Ultraman Wiki
Advertisement

Kematian Juggler! (ジャグラー死す, Jagurā Shisu) ialah episod ke-10 dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Sebagai pertukaran untuk pemilikan berharga Don Nostra, kad Ultraman Belial, Juggler membuat tawaran terakhirnya untuk mengalahkan Ultraman Orb. Walau bagaimanapun, dia mendahului Juggler dan menghantar Alien Nackle untuk menghapuskannya.

Plot[]

Episod ini bermula pada suatu malam apabila Naomi pulang ke ibu pejabat SSP, bertemu pasukannya, pak ciknya dan Gai selepas selesai satu lagi pekerjaan sambilan untuk menikmati pesta takoyaki bersama. Namun, Jetta, Shin dan Ittetsu masing-masing memberi alasan untuk mengelakkan diri kerana mereka tidak sanggup menjamu hidangan takoyaki untuk kali keempat, lalu meninggalkan Naomi dan Gai yang baru terjaga untuk menghabiskan makanan laut tersebut.

Sementara itu, di kapal angkasa mereka, Jugglus Juggler menunjukkan Kaiju Card Enmargo sebagai pembacaan Tarot kepada Alien Nackle Nagus sebagai amaran tentang kematian mendadaknya. Nagus tidak mempercayai ramalan itu, walaupun dia yang meminta Jugglus membacanya dan berhasrat untuk membuktikan bahawa ramalan tersebut salah suatu hari nanti. Jugglus kemudian menerima Kad Kaiju Black King daripada Don Nostra sebagai perlindungan, sambil Don Nostra menyebut tentang perbincangan mereka dari episod lalu dan memintanya untuk menguruskan Gai/Ultraman Orb sendiri serta merampas Ultra Fusion Card miliknya, yang mengujakan Jugglus. Tidak lama selepas itu, terungkap bahawa kad Ultraman Belial yang dimiliki Don Nostra adalah sebab utama Jugglus menyertai kumpulan tersebut, dan kad itu sangat penting baginya seperti mana kad Ultra penting buat Gai. Jugglus pun beredar untuk berdepan lawannya sementara Don Nostra dikatakan berpegang pada janjinya.

Kembali di pangkalan SSP, Naomi bergelut untuk membayar bil sementara Gai menikmati takoyaki yang dihidangkan apabila Juggler yang muncul entah dari mana menyatakan bahawa langit itu paling indah sambil menjelaskan kepada Gai bahawa dia datang untuk mengambil nyawanya dan kemudian memindahkan diri. Walaupun Naomi cuba menghalangnya, Gai keluar untuk berhadapan dengan musuh ketatnya itu, memberitahunya bahawa mereka ada berhutang darah dan berjanji akan kembali. Di kapal angkasa, Nagus mengeluh kepada Don Nostra bahawa Black King adalah kad yang paling berkuasa yang pernah dijumpainya, tetapi dia senang-senang memberikannya kepada Juggler tanpa izin. Namun, Don Nostra menerangkan bahawa "orang yang memang bijak akan biarkan harimau gaduh dengan naga, kemudian ambil hadiahnya", kemudian memberinya satu kerja untuk dilaksanakan.

Jugglus Juggler kemudian tiba di sebuah padang rumput di mana dia berdepan dengan Gai yang sedang melagukan Orbnica ketika dia muncul. Ketika kedua-dua mereka bergelut dalam pertarungan tangan ke tangan, Juggler berkata bahawa riak wajah Gai mengingatkannya pada satu hari tertentu. Mereka terus bertarung untuk mengakhiri perseteruan mereka sekali dan untuk selamanya. Sementara itu, Don Nostra bercakap dengan Juggler mengenai permusuhannya dengan manusia Ultra itu. Menurutnya, mereka bertarung untuk menentukan siapa yang akan menang di mana Gai dengan cahaya dan Juggler dengan kegelapan, kemudian menyuruhnya untuk 'mengajar' Gai bahawa kegelapannya jauh lebih kuat daripada cahayanya. Juggler menendang Orbnica milik Gai, mengalihkan perhatiannya cukup lama untuk dia kehilangan kelebihan dalam pertarungan itu.

Juggler menggalakkan Gai untuk serius dan menyindirnya dengan mengatakan bahawa Gai takut untuk melukai orang-orang yang disayanginya dan mendakwa perkara itu yang telah menyebabkan Orb kehilangan kuasa sebenarnya. Namun, Gai mengabaikan ejekan itu dan mendapat kelebihan ke atas Juggler, sambil menjelaskan bahawa dia telah berjaya menggagalkan rancangan sebenar Juggler: untuk memecahkan segel Raja-Raja Raksasa bagi membangkitkan Raja Segala Raja, Maga-Orochi. Kemudian, Juggler menggunakan Dark Ringnya untuk menjelmakan Black King, sementara Gai bertukar menjadi Ultraman Orb dalam bentuk Hurricane Slash dengan Orb Ringnya untuk menghentikannya.

