Lelaki Berhati Batu Ultraman Orb.
ialah episod ke-18 dalam siriSinopsis[]
Shibukawa Ittetsu tidak dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya kerana kesibukan bekerja, maka SSP dan anak perempuannya merancang untuk mengekorinya sewaktu dia bekerja untuk mencari tahu apa yang dia lakukan kebelakangan ini.
Plot[]
Episod bermula dengan dokumentasi diri oleh Shibukawa tentang kehidupan harian dan masalah yang dihadapinya dengan anak perempuannya. Berkaitan dengan masalah ini, beliau meminta bantuan daripada SSP, dan kumpulan tersebut berbincang dengan anak perempuannya, Tetsuko (yang telah menukar namanya kepada "Katherine" untuk memutuskan hubungan dengan bapanya). Pada mulanya, Tetsuko enggan kerana Shibukawa pernah memalukan dirinya di hadapan seorang lelaki yang diminatinya, seorang penjual barang kemas jalanan bernama Takahiro, namun dia akhirnya bersetuju setelah Gai dipaksa oleh Jetta untuk terlibat dalam masalah ini (kerana Jetta mengesyaki Shibukawa sebagai identiti sebenar Ultraman Orb).
Sambil mengintip Shibukawa, Tetsuko berasa terganggu apabila bapanya memberi perhatian kepada wanita-wanita rawak. Berdasarkan pengalamannya semasa kecil, dia sentiasa melihat Shibukawa sebagai seorang bapa yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuknya walaupun orang lain mungkin menganggapnya wira. Gai memberi nasihat kepadanya bahawa suatu hari nanti, dia akan melihat cahaya dalam diri ayahnya sebagai seorang pejuang. Pada masa itu, Naomi mengajaknya untuk mengekori bapanya sekali lagi. Semasa kumpulan itu bersembunyi, mereka menyaksikan Shibukawa dan penjual barang kemas, Takahiro sedang berselisih faham. Dalam keadaan geram, Tetsuko campur tangan dan memarahi bapanya sehingga Takahiro menunjukkan belangnya: untuk mendapatkan batu Slimtonium dan menyerap tenaga para pemakainya ke dalam batu induknya. Dia juga mendedahkan bahawa dia memberikan barang kemas 'ajaib' kepada wanita yang ingin kurus, dan batu tersebut akan menyerap tenaga nyawa mereka secara perlahan-lahan.
Dia mendedahkan dirinya sebagai Alien Shaplay, mengejutkan Tetsuko dan menyerap tenaga nyawanya melalui kalung Slimtonium yang dipakainya. Rancangannya adalah untuk menjadikan manusia Bumi sebagai ladang ternakan dan mengetam tenaga mereka untuk memperkuatkan Bemular. Meninggalkan Tetsuko di bawah jagaan SSP, Shibukawa bersedia untuk menentang Shaplay atas apa yang telah dilakukan olehnya dan Gai tiba tepat pada masanya untuk bertukar menjadi Ultraman Orb. Keduanya bertarung menentang musuh masing-masing dalam pertarungan yang sengit. Jetta merakamkan pertarungan tersebut tetapi terkejut apabila mendapati bahawa bahawa Shibukawa dan Orb bukan individu yang sama. Dengan hanya satu peluru yang tinggal di revolvernya, Shibukawa hampir dikalahkan oleh Shaplay sehingga Tetsuko memberi semangat kepada bapanya tanpa henti selepas melihat apa yang mampu dilakukannya. Shibukawa kembali bertarung manakala Orb menggunakan kuasa Orb Origin. Melihat keberadaan sebuah tong yang mudah terbakar di sekitarnya, dia memiliki idea dan mula melengahkan Shaplay agar dapat mendekatinya sebelum menghancurkan makhluk asing itu, sementara Orb menewaskan Bemular dengan Orb Flame Calibur.
Selepas kejadian tersebut, terungkap bahawa Shibukawa sudah mengetahui rancangan Shaplay sejak awal lagi dan cuba mendapatkan semula kalung Slimtonium yang diberikan kepada mangsa-mangsa makhluk asing itu. Tetsuko dan Shibukawa bergaduh lagi, dengan kali ini hubungan mereka tidak lagi terasing seperti sebelum ini. SSP pun beredar, manakala Gai tertanya-tanya siapa sebenarnya "Tetsuko" (dia hanya mengingati wanita itu dengan nama idealnya, Katherine). Pada waktu malam, Shaplay didedahkan terselamat dari letupan tersebut dan berniat untuk membalas dendam, tetapi dia dengan pantas dijamah oleh pedang Juggler, yang kini memiliki penampilan baru.
Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]
- Gai: Kaji Selidik Wira Ultra! Wira kita untuk hari ni... inilah dia!
- Orb Ring: Ultraman Agul!
- Gai: Ultraman biru yang lahir dari laut, Ultraman Agul! Seorang pahlawan setia yang bertarung bersama Ultraman Gaia. Raksasa kita hari ni...
- Orb Ring: Bemular!
- Gai: Raksasa Angkasa, Bemular. Raksasa jahat yang suka mengganggu keamanan alam semesta. Bemular yang dipanggil Alien Shaplay adalah Bemular bertanduk yang telah ditingkatkan kuasanya. Saksikan episod seterusnya ya!
Pelakon[]
- Gai Kurenai : Hideo Ishiguro
- Naomi Yumeno : Miyabi Matsuura
- Jetta Hayami : Naoto Takahashi
- Shin Matsudo : Hiroaki Nerio
- Jugglus Juggler : Takaya Aoyagi
- Ittetsu Shibukawa : Shingo Yanagisawa
Pelakon jemputan[]
- Tetsuko Shibukawa : Chika Arakawa
- Takahiro : Takuya Inoue
- Pembantu rumah: Rina Asaishi
- Pelajar kolej: Kaede Inaba
- Surirumah: Wakako Takata
- Wanita: Mai Tanimoto
- Alien Shaplay Katarohi (Suara): Shota Yamamoto
Pelakon sut[]
- Ultraman Orb : Hideyoshi Iwata
- Alien Shaplay Katarohi : Daisuke Terai
- Bemular (Empowered) : Kazunori Yokoo
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Orb
- Spacium Zeperion
- Orb Origin
Kaiju[]
Trivia[]
- Episod ini merupakan penghormatan kepada episod 19 siri Ultraseven, Ladang Manusia.
- Seperti episod itu, episod ini juga menumpukan pada makhluk asing yang cuba menggunakan wanita sebagai ladang ternakan. Alien Braco menukar kromosom wanita menjadi makanan, manakala Alien Shaplay mengetam tenaga nyawa wanita melalui Slimtonium.
- Cara Shibukawa menewaskan Alien Shaplay adalah berdasarkan pertarungan terakhir Kotaro Higashi dengan Alien Valky, di mana mereka memerangkap musuh mereka ke kawasan bahan mudah terbakar untuk menewaskan mereka dalam satu serangan.
- Walau bagaimanapun, Shaplay berjaya melarikan diri; mungkin disebabkan oleh letupan yang agak kecil berbanding dengan pertarungan Kotaro Higashi, di mana Valky terbakar di sebuah kilang minyak berbanding letupan yang terhasil dari tong minyak yang pecah.
Episod Ultraman Orb Chronicle | |
---|---|
Ultraman Orb | Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya |
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~ |