Ultraman Wiki
Advertisement


Negeri Cahaya (光の国, Hikari no Kuni, Tanah Cahaya), juga dikenali sebagai Bintang Ultra (ウルトラ星, Urutora no Hoshi) ataupun Negeri Ultra (ウルトラの国, Urutora no Kuni) adalah rumah tempat tinggal bagi Ultra di Nebula M78. Lokasinya adalah 3 juta tahun cahaya jauh dari Planet Bumi dan mempunyai populasi melebihi 18 bilion.

Gambaran[]

Geografi[]

Satelit[]

Kerajaan[]

Sejarah[]

Lokasi[]

  • Ibu Pejabat Pasukan Pertahanan Antara Galaksi (宇宙警備隊本部, Uchū Keibitai Honbu): Ini adalah tempat di mana ahli Pasukan Pertahanan Antara Galaksi seperti Ultra Brothers menerima tugas ataupun misi untuk dilaksanakan.
  • Ultra Colosseum (ウルトラコロセウム, Urutora Koroseumu): Ini merupakan lokasi di mana Ultra muda berlatih untuk menjadi Pahlawan Ultra yang hebat. Ultraman Taro juga merupakan salah seorang guru di sini.
  • Plasma Spark Tower (プラズマスパークタワー, Purazuma Supāku Tawā): Lokasi di mana Plasma Spark, iaitu matahari buatan planet ini disimpan. Hanya ahli Pasukan Pertahanan Antara Galaksi yang tertentu seperti Ultra Brothers atau pihak atasan Ultra sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke dalam. Sesiapa yang masuk ke menara Plasma Spark tanpa keizinan atau cuba untuk mengambil tenaga dari Plasma Spark akan dihalau keluar dari Negeri Cahaya.
  • Penjara Angkasa (宇宙牢獄, Uchū Rōgoku): Sebuah penjara yang dibuat oleh Ultraman King untuk menyegel Ultraman Belial dan kemudian digunakan untuk memenjarakan penjenayah-penjenayah lain untuk Negeri Cahaya. Ia dicipta dari runtuhan-runtuhan yang disebabkan oleh amukan Belial.
  • Ultra Space Port (ウルトラスペースポート, Urutora Supēsu Pōto): Tempat untuk menerima kedatangan pesawat yang datang dari luar. Penghadang juga dibina di sekeliling pelabuhan ini untuk pelawat yang tidak dapat tahan dengan cahaya yang ada di planet ini.
  • Pusat Maklumat Angkasa (宇宙情報センター, Uchū Jōhō Sentā): Sebuah bangunan yang lebih besar berbanding yang lain yang berfungsi sebagai pusat maklumat dan sekolah. Bangunan ini bertanggungjawab menyampaikan Ultra Sign dari penghantarnya kepada penerima mereka yang sepatutnya. Sekolah Rendah Ultra (ウルトラ小学校 Urutora Shōgakkō) berada bersebelahan dengannya.
  • Ultra Tower (ウルトラタワー, Urutora Tawā): Dibina untuk memperingati kemenangan terhadap Alien Empera dan tentera raksasanya. Di sini jugalah Ultra Bell disimpan. Ia terletak jauh dari penempatan. Dalam manga Ultraman Story 0, ia dicipta oleh Ultra Brothers dan yang lain yang menubuhkan Pasukan Pertahanan Antara Galaksi generasi pertama, dan ia juga digunakan untuk menginkubasi Ultra baru.
  • Crystal Town (クリスタルタウン, Kurisutaru Taun): Sebuah bandar yang berada di dalam Negeri Cahaya. Terdapat tempat tinggal untuk keluarga dan ia terletak berdekatan dengan lembah yang dipanggil sebagai Ultra Valley. Di sinilah di mana Taro menghabiskan latihan masa kecilnya. Ia pertama kali dilihat dalam manga Ultraman Story 0 dan kemudian rakaman itu digunakan dalam siri Ultraman Max ketika dia sedang mengingati rumah asalnya.
    • Kemudahan Berlatih: Kemudahan untuk berlatih, ia merangkumi bidang untuk melatih jurus Ultra Psychokinesis dan perpustakaan video pertempuran-pertempuran sebelumnya.
    • Bilik Perubatan: Kemudahan perubatan yang terdapat di puncak menara tertinggi di bandar itu. Kuasa Plasma Spark digunakan untuk merawat Ultra yang mengalami kecederaan. Di sinilah di mana Bapa Ultra mendapatkan rawatan setelah dia cedera parah.
    • Silver Town Square (銀の広場, Gin no Hiroba): Dataran bandar yang penuh dengan tenaga dari Plasma Spark.
  • Fountain of Life: Muncul dalam siri Ultraman Taro, ia merupakan di mana Kotaro dibawa untuk bergabung dengan Taro. Ia merupakan tempat dengan aurora di seluruh langit.
  • Ultra Clinic 78 (ウルトラクリニック78, Urutora Kurinikku Nanajū-Hachi): Muncul dalam episod 19 siri Ultraman Taro, merupakan kemudahan perubatan di mana Ibu Ultra merawat kecederaan Taro.
  • Tugu Misteri: Padang rumput yang rimbun, tanaman Silver Grass (シルバーグラス, Shirubā Gurasu) hanya wujud di Negeri Cahaya. Muncul dalam episod 44 siri Ultraman Ace apabila Seven membawa Ace ke sini untuk merawatnya. Terdapat makam yang dilarang masuk di sini, di belakang bar logam aloi super untuk Ultra yang mati dalam Perang Ultimate.
  • Biro Teknologi dan Sains Angkasa (宇宙科学技術局, Uchū Kagaku Gijutsu-kyoku): Tempat di mana sains diteliti dan teknologi dan penemuan baru dikembangkan. Hikari dan Tregear pernah bekerja di sini. Di sinilah di mana Riser, Kapsul Ultra, Z Riser dan Ultra Medal dikembangkan dan Devil Splinter dianalisis.
  • Zoo Angkasa (宇宙動物園, Uchū Dōbutsu-en): Zoo untuk Kaiju.
  • Ultra Archive (ウルトラアーカイブ, Urutora Ākaibu): Sebuah perpustakaan.

Penduduk[]

Dunia asal Ultra lain[]

Media Lain[]

Ultraman: Another Genesis[]

ULTRAMAN[]

Ultraman (Marvel)[]

Trivia[]

  • Terdapat kira-kira 18 bilion penduduk di Negeri Cahaya dan 1 juta daripada mereka merupakan ahli Pasukan Pertahanan Antara Galaksi.
  • Kehadiran Yullian mengimplikasikan bahawa planet ini diperintah oleh seorang raja. Walau bagaimanapun, ia dinyatakan bahawa terdapat polisi yang dilaksanakan di hadapan presiden seperti Bapa Ultra.
  • Ia dinyatakan bahawa dalam 40,000 tahun yang lepas, satu-satunya penjenayah dari Negeri Cahaya ialah Belial. Ini menjadikan organisasi di situ seperti polis usang.
  • Ia perlu dicatat bahawa Negeri Cahaya adalah sama cerah seperti bintang memandangkan ia dapat dilihat dari jarak beberapa tahun cahaya.
  • Dicatatkan dalam novel Ultraman: the light and faith; majoriti penduduk planet cahaya menganut agama Islam dan mempercayai Tuhan yang Maha Esa.

Galeri[]

Advertisement