Ultraman Wiki
Advertisement

Masa Depan yang Tiada Arahnya (さまよえる未来, Samayoeru Mirai) ialah episod kelima belas daripada siri Ultraman Arc.

Sinopsis[]

Di samping bunyi gemuruh, bahagian tanah dan meterai terangkat...

Bersemuka dengan kemungkinan kemusnahan bukan sahaja Bandar Hoshimoto, tetapi Bumi itu sendiri, Shu menerangkan kepada kumpulan tentang realiti yang keras.

Skema musuh menyebabkan Yuma putus asa dan tidak dapat berubah menjadi Ultraman Arc. Namun, mempercayai kata-kata Arc, dia terus merealisasikan imaginasinya!

Diari Shu Ishido[]

Buka untuk membaca entri diari Shu Ishido.

Kod nama: Oniks telah muncul.

Bacaan tinggi telah berakhir dan kini tiada reaksi langsung. Bumi berada dalam bahaya. Saya tak percaya. Ia adalah satu keajaiban sebenar yang dihidupkan oleh Ultraman Arc dan SKIP Cawangan Bandar Hoshimoto.

Hari ini, saya pergi ke Ibu Pejabat GDF atas permintaan Encik Nibuya. Saya diminta untuk jelaskan kenapa saya dedahkan kebenaran kepada ahli SKIP dan kenapa saya berada di medan perang tanpa kebenaran. Menurut khabar angin, ada juga perbincangan tentang pemecatan saya di kalangan pihak atasan. Encik Nibuya tidak menyebutnya pun, dan hanya memberi amaran stereotaip mengenai pelanggaran tugas rasmi saya, kemudian bebaskan saya. Malah dia juga mengucapkan terima kasih kepada SKIP.

Sudah tentu, dia tak boleh biarkan saya pergi macam itu sahaja, jadi dia perintahkan saya untuk menulis surat mohon maaf rasmi. Jumlah muka suratnya mungkin boleh membuat buku keseluruhannya, tetapi saya masih fikir yang ia itu ialah hukuman yang murah hati. Sekiranya penalti ini disebabkan oleh kebaikan Encik Nibuya atau kalau dia ada niat lain, saya masih tak pasti. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja meninggalkan pejabatnya, saya sangat lega.

Bagaimanapun, misteri Oniks terus berkembang.

Dari sudut pandangan kami, di hutan Kitsunegamori, adalah munasabah untuk berfikir yang Arc melindungi letupan itu. Tetapi di mana dia hantar semua tenaga letupan itu? Bolehkah Arc betul-betul mengawal tenaga yang cukup untuk menghancurkan sebuah planet? Juga, perisai baharu yang dipakai selepas letupan itu. Apakah sebab yang sesuai untuk bentuknya dan masa kemunculannya...?

Masih banyak perkara yang kita tak tahu. Pada masa yang sama, ia membuatkan kita ingat betapa nyata kewujudan Arc. Kami dah lihat dia atasi had yang kami fikir mungkin dari semasa ke semasa, namun mungkin kami hanya melihat sebahagian daripada kuasanya. Terakhir kali, perempuan berbaju hitam yang menyasar Oniks. Dia ialah teka-teki yang berterusan kepada kami. Dia menyerang saya, membaca ingatan saya, merancang untuk memusnahkan Oniks menggunakan Zadime dan juga menyebabkan banyak masalah untuk Arc semasa pertarungan mereka. Dia luar biasa kuat. Di Ibu Pejabat GDF, kebanyakan orang percaya yang dia ialah makhluk asing yang datang ke sini untuk menyerang Bumi. Tetapi, manfaat apa yang dia dapat daripada menyerang Oniks, dan Bumi dengannya?

Mungkinkah dia tak tahu keadaan semasa Oniks? Tidak, tak ada cara. Tiada kenungkinan yang dia tak tahu risiko ini selepas membaca fikiran saya.

Penting bagi kita untuk menentukan identiti sebenar dia, tapi hanya ada sedikit bukti fizikal. Kami memerlukan siasatan yang lebih teliti, termasuk pemeriksaan di tapak.

Dalam perjalanan pulang dari HQ, saya melawat Yuma di hospital. Tiada keabnormalan dalam pemeriksaannya dan dia sepatutnya boleh pulang tidak lama lagi, jadi dia berada dalam mod yang baik. Apabila ditanya dengan santai, dia cakap saya tak ingat apa-apa selepas ditelefon ke Gunung Shishio. Selain itu, dia sangat teruja untuk mendengar butiran macam mana YouPi dan saya bergabung bersama untuk bertarung. Jujur, saya agak malu tentang bagaimana matanya berkilauan ketika dia sedang dengar kerana pada penghujung hari itu, kami membiarkan sasaran melarikan diri.

Selepas itu, kami buat apa yang biasanya kami buat dan mula berfikir untuk nama untuk perisai dan senjata baharu Arc. Perisai dengan warna terang seperti angkasa dinamakan "Galaxy Armor". Bulu yang menari melalui udara, dengan keupayaan untuk teleport, dipanggil "Arc Feather". Gabungan yang terbentuk apabila gabungan bulu diberikan nama "Arc Galaxy". Kami terus menamakan perkara termasuk pancaran yang dikeluarkan, dll.

Saya kumpulkan semua nama dalam senarai dan menghantarnya untuk analisis khas daripada Arc FAM, seperti biasa. Saya pasti mereka akan menerima cadangan kami seperti biasa. Kemudian, saya pulang ke rumah. Saya dedahkan butiran tentang Oniks kepada Yuma dan meminta maaf kerana merahsiakannya selama ini. Dia hanya mengangguk, seolah-olah dia dah tahu selama ini.

Beban yang saya pikul dah hilang.

Atau sepatutnya, tetapi saya masih dapat rasakan duri-duri kecil menusuk hati saya.

Buat masa ini, saya akan menghargai hakikat bahawa saya boleh hidup di dunia ini dan melakukan apa yang saya lakukan, sambil menikmati secawan kopi panas. Saya akan menikmati setiap teguk.[2]

Ask TsuPi[]

Minggu ini "Ask TsuPi" ialah tentang Galaxy Armor!

Navi Ultraman Arc Yuma[]

Navi Ultraman Arc Yuma #16

Hari ini, Yuma bercakap tentang perisai baharu Ultraman Arc, Galaxy Armor, dan memperkenalkan watak dalam episod seterusnya, MaikoPi.

Pelakon[]

Pelakon Jemputan[]

  • Sweed (スイード, Suīdo): Eriko Sato (佐藤 江梨子, Satō Eriko)
  • Yuma Hize (kanak-kanak) (飛世 ユウマ(少年時代), Hize Yūma (shounen jidai)): Rihito Tachibana (立花 利仁, Tachibana Rihito)
  • Takako Hize (飛世タカコ, Hize Takako): Keiko Maki (牧 佳子, Maki Keiko) (Imbas kembali)
  • Tetsuya Hize (飛世テツヤ, Hize Tetsuya): Masato Hagiwara (萩原 聖人, Hagiwara Masato) (Imbas kembali)
  • Masumi Hize (飛世マスミ, Hize Masumi): Toshie Negishi (根岸 季衣, Negishi Toshie) (Imbas kembali)
  • Doktor (医師, Ishi): Toru Ueki (植木 亨, Ueki Tōru)
  • Jururawat (看護師, Kankoshi): Rina Miyazaki (宮崎 莉奈, Miyazaki Rina)

Pelakon Suara[]

  • YouPi (ユピー, YuPī): Yuya Hirose (広瀬 裕也, Hirose Yūya)
  • Ultraman Arc (ウルトラマンアーク, Urutoraman Āku): Masato Hagiwara (萩原 聖人, Hagiwara Masato)

Alih suara Inggeris[]

  • Yuma Hize (飛世 ユウマ, Hize Yūma): Paul Castro Jr.
  • Shu Ishido (石堂 シュウ, Ishidō Shū): Micah Solusod
  • Rin Natsume (夏目 リン, Natsume Rin): Dani Chambers
  • Hiroshi Ban (伴 ヒロシ, Ban Hiroshi): Tony Oliver
  • YouPi (ユピー, YuPī): Brandon Mclnnis
  • Ultraman Arc (ウルトラマンアーク, Urutoraman Āku): Christopher Wehkamp
  • Sweed (スイード, Suīdo): Sam Slade

Pelakon Sut[]

  • Ultraman Arc (ウルトラマンアーク, Urutoraman Āku): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • YouPi (ユピー, YuPī): Daiki Yazaki (矢崎 大貴, Yazaki Daiki)
  • Zadime (ザディーメ, Zadīme): Shun Takahashi (高橋 舜, Takahashi Shun)
  • Takkong (タッコング, Takkongu): Kouki Ikuta (生田 晃基, Ikuta Kouki)
  • Eleking (エレキング, Erekingu): Issei Hirata (平田 一貫, Hirata Issei)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Rujukan[]

Episod Ultraman Arc
Arc Menuju Masa Depan | Legenda dalam Hutan | Realisasikan Imaginasimu! | Atas Ekor Kaiju | Lautan di Puncak Gunung | Selamat Datang ke Vila Akebono | di SKIP Cawangan Bandar Fujiyama | Jawapan Bulan Purnama | Internet Kanegon | Selamat Jalan, Rin | Kepada Kawanku yang Jauh | Mesej | Engkaulah Givas | Laporan Shu | Imbasan Masa Lalu | Masa Depan yang Tiada Arahnya | di SKIP Cawangan Bandar Miyako | Cahaya Menggerunkan | Pedang Meteor Pencencang Iblis | Mengharapkan Kerjasama Arc | Impian Melangkau Jauh | Sesuatu yang Diturunkan | Burung Impian | Lelaki Bertopeng Putih | Tiga Kali Musibah | Untuk Semua di SKIP Cawangan Hoshimoto | Mimpi yang Diturunkan | Lari, Yuma!
Advertisement