhnya.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira kita untuk hari ni ialah...
  • Orb Ring: Ultraman Tiga!
  • Gai: Perwira yang dihidupkan semula dari tamadun 30 juta tahun dulu, Ultraman Tiga. Dia menghapuskan kegelapan dengan serangan Zeperion Beamnya. Manakala raksasa ialah...
  • Orb Ring: Galactron!
  • Gai: Penghukum Sivil, Galactron. Raksasa menakutkan yang dihantar dari dimensi asing untuk menghidupkan semula tamadun dan alam semula jadi. Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦 雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Soichi Kofune (小舟 惣一, Kofune Sōichi): Ryo Kinomoto (木之元 亮, Kinomoto Ryō)
  • Shibao (芝尾): Hiroyuki Hakamada (袴田 裕幸, Hakamada Hiroyuki)
  • Princess Tamayura (タマユラ姫, Tamayura Hime): Mala Morgan (モーガン 茉愛羅, Mōgan Māra)
  • Natasha (ナターシャ, Natāsha): Vlada (ブラダ, Burada)
  • Pilot (Suara): You Murakami (村上 ヨウ, Murakami Yō)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Daisuke Terai (寺井 大介, Terai Daisuke), Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Galactron (ギャラクトロン, Gyarakutoron): Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)

Kemunculan[]

Ultrasl[]

Kaiju[]

  • Galactron

Trivia[]

  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod dari siri Ultraman: Towards the Future, Musuh.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement