Masa Depan yang Awak Tentukan Ultraman Taiga.
ialah episod kelima dalam siriSinopsis[]
Pirika Asahikawa bertemu dengan seorang gadis bernama Aoi di bandar, yang kelihatan menyembunyikan sesuatu. Sementara itu, Hiroyuki Kudo dan Ultraman Taiga berdepan kesukaran menentang raksasa Segmeger. Mampukah mereka meraih kemenangan?
Plot[]
Pirika menemui pakaian barunya, tetapi Kana datang dan menaip sesuatu untuk mengakses memori. Mereka menonton rakaman imbas kembali: raksasa angkasa beracun, Segmeger, pertama kali bertarung dengan Taiga dan meracuni lengan kirinya menggunakan Seger Flame, menyebabkan kecederaan itu turut berpindah kepada Hiroyuki. Taiga akhirnya menewaskan Segmeger dengan Strium Blaster selepas pertarungan singkat, tetapi akibatnya, Hiroyuki terpaksa memakai anduh sebelum kembali ke bentuk manusianya.
Pirika mengikat selimut pada lengan kiri Hiroyuki yang kini beracun, sementara Alien Damara menceritakan kisah silamnya: dahulu, seorang pemanggil menggunakan Segmeger untuk memusnahkan planet asalnya. Setelah Damara pergi, Homare memakai jaket dan anggota lain mengekorinya sambil Hiroyuki bertanya bagaimana keadaan dirinya.
Pirika melihat bangunan yang mengalami kerosakan itu dan mencari mangsa yang terkesan dengan racun menggunakan tabletnya, terutamanya di hadapan roda ferris. Di dalam pusat beli-belah, dia menyiapkan analisis dan menghantarnya kepada Hiroyuki. Ketika melihat pakaian idamannya, serentak kedengaran suara yang mahukan pakaian idaman apabila dia bertembung dengan pemanggil Segmeger—seorang Alien Seger bernama Aoi buat pertama kalinya.
Selepas membeli pakaian baharu masing-masing, Pirika dan Aoi teruja melihat kasut baharu dan membelinya bersama. Sementara itu, Hiroyuki memerhati terlalu banyak kamera, menyebabkan Taiga menganggapnya agak membosankan. Hiroyuki menggesa agar dia berbuat sesuatu sambil menghentak meja, menyebabkan Taiga terjatuh ke dalam kopi. Titas dan Fuma hanya memerhati ketika cahaya wira itu (buat sementara waktu) hampir 'lemas'.
Selepas Pirika dan Aoi membeli semua kostum yang mereka mahukan, mereka pun bergambar bersama. Ketika itu, Pirika mendedahkan pekerjaan sebenarnya dan mengakui bahawa dia berasa cemburu dengan gaya hidup manusia kerana bangsanya hanya menumpukan pada "bekerja" semata-mata.
Sementara itu, Hiroyuki yang masih tidur dikejutkan oleh nada dering telefonnya. Dia segera menghantar sekeping gambar kepada Pirika, yang menyedari bahawa Aoi-lah individu yang dicari-carinya setelah memeriksa telefonnya. Namun, hubungan mereka mula renggang apabila Hiroyuki berjaya mengenal pasti Aoi sebagai pemanggil Segmeger.
Marah kerana identitinya terbongkar, Aoi menyerang Pirika menggunakan bola kristalnya sebelum memanggil Segmeger untuk mengganas di bandar. Lantas Tri-Squad bersama Hiroyuki segera bertindak, dan dia bertukar menjadi Taiga untuk pertarungan kedua sebelum menggunakan Cincin Galactron untuk melancarkan Mons Beam Ray.
Fuma turut bertarung tetapi mengalami kesukaran menghadapi Segmeger, lalu bertukar dengan Titas yang berjaya menetak ekor raksasa itu. Namun, darah beracun Segmeger terpancut dari lukanya dan terkena Titas, menyebabkan dia keliru dan akhirnya ditewaskan oleh serangan balas Segmeger.
Pirika akhirnya berhadapan dengan Aoi dan berjaya meyakinkannya untuk melakukan perkara yang betul, menegaskan bahawa dia berhak menentukan masa depannya sendiri. Dilanda rasa bersalah atas perbuatannya, Aoi nekad mengorbankan tenaga hidupnya, walaupun Pirika merayu agar dia tidak bertindak sejauh itu.
Tenaga hidup Aoi dipindahkan kepada Titas, menyembuhkan racun yang melemahkannya. Dengan kekuatan yang telah pulih, Titas meneruskan pertarungan dan menghancurkan Segmeger. Dia kemudian menghempas raksasa itu sebelum menghabisinya dengan Electro Buster menggunakan X-let, menukarkan Segmeger menjadi cincin yang kemudiannya dikumpulkan oleh Hiroyuki.
Selepas pertarungan terakhir, Titas memandang Pirika yang kelihatan sugul akibat pengorbanan Aoi, sebelum dia beredar.
Keesokan harinya, Pirika kembali bekerja. Namun, apabila dia melihat gambar bersama Aoi yang diambil sehari sebelumnya, dia tersenyum sambil mengenang kenangan indah mereka, lalu meneruskan tugasnya dengan semangat baharu.
Jurnal Perniagaan EGIS[]
Tri-Squad VoiceDrama[]

The★Ultraman Titas - Bahagian 1
Taiga memulakan perbualan dengan bertanya kepada Titas mengapa tubuhnya mempunyai begitu banyak warna hitam. Fuma segera mencelah, menegur Taiga kerana bersikap kurang sopan. Namun, Titas tetap tenang dan meneruskan ceritanya, di mana dia memberi menceritakan tentang tanah kelahirannya, Planet U40 serta kisah silamnya bersama seorang sahabat lama bernama Mattia.
Pelakon[]
- Hiroyuki Kudo : Yuki Inoue
- Homare Soya : Ryotaro
- Pirika Asahikawa : Ayuri Yoshinaga
- Kana Sasaki : Chiharu Niiyama
- Kirisaki : Kou Nanase
Pelakon jemputan[]
- Pemanggil Aoi : Rion Tanimoto
Pelakon suara[]
- Ultraman Taiga : Takuma Terashima
- Ultraman Titas : Satoshi Hino
- Ultraman Fuma : Shota Hayama
- Alien Damara : Isamu Kurihashi
Pelakon sut[]
- |Ultraman Taiga: Hideyoshi Iwata
- Ultraman Titas: Yoshiki Kuwabara
- Ultraman Fuma: Satoru Okabe
- Segmeger: Hiroyuki Arai
Kemunculan[]
Ultra[]
Kaiju[]
- Homare Soya
- Pirika Asahikawa
- Segmeger
- Alien Seger Aoi
- Alien Damara
Trivia[]
- Semasa Pirika dan Aoi berjalan-jalan di pusat beli-belah, dua individu yang berpakaian hampir sama dengan Katsumi Minato dan Isami Minato dari siri Ultraman R/B muncul bersama di latar belakang.