"Awak tidak boleh bertukar menjadi Ultraseven kerana ia akan menghabiskan semua tenaga awak. Bukan itu sahaja, awak akan tidak dapat kembali ke M78!"
- ―Ketua Seven memberi amaran kepada Ultraseven/Dan akibatnya jika dia bertukar dalam keadaan parah
Ketua Ultraseven [1][2][3] ialah makhluk yang berasal dari Negeri Cahaya yang muncul dalam dua episod terakhir siri Ultraseven. Semasa kemunculannya dalam siri itu, dia tidak mempunyai nama. Dia dirujuk sebagai Alien M78 dalam skrip itu dan dalam alih suara bahasa Inggeris Cinar dia dinamakan Rutler.
Konsep[]
Etimologi[]
Tidak seperti Zoffy, Ketua Seven telah menghilang dari siri televisyen selepas peristiwa dari siri TV Ultraseven. Bahkan pihak Tsuburaya Productions mengakui bahawa mereka telah terlupa akan watak ini. Tetapi dia dia telah dibawa ke perhatian mereka sekitar masa "Third Monster Boom" oleh Television and Film, dan dia diberi gelaran sementara "Ketua Ultraseven" yang telah menjadi nama rasmi watak ini[4]. Beberapa majalah kanak-kanak telah merujuknya sebagai Big Seven [5]manakala beberapa buku rekod beberapa buku rekod mengenai pembikinan Ultraseven merujuk kepadanya sebagai "Atasan Seven dari Pasukan Pertahanan Antara Galaksi" dan yang lain sebagai "Pejuang Ultra Kelas Tertinggi dari Space Guard". Dan setakat ini dia tidak pernah dikembangkan menjadi watak bebas.
Namanya telah diterjemahkan sebagai "Chief of Ultraseven" bagi bahasa Inggeris dalam beberapa penerbitan,[1][2] dan dia baru-baru ini telah ditampilkan dalam barangan untuk sambutan ulang tahun ke-55 Ultraseven.[3]
Reka bentuk[]

Ketua Seven seperti yang dipaparkan dalam majalah Figure King keluaran tahun 2007 No.118
Ketua Seven muncul dalam adaptasi manga Ultraseven pada 1967 yang ditulis oleh Daiji Kazumine. Namun, tidak seperti versi TV di mana beliau mempunyai penampilan yang sama seperti Seven, versi manga mempunyai perbezaan yang ketara: Eye Sluggernya mempunyai bentuk bergerigi yang menyerupai mohawk dan figura Sofubi berdasarkan rekaan semula oleh Kazumine memberikannya mata berwarna biru. Watak itu kemudiannya muncul dalam cerita komik lain yang diterbitkan dalam "majalah Figure King" di mana dia menggunakan reka bentuk yang sama oleh Kazumine.
Personaliti[]
Personaliti watak ini sangat serupa sebab Zoffy, yang mana dia bertindak dengan sifat dominan dan serius tetapi ditunjukkan sisi penyayang kerana dia melihat Seven dalam bahaya besar. Walau bagaimanapun, sifat sinis kelihatan dalam dirinya yang tidak kelihatan dalam mana-mana Ultra lain kerana dia langsung tidak mengambil berat tentang kemanusiaan, dilihat apabila dia memberitahu Ultraseven bahawadia tidak sepatutnya mengorbankan dirinya untuk sesuatu yang bukan bangsanya sendiri, ini bercanggah sepenuhnya dengan perintah kepada Pasukan Pertahanan Antara Galaksi untuk mengawal angkasa untuk melindunginya daripada konflik dan kemusnahan dan sebab mengapa para Ultra yang lain dihantar untuk melindungi Bumi. Walau bagaimanapun, peristiwa dari siri Ultraseven membentuk personaliti ini. Perkara paling teruk yang pernah dilakukan oleh manusia sepanjang siri ini (misalnya menguji Senjata Super R-1 di Planet Gyeron yang telah menyebabkan kepupusan banyak spesies, dsb.) membolehkan Ketua Seven melihat sisi buruk manusia, sekaligus memberikannya personaliti seperti yang ditunjukkan.
Juga terdapat hakikat bahawa Ketua Seven tidak pernah datang ke Bumi, Ultra Brothers semuanya datang untuk melindungi penduduk Bumi kerana masa mereka yang berpanjangan di planet ini sementara dia tidak datang, oleh itu tidak mempunyai hubungan dengan manusia. Siri asal Seven dirancang untuk lebih matang dan pada asalnya dirancang untuk berasingan daripada Ultraman walaupun kedua-duanya berasal dari tempat yang sama.
Sejarah[]
Ultraseven[]

Ketua Seven dalam siri Ultraseven
Ultraseven telah bertarung begitu banyak di Planet Bumi sehingga tenaganya hampir habis, selepas Dan Moroboshi menjadi lemah, dia membuat keputusan untuk berehat. Tiba-tiba, hologram makhluk yang serupa dengan Ultraseven muncul di hadapan Dan, memberitahunya bahawa dia tidak boleh bertarung dan dia juga harus kembali ke dunia asalnya, namun Dan menolak kerana dia mahu kekal di Bumi untuk terus mempertahankannya, membuatkan hologram itu mula marah dan mengambil Ultra Eye milik Moroboshi dan melemparkannya ke arah jam.
Selepas UG mula bertarung dengan Alien Ghose yang baru sahaja melepaskan Pandon, Moroboshi melihat rakan sepasukannya dalam bahaya dan memutuskan untuk bertukar. Ultra yang misteri itu muncul di hadapannya sekali lagi dan memberi amaran kepadanya tentang risiko pada hidupnya jika dia cuba untuk bertukar, tetapi Moroboshi tidak mengendahkan kata-katanya untuk kali kedua dan bertukar menjadi Seven.
Pada hari yang sama pada waktu malam, Moroboshi mengalami kecederaan parag, tetapi dia masih melarikan diri dari Ultra Guard tanpa disedari oleh sesiapa. Pada waktu malam, dia jatuh pengsan di dalam keretanya sebelum dia diselamatkan oleh seorang budak lelaki dan ibunya. Selepas dia tinggal di rumah budak itu buat seketika, dia melihat berita bahawa bandar-bandar terpenting di dunia telah dimusnahkan oleh makhluk asing, maka dia memutuskan untuk pergi tetapi dia dihalang lagi oleh atasannya yang berkata bahawa dia tidak boleh bertukar dan dia tidak seharusnya mengorbankan nyawanya untuk sesuatu yang bukan bangsanya sendiri, tetapi Seven masih tidak mematuhinya. Selepas bertukar dan memusnahkan Reconstructed Pandon, dia terbang kembali ke Negeri Cahaya di Nebula M78.
Teori[]
Terdapat beberapa teori di kalangan peminat tentang Ketua Seven berkaitan kemunculannya dan/atau hubungannya dengan Ultraseven.
- Hologram: Satu teori ialah persamaannya dengan Seven kerana begitulah mesejnya dilihat oleh Dan. Dalam kehidupan sebenar, sebabnya ialah sut Ultraseven digunakan untuk melakonkannya kerana pasukan produksi kekurangan masa dan/atau wang pada masa itu dan mereka tidak dapat dan/atau tidak boleh menggunakan semula sut Zoffy. Oleh itu persamaan ini harus diabaikan.
- Kumpulan Etnik Ultra: Sama seperti Ultra serba merah membentuk majoriti ahli Pasukan Pertahanan Antara Galaksi dan Ultra serba biru biasanya merupakan saintis (Ultraman Hikari, ibu Zero). Ada yang berpendapat bahawa Zoffy dan Ultraman pada asalnya bertujuan untuk mewakili pasukan polis Pasukan Pertahanan Antara Galaksi untuk para Ultra manakala Seven dan atasannya adalah dari cabang Tentera yang agak masuk akal kerana Seven adalah seorang pengakap yang ditugaskan untuk memetakan Galaksi Bima Sakti.
- Kesinambungan Berasingan: Teori ini membawa teori Kumpulan Ultra Etnik selangkah lebih jauh. Walaupun hakikatnya kedua-duanya berasal dari planet yang sama, Ultraseven secara amnya dipercayai dirancang untuk wujud dalam kesinambungan yang berasingan daripada siri Ultraman sebelumnya dan siri kemudiannya. Ini akan membayangkan mengapa Ultra berjenis Ultraseven (jika mereka boleh dipanggil begitu) semuanya dirancang untuk sangat menyerupai dia sebagaimana Zoffy sangat menyerupai Ultraman. Dalam siri ini, ia langsung tidak disebut mengenai Ultraman dan/atau SSSP, iaitu sesuatu yang dibawa dalam siri Heisei Ultraseven yang mengikuti idea ini di mana Seven merupakan satu-satunya Ultra yang melawat Bumi.
- Keluarga: Teori terakhir dan paling popular ialah Ketua Seven adalah ahli keluarga terdekat yang mengatasinya. Hanya dua lelaki daripada keluarga Seven yang dikenali pada masa itu iaitu bapanya, ketua Pasukan Pertahanan Antara Galaksi dan abangnya, pengarah Ibu Pejabat Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Ini akan menjelaskan keengganannya untuk membenarkan Seven bertarung dengan kecederaannya dan mengapa dia kelihatan sama.