Sementara kedua-dua gergasi itu bertarung dengan sengit dan hampir seimbang, Orb bertukar menjadi bentuk Burnmite untuk menembusi pertahanan raksasa yang keras itu, tetapi pertarungan masih berakhir seimbang. Juggler menyaksikan pertarungan dengan rasa kecewa terhadap Ultra tersebut, tetapi sebelum dia sempat mengarahkan raksasa itu untuk menamatkan riwayat Orb, dia tiba-tiba ditembak dari belakang oleh Nagus, yang bertanggungjawab menghapuskan Alien Nackle. Setelah ditembak di dada, Juggler tumbang dan kelihatan meletup, yang turut disaksikan oleh Orb. Nagus dengan girang melaporkan kejayaannya kepada Don Nostra dan dia memerintahkan Nagus untuk menyelesaikan tugas tersebut. Selepas itu, kedua-dua gergasi meneruskan Persian pertarungan mereka dengan Ultraman Orb akhirnya muncul sebagai pemenang.

Naomi terdengar suara di luar pejabat dan menyangka Gai telah pulang, tetapi ternyata yang masuk adalah Jetta dan Shin yang baru saja kembali. Sementara mereka memeriksa kad masa mereka, Naomi membersihkan bekas-bekas makanan yang ditinggalkan oleh Gai, yang akhirnya turut pulang, membuatkan Naomi berasa gembira.

Di atas kapal, Don Nostra dan Nagus sedang membincangkan kejayaan mereka. Walaupun gagal menghapuskan Ultraman Orb, tetapi nampaknya telah menghapuskan Juggler dan memperoleh Kad Kaiju Raja Raksasa yang dimilikinya. Nagus mencadangkan untuk menggunakan raksasa-raksasa tersebut untuk menyerang Bumi dalam operasi baru apabila tiba-tiba dia tumbang selepas ditusuk oleh sebilah katana. Katana itu ternyata milik Jugglus Juggler, yang mendedahkan bahawa dia selamat daripada tembakan Nagus dengan menggunakan Kad Kaiju Bemstar. Don Nostra menyerangnya dengan Pancaran Cengkamannya, tetapi Juggler memantulkan serangan itu dengan pedangnya dan kemudian berubah menjadi bentuk berperisainya. Juggler kemudiannya menamatkan riwayat Don Nostra dengan menetak dan menikamnya menggunakan katana itu, menyebabkannya meletup. Kad Ultraman Belial terbang keluar sebelum Juggler mendapatkannya, merampas semula Kad Raja-Raja Raksasa, lalu ketawa kerana dia akhirnya memperoleh kad terakhir yang diperlukan untuk rancangannya.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira kita untuk hari ini... ini dia!
  • Orb Ring: Ultraman Max!
  • Gai: Datang dari Nebula M78, Max juga dikenali sebagai perwira terhebat dan terpantas. Manakala yang seterusnya pula adalah...
  • Orb Ring: Juggler!
  • Gai: Lelaki yang menghantui saya, Jugglus Juggler. Walau dah muncul dengan rupa sebenar, matlamat sebenarnya masih lagi misteri. Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦 雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Natasha: Vlada (ブラダ, Burada)
  • Alien Mefilas Nostra (Suara): Hiroki Yasumoto (安元 洋貴, Yasumoto Hiroki)
  • Alien Nackle Nagus (Suara): Tetsuo Kishi (岸 哲生, Kishi Tetsuo)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (Burnmite) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Orb (Hurricane Slash) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu), Alien Mefilas Nostra (メフィラス星人ノストラ, Mefirasu Seijin Nosutora): Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)
  • Black King (ブラックキング, Burakku Kingu): Kazunori Yokoo (横尾 和則, Yokō Kazunori)
  • Alien Nackle Nagus (ナックル星人 ナグス, Nakkuru Seijin Nagusu): Keita Rikimaru (力丸 佳大, Rikimaru Keita)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod pertama siri Return of Ultraman, Semua Raksasa Menyerang. Individu yang mengucapkan baris ini ialah Alien Nackle Nagus, yang secara ironinya merupakan kata-kata terakhirnya sebelum ditikam oleh Juggler.
  • Cara Burnmite menewaskan Black King merupakan penghormatan kepada kaedah Jack dalam menamatkan riwayat Black King, di mana latar belakang awalnya bertukar menjadi merah semasa mereka melakukan gerakan teknik masing-masing.
    • Untuk seketika, apabila Orb Hurricane Slash melemparkan Slugger miliknya, Black King menepisnya tanpa sebarang masalah. Ini merupakan penghormatan kepada cara Jack menggunakan Ultra Bracelet dan gelang bumerangnya untuk menyerang Black King, yang hanya memberi kesan yang sangat minimum atau langsung tidak berkesan.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement