""Geed bukannya wira". Ada ramai lagi orang yang anggap begitu, dan kadang-kadang saya rasa kecewa. Tapi, ada seorang yang saya sayang faham akhirnya. Bagi saya itu dah memadai."
- ―Ulasan Riku di penghujung episod
Membaca Fikiran Ultraman Geed.
ialah episod ke-10 dalam siriSinopsis[]
Zandrias yang menimbulkan masalah mendarat di Bumi, menyebabkan Nabia, seorang Alien Zobetai yang mempunyai kebolehan telepati dihantar untuk membantu AIB. Moa mendapat tahu tentang identiti Riku sebagai Ultraman Geed.
Plot[]
Akibat kemunculan Zandrias, seorang Alien Zobetai telah dipanggil ke Bumi untuk menyelesaikan kes tersebut. Dia cuba membaca minda raksasa itu tetapi gagal kerana jaraknya yang terlalu jauh sebelum raksasa itu mengorek masuk ke dalam tanah. Memandangkan masa menunggu untuk raksasa itu muncul semula agak lama, Zobetai memutuskan untuk berehat seketika.
Di kawasan bandar, dia menggunakan nama Satoko sambil diikuti oleh Moa, dan cuba untuk mencari teman lelaki manusia, namun menyedari bahawa lelaki yang ditemuinya semuanya penipu. Moa cuba menjelaskan bahawa berbohong telah menjadi sebahagian daripada budaya di Bumi kerana manusia tidak dapat membaca fikiran, sehinggalah kisah cinta tak berbalas Moa terbongkar. Satoko mendekati Pasar Ginga, seketika tersalah anggap Haruo sebagai teman lelaki Moa sebelum akhirnya menemui Riku, yang "latar belakang luar angkasa"nya dikesan dengan mudah. Kekeliruan budaya Satoko di Bumi semakin teruk apabila Leito muncul, yang menipu Mayu untuk memberi ruang kepadanya makan malam setelah menolak snek.
Dengan Zandrias yang telah bangkit semula, Moa dan Satoko cuba membaca mindanya lagi tetapi gagal kerana jarak yang jauh. Riku tiba melalui lif dan menemui maklumat mengenai AIB dan Zobetai. Ketika kedua-dua mereka terperangkap dalam angin kencang yang dihasilkan oleh Zandrias, Riku melompat dan bertukar menjadi Geed untuk menyelamatkan mereka, sebagai gantinya identitinya pun terdedah. Geed kemudian disertai oleh Zero, yang mengalih perhatian Zandrias cukup lama untuk Satoko membaca fikirannya di mana ia melarikan diri ke Bumi selepas seekor betina (rakan sejak kecilnya) yang dia suka bertindak dingin kebelakangan ini. Ini mengganggunya sehingga ia takut betina itu menolak cintanya, lantas menimbulkan rasa jengkel kepada Satoko dan Zero sehingga Moa menyelesaikan situasi dengan memberi nasihat, melihat bagaimana situasi mereka yang sebenarnya tidak berbeza. Zero menyelesaikan masalah ini lebih lanjut dengan menghantar Zandrias kembali ke angkasa, membolehkan kedua-dua rakan sejak dari kecil itu bersatu semula apabila cintanya dibalas. Tindakan Moa mendapat pujian daripada Satoko sebelum dia pergi, manakala Moa dan Riku memutuskan untuk bertindak seperti tiada apa yang berlaku.
Leito bertemu kembali dengan Mayu dan secara tidak sengaja melanggar sebahagian barangan runcit milik Haruo. Ketika dia mengemas barangan tersebut, Ultra Zero Eye NEO miliknya terjatuh, menyebabkan Zenna segera menyimpulkan identitinya dari jauh…
[]
- Riku: Navigasi Kapsul Ultra! Inilah dia kapsul hari ini!
- Riser: Ultraman X!
- RE.M.: Ultraman X. Tinggi: 45 meter. Berat: 45,000 tan. Teknik istimewa yang selalu digunakan adalah Xanadium Beam.
- Riku: Seterusnya, yang ini!
- Riser: Zandrias!
- RE.M.: Raksasa Kecil Manja, Zandrias. Tinggi: 48 meter. Berat: 19,000 tan. Raksasa kecil yang suka timbulkan masalah dan ia telah melarikan diri ke Bumi.
- Riku: Nantikan episod seterusnya!
Pelakon[]
- Riku Asakura : Tatsuomi Hamada
- Laiha Toba : Chihiro Yamamoto
- Moa Aizaki : Mayu Hasegawa
- Leito Igaguri : Yuta Ozawa
- Zenna : Hideyoshi Iwata
- Mayu Igaguri : Mirei Shimizu
Pelakon jemputan[]
- Alien Zobetai Nabia : Rei Ishigami
- Haruo Kume : Tadashi Mizuno
- Pemuda : Tatsuki
Pelakon suara[]
- Alien Pegassa Pega : Megumi Han
- RE.M. : Suzuko Mimori
- Alien Shadow Zenna : Shintaro Asanuma
- Ultraman Zero : Mamoru Miyano
Pelakon sut[]
- Ultraman Geed: Hideyoshi Iwata
- Ultraman Zero: Satoru Okabe
- Pega: Satomi Maruta
- Zandrias: Hitomi Adachi
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Geed
- Primitive
- Acro Smasher
- Ultraman Zero
- Normal
- Zero Beyond
Kaiju[]
- Alien Pegassa Pega
- Alien Shadow Zenna
- Zandrias
- Alien Zobetai
Trivia[]
- Episod ini asalnya dibahagikan kepada dua episod. Konsep mengenai spesies makhluk asing baru yang boleh membaca minda sepatutnya menjadi plot untuk episod 9, manakala Moa yang mendapat tahu bahawa Riku ialah Geed pula dirancang sebagai plot untuk episod 10. Namun, konsep-konsep ini akhirnya digabungkan untuk menghasilkan episod ini.
- Dengan cara yang serupa dengan Jugglus Juggler dari episod 5 dalam siri Ultraman Orb, Kei tidak diberikan kredit dalam lagu pembukaan kerana ketidakhadirannya. Sudah tentu, ciri ini terlebih dahulu ditunjukkan oleh Leito dalam episod 1 dan 2 siri ini kerana kemunculannya pertama kali dalam episod 3.
- Penggunaan Quattro Slugger oleh Zero sebagai pembesar suaranya merupakan elemen konvensional dalam fasa kedua siri Ultraman Era Showa, di mana objek yang biasa digunakan dalam kehidupan sebenar, seperti:
- Ultraman Ace dengan penggunaan bendera merah.
- Ultraman Taro dengan baldi air yang dipanggil menggunakan King Bracelet.
- Ultraman Leo dengan penggunaan jarum suntik untuk mengambil sampel darah Batton.
- Dalam alih suara Bahasa Indonesia yang disiarkan di RTV, episod ini diberi tajuk "Satoko Si Pembaca Minda".