- Halusinasi: Teori yang hanya muncul pada tahun 2018, ia mencadangkan bahawa Ketua Ultraseven sebenarnya adalah halusinasi yang dihasilkan oleh naluri kelangsungan hidup Ultraseven. Orang ramai menunjukkan bagaimana tidak ada sesiapa selain Seven yang dapat melihatnya dan bagaimana dia hilang apabila orang lain memanggilnya. Ketua Seven tertumpu semata-mata pada kelangsungan hidup Seven tanpa mengambil kira apa yang dia mahu dan muncul ketika Seven sedang bersedia untuk mempertaruhkan nyawanya. Teori sedemikian juga boleh menjelaskan bagaimana Ketua Seven dapat menghalang Seven sendiri daripada memasuki bentuk Ultra untuk melawan Pandon. Seven berjuang dengan dirinya sendiri sama ada dia berpotensi membunuh diri dengan berjuang untuk manusia atau pergi dan planet untuk menyelamatkan dirinya.
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 40 meter
- Berat badan: 30,000 tan
- Dunia Asal: Negeri Cahaya
Senjata[]
- Eye Slugger: Seperti Ultraseven sendiri, Ketua Seven mengenakan sebilah Eye Slugger yang nampaknya nampaknya mempunyai dimensi yang sama dengan yang digunakan oleh Seven.
Kebolehan[]
- Telepati: Ketua Seven boleh menghubungi dengan Pahlawan Ultra lain melalui telepati.
- Hologram: Ketua Seven menghasilkan hologram dirinya sendiri untuk berkomunikasi dengan yang lain. Hologram ini muncul nampaknya sekurang-kurangnya sebahagiannya ketara kerana ia dapat menggenggam Ultra Eye Dan dan melemparkannya.
Barang dagangan[]
Ginga Renpou Sofubi Series[]

- Alien M78 Chief of Ultraseven(2008)
- Tarikh Keluaran: Julai 2008
- Harga: 6,600 yen
- JAN/ISBN: ???
- Bahan: Vinil lembut
- Dihasilkan oleh Yamanaya, figura vinil lembut Ketua Seven ini diacu dalam nisbah figura Ultraman Bullmark. Dia mempunyai 5 titik artikulasi pada leher, lengan dan kaki bersudut. Lengannya dibentuk dalam gaya khas yang dilakukannya untuk menghalang Dan daripada bertukar menjadi Seven dalam Pencerobohan Terbesar dalam Sejarah: Bahagian 2.

- Chief of Ultraseven ~Daiji Kazumine Version~ (200?)
- Tarikh Keluaran: ???
- Harga: 5,060 yen
- JAN/ISBN: ???
- Bahan: Vinil lembut
- Figura ala-ala Ultra Hero Series (meskipun sedikit tinggi) bagi Ketua Seven ini dibuat berdasarkan rekaan Daiji Kazumine.
X-Plus[]
Galeri[]
Trivia[]
- Meskipun disuarakan oleh Ayao Wada, kadangkala pelakon suaranya disilap anggap sebagai Hikaru Urano.
- Dalam sebuah temubual pada tahun 1973 bersama Tsuburaya Productions dilakukan oleh penulis lepas Kanada Masumi untuk majalah sains fiksyen, "Mysteries of Nostalgic Heroes", Tsuburaya Productions menjelaskan bahawa sementara mereka ingat akan kewujudan Ketua Ultraseven, wataknya tidak pernah dikembangkan lagi untuk mengelak daripada menambahkannya ke dalam Ultra Brothers. Walaupun pada tahun 2006, cetakan semula terbitan majalah ini menafikan kesahihan kandungan temubual itu kerana Tsuburaya nampaknya tidak mengesahkannya.
- Lazimnya menjadi jenaka bahawa Ketua Ultraseven sebenarnya adalah bintang Ultra Fight.
- Ketua Ultraseven muncul di dalam imbas kembali Dan dalam Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers.
Rujukan[]
- ↑ 1.0 1.1 File:ChiefSevenEvidence2.png
- ↑ 2.0 2.1 File:ChiefSevenEvidence1.jpg
- ↑ 3.0 3.1 https://jetlinkmovie.com/items/62e346935d05ec5f9ab5825c
- ↑ Pertama kali disebut dalam majalah "Fantastic Collection No. 2" 1977 Asahi Sonorama (halaman diperlukan)
- ↑ Penerangan dari "Weekly Ultraman Official Data File Vol. 89"