Ultraman Wiki
Advertisement

Nama Saya (僕の名前, Boku no Namae) ialah episod ke-12 dalam siri Ultraman Geed.

Sinopsis[]

Setelah mengetahui rahsia di sebalik kelahirannya dan dikalahkan oleh Kei Fukuide yang telah menggunakan Fusion Rise untuk menjadi Raksasa Gabungan Belial, Pedanium Zetton, Riku kehilangan makna hidupnya. Dia tersungkur lemah dan berasa hancur. Riku menerima sepucuk surat daripada seseorang yang bernama Sui Asakura. Riku pergi bertemu dengannya dan mendapat tahu bahawa dialah yang telah memberi nama "Riku" kepadanya.

Plot[]

Episod bermula dengan Riku menceritakan tentang bagaimana dia ditemui di observatori ketika bayi. Pedanium Zetton terus merusuh dan terjatuh akibat kesan pancaran sinarnya sendiri setelah menggunakan tenaga sisa dari Kapsul Ultra. Riku memutuskan untuk pergi ke sana berdasarkan arahan dalam surat tersebut selepas menyedari bahawa penghantar surat itu berkongsi nama keluarga yang sama dengannya: Asakura.

Seorang lelaki tua tiba-tiba menyambut Riku ke rumahnya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sui Asakura. Setelah masuk, dia mengajak Riku bermain Playstation 4 dengannya dan menyedari kewujudan Pega, mahu makhluk asing itu keluar tetapi Pega lebih suka menetap di Zon Gelapnya. Sui mendedahkan dirinya sebagai perumah Little Star yang memperoleh keupayaan untuk merasai perkara-perkara yang jauh, bahkan di hujung alam semesta. Dulu, apabila dia pertama kali memperoleh kuasa itu, perkara pertama yang dilihatnya ialah Riku dan telah bersembunyi dalam satu barrier untuk menyelamatkan dirinya dari serangan raksasa. Setelah Riku ditimpa keputusasaan, Sui mengirimkan surat tersebut dan mendedahkan bahawa dia menghidap penyakit terminal, dengan hanya beberapa bulan lagi untuk hidup. Sementara itu, Zero dan Leito sedang menjelajah dimensi poket Belial, pada masa yang sama mereka diserang oleh beberapa tentakel.

Sementara bermain permainan dengan gembira, Sui menunjukkan kisah silamnya: suatu ketika dahulu, Sui merupakan pentadbir tempatan di Hoshiyama. Apabila berita mengenai bayi yang ditinggalkan sampai kepadanya, Sui segera memberi nama Riku tetapi terpaksa meninggalkan bayi itu di bawah jagaan orang lain selepas isterinya meninggal dunia akibat kemalangan. Apabila Pedanium Zetton bangkit, Riku mengusung Sui dalam sebuah troli dan dia menggunakan kuasanya untuk merasai kehadiran Zero dalam dimensi Belial dan menambah bahawa pertemuan Riku dengan ayahnya akan mengubah dunia. Setelah terjatuh akibat terkena pancaran yang tidak sengaja, Sui cuba memberitahu Riku untuk melarikan diri demi keselamatannya tetapi Riku enggan meskipun mengetahui jangka hayat lelaki tua itu. Kehendak Sui yang kuat membolehkan Little Star dari tubuhnya dikeluarkan dan bertukar menjadi Kapsul Ultra Bapa Ultra. Dengan harapan Riku yang kembali bersinar, dia berikrar untuk melindungi Sui dan bertukar menggunakan kapsul yang ada menjadi Magnificent.

Kesedaran Kei akhirnya muncul, walaupun terdistorsi akibat kesan dari Kapsul Ultra dan mula meracau tanpa arah, meluahkan rasa cemburunya terhadap Riku. Riku sebaliknya menentang takdirnya sendiri dan membuktikan dirinyalah yang menentukan haluannya sendiri, sambil melihat Kei sebagai sekadar kulit kosong. Setelah menewaskan Pedanium Zetton dengan Big Bustaway, Kapsul Ultra bertaburan dan mengambil sepanjang malam untuk mengumpulkannya di seluruh bahagian bandar. Hampir terperangkap dalam dimensi tersebut, Zero menyimpulkan bahawa portal itu adalah satu-satunya cara untuk masuk mahupun keluar, lantas menutupnya sebelum kembali ke rumah, tanpa mengetahui bahawa Belial telah menyaksikan segala-galanya dan berhasrat untuk mendapatkan kuasa yang lebih kuat.

Seperti biasa, Laiha mengancam Riku dengan katananya, tetapi Riku mengabaikannya, menunjukkan kemajuannya sebagai seorang pejuang dan juga mengunjungi Sui sekali lagi untuk memeriksa keadaan kesihatannya. Kei yang tercedera parah kembali kepada Belial dan lebih terkejut dengan keadaan tubuhnya yang telah berubah, sebelum akhirnya pengsan. Ultra gelap itu hanya berpesan kepadanya supaya jangan risau sambil berkata bahawa kegelapan dalam tubuhnya semakin berkembang.

Navigasi Kapsul Ultra[]

  • Riku: Navigasi Kapsul Ultra! Inilah dia kapsul hari ini!
  • Riser: Bapa Ultra!
  • RE.M: Bapa Ultra. Tinggi: 45 meter. Berat: 50,000 tan. Komander untuk Pasukan Pertahanan Antara Galaksi.
  • Riku: Seterusnya, yang ini!
  • Geed Riser: Zetton!
  • RE.M: Dinosaur Angkasa, Zetton. Tinggi: 60 meter. Berat: 30,000 tan. Raksasa menakutkan yang boleh melancarkan bola api trillion degree.
  • Riku: Nantikan episod seterusnya!

Pelakon[]

  • Riku Asakura (朝倉 リク, Asakura Riku)/Ultraman Geed (Suara): Tatsuomi Hamada (濱田 龍臣, Hamada Tatsuomi)
  • Laiha Toba (鳥羽 ライハ, Toba Raiha): Chihiro Yamamoto (山本 千尋, Yamamoto Chihiro)
  • Leito Igaguri (伊賀栗 レイト, Igaguri Reito): Yuta Ozawa (小澤 雄太, Ozawa Yūta)
  • Kei Fukuide (伏井出 ケイ, Fukuide Kei): Kunito Watanabe (渡辺 邦斗, Watanabe Kunito)

Pelakon jemputan[]

  • Sui Asakura (朝倉 錘, Asakura Sui): Minori Terada (寺田 農, Terada Minori)
  • Pemerhati:
    • Makoto Takahashi (高橋 麻琴, Takahashi Makoto)
    • Keizo Tanaka (田中 恵蔵, Tanaka Keizō)
    • Kentaro Nakazawa (中澤 健太郎, Nakazawa Kentarō)
    • Rie Oota (太田 理恵, Ōta Rie)
    • Natsuki Yuasa (湯浅 菜月, Yuasa Natsuki)
  • Isteri: Hana Naruse (なるせ 華, Naruse Hana)
  • Riku Asakura (Bayi):
    • Yu Tanioka (谷岡 諭, Tanioka Yu)
    • Taishin Miyazaki (宮崎 太真, Miyazaki Taishin)

Pelakon suara[]

  • Alien Pegassa Pega (ペガッサ星人ペガ, Pegassa Seijin Pega): Megumi Han (潘 めぐみ, Han Megumi)
  • RE.M. (レム, Remu): Suzuko Mimori (三森 すずこ, Mimori Suzuko)
  • Ultraman Zero (ウルトラマンゼロ, Urutoraman Zero): Mamoru Miyano (宮野 真守, Miyano Mamoru)
  • Ultraman Belial (ウルトラマンベリアル, Urutoraman Beriaru): Yuki Ono (小野 友樹, Ono Yūki)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Geed: Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Zero: Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)
  • Pega: Satomi Maruta (丸田 聡美, Maruta Satomi)
  • Pedanium Zetton: Hiroyuki Arai (新井 宏幸, Arai Hiroyuki)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

  • Alien Pegassa Pega
  • Alien Shadow Zenna
  • Pedanium Zetton

Trivia[]

  • Episod ini mengandungi satu sindiran daripada kata-kata Sui Asakura apabila dia menyebut tentang "sesuatu" yang disembunyikan Riku di bawah katilnya.
  • Sama seperti episod sebelumnya, seperti Orb, Riku memperoleh bentuk gabungan baharu daripada Kapsul Ultra terakhir yang telah diperolehnya dan menewaskan Pedanium Zetton, seperti yang dilakukannya dengan Maga-Orochi. Namun, Riku menewaskannya dengan fikiran yang waras dan dalam keadaan diri yang baik, berbanding dengan Orb Thunder Breastar yang bertindak liar dan hanya bermain-main dengan Maga-Orochi.
    • Tetapi, berbeza dengan Orochi, Pedanium Zetton bertindak liar dan lebih garang daripada sebelumnya, menjadikan kedua-dua peranan tingkah laku itu bertukar.
  • Apabila Kei dan Riku berhadapan antara satu sama lain dalam bentuk mereka, ia merupakan suatu alusi kepada filem ULTRAMAN di mana Shunichi Maki dan Takafumi Udo melakukan pose yang sama.
  • Permainan yang dimainkan oleh Riku dan Sui ialah Tekken. Sebenarnya, watak pilihan Riku ialah Jin Kazama, yang berkongsi sejarah yang sama dengan Riku: menjadi anak kepada seorang penjahat (ia tidak diketahui sama ada ini adalah sesuatu yang dirancang dalam pengeluaran). Tekken kini dimiliki oleh Bandai, syarikat yang sama yang bertindak sebagai salah satu pemegang saham Tsuburaya Productions.
  • Dalam alih suara Bahasa Indonesia yang disiarkan di RTV, episod ini diberi tajuk "Riku Sang Penyelamat".
Episod Ultraman Geed
Selamat Datang ke Pangkalan Rahsia | Gadis Yang Menumpaskan Raksasa | Salaryman Zero | Tugas Menyiasat Makhluk Asing | Pasangan | Supaya Saya Boleh Jadi Diri Sendiri | Pengorbanan | Melampaui Takdir | Pedang Sumpah | Membaca Fikiran | Identiti Geed | Nama Saya | Mengembalikan Kenangan | Bayang dalam Bayang | Anak dari Pertempuran | Hari Pertama Kemusnahan Dunia | Keajaiban King! Masa untuk Ubah Takdir!! | Pewaris Kepada Mimpi | Pencerobohan Rumah Nebula | Raksasa Burung Jam 10:00 Pagi | Pega Lari Dari Rumah | Rampasan | Cahaya Sturm | Secebis Harapan | Simbol Geed
Advertisement