Sinopsis[]
Dewi Nike muncul di Sapporo? Juga adalah kemunculannya akan membawa lebih banyak benda buruk daripada kemenangan?
Plot[]
Sebuah kapal angkasa dikesan menghampiri Bumi pada kelajuan cahaya. Dan menghantar Gen keluar meronda di Hokkaido bersama Kitayama di MACCY-2.
Setelah kapal itu tiba di Bumi, seekor raksasa muncul. Kaiju itu ialah Northsatan, kaiju yang cuba membunuh "Dewi Nike". Apabila kapal itu dimusnahkan, seorang perempuan berseragamkan pakaian putih terlihat seperti sedih. Selepas raksasa itu mula menyerang perempuan itu, Gen dan Kitayama mula mendarat. Tetapi nampaknya, Kitayama mengenali perempuan itu sebagai "Dewi Nike". Tetapi kemudian Kitayama diserang oleh raksasa itu di lututnya! Dewi itu melarikan diri selepas Gen mengetahui identitinya dan mendekatinya.
Apabila Kitayama dimasukkan ke hospital, dia berhasrat untuk berjumpa dengan perempuan itu lagi. Dia berkata yang Dewi Nike itu telah memberi satu medal yang memberi tuah kepadanya, menyebabkan dia menang dalam pertandingan ski.
Apabila Gen mendekatinya sekali lagi, dia melarikan diri, sambil diikuti Gen. Apabila dia tidak dapat berlari, Gen memberitahunya untuk melawat Kitayama. Namun, dia risau kalau kehadirannya itu akan membawa malang kepada Kitayama.
Apabila tiba di hospital, seperti mulanya Northsatan muncul. Dewi Nike mendedahkan kepada Kitayama yang dia ialah Alien Alpha daripada Planet Alpha, yang berkunjung ke Bumi empat tahun sekali untuk membawa tuah kepada penduduknya. Apabila dia cuba membuat Northsatan membunuhnya, Gen menghalang dengan berubah menjadi Ultraman Leo.
Leo bertarung dengannya sehingga dia cedera kerana tercucuk jarum raksasa di sekeliling badan. Selepas berlatih semula, dia berubah menjadi Leo sekali lagi dan mengalahkannya. Leo juga menghantar Alien Alpha ke planet asalnya semula.
Pelakon[]
Kemunculan[]
Ultra[]
Kaiju[]
Home Media[]
- Ultraman Leo Volume 6 menampilkan episod 21-24
- Ultraman Leo Complete DVD-Box menampilkan semua episod.