Makmal Doktor Iblis Ultraman 80.
ialah episod kelima belas dalam episodSinopsis[]
Seekor bayi raksasa dibawa ke Bumi oleh UGM. Tetapi apa yang Profesor Nakagawa sediakan untuknya?
Plot[]
Space Mammy UGM kembali ke Bumi. Semasa melalui Kuburan Raksasa, mereka menemui seekor bayi raksasa dan membawanya ke Bumi. Pengurus perhubungan awam, Sera, membawanya ke UGM, dan kemudiannya dibawa ke Profesor Jono, iaitu bapa kepada Emi Jono. Dia mengenal pasti bayi itu sebagai Myu, dan secara relatifnya tidak berbahaya, tetapi rakan sekerjanya, Nakagawa mahukannya untuk percubaan: untuk melihat sama da makhluk asing boleh digunakan seperti ternakan dengan memaksanya menjadi gergasi.
Jono enggan membiarkan Nakagawa bereksperimen pada makhluk itu, dan saintis yang keputusannya ditolak itu pergi ke makmalnya. Di luar, Emi, Takeshi, dan Sera cuba menyuap Myu, sehingga Emi menidurkannya. Pada malam itu, Nakagawa menyelinap masuk dan mencuri raksasa itu, dan memulakan eksperimennya. Ia menjadi lebih besar, tetapi profesor itu tidak berpuas hati, dan memutuskan untuk meneruskan. Semasa dia mencuba dengan lebih banyak, Myu lari ke dalam hutan.
Keesokan harinya, Emi, Takeshi dan Sera mencari Myu, dan mereka tidak tahu yang ia sudah membesar menjadi saiz manusia. Emi menemuinya, tetapi bapanya mengatakan yang Myu tidak boleh membesar sehingga 60 sentimeter. Takeshi mengesyaki Nakagawa dan pergi ke makmalnya untuk menyiasat. Dia tiba tetapi terlambat: profesor itu telah merantai kaiju itu dan menyelesaikan eksperimennya sehingga raksasa itu membesar ke saiz gergasi. Ia pecah keluar dari bangunan kemudahan itu dalam bentuk raksasanya.
Nakagawa melihatnya dengan gembira, tetapi Myu, yang berang, memijaknya dan mengamuk. UGM menyerang. Raksasa itu menggunakan pancaran laser matanya untuk memusnahkan jet Emi, Takeshi dan Sera, tetapi Yamato berubah menjadi Ultraman 80 dan menyerang raksasa itu. Apabila dia hampir mengalahkannya, Emi tersedar dan memanggil 80 supaya dia tidak melakukannya. Dia menyanyikan lagu tidur untuk raksasa itu, dan 80 mengecutkan raksasa itu kembali ke saiz kecilnya, dan membawanya kembali ke angkasa.
Pelakon[]
- Takeshi Yamato : Hatsunori Hasegawa
- Kazuki Oyama : Jin Nakayama
- Emi Jono : Eri Ishida
- Junkichi Ito : Masaaki Daimon
- Tokihiko Harada : Daisuke Muso
- Hiroshi Tajima : Shuhei Nitta
- Teruo Sera : Akihiko Sugisaki
Pelakon Jemputan[]
- Shigezo Jono Kenji Sahara :
- Dr. Nakagawa : Shohei Yamamoto
Pelakon Suara[]
- Pencerita : Yusaku Yara
Pelakon Sut[]
- Ultraman 80 Hiroshi Fukuda :
- Myu : Koichi Nara
Kemunculan[]
Ultra[]
Kaiju[]
Media Rumah[]
- Ultraman 80 Jilid 4 mengandungi episod 13-16.