Ultraman Wiki
Advertisement

Kejahatan Di Dalam Saya (私の中の鬼, Watashi no Naka no Oni) ialah episod ke-19 dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Semasa Naomi menghadiri pesta bujang, dia mendapati salah seorang daripada kawan lamanya akan berkahwin dengan pewaris Toto Hotel. Perkara ini menimbulkan rasa cemburu di dalam dirinya sehingga menyebabkan semangat Renki yang berdendam muncul.

Plot[]

Episod bermula dengan SSP menonton seorang wanita bercakap di internet tentang batu khas yang dikenali sebagai Batu Hajat yang mempunyai ukiran samurai di atasnya. Menurut wanita itu, jika seseorang meletakkan kasut mereka berhampiran batu itu, samurai tersebut akan memakai kasut tersebut, mencari pemiliknya, dan membuatkan cinta mereka menjadi kenyataan—tetapi hanya untuk kasut lama, bukan yang baru. Wanita itu mendakwa bahawa keajaiban batu itu benar kerana dia sendiri berjaya bertemu buah hatinya. Namun, Naomi menolak perkara itu sebagai karut. Sebaliknya, Shin menunjukkan minat terhadap batu tersebut, manakala Jetta percaya bahawa batu itu boleh membantu meningkatkan populariti laman web mereka, dengan alasan bahawa kebanyakan wanita sangat menggemari hal percintaan. Naomi kemudian membuktikan sebaliknya dengan mengingatkan mereka bahawa bukan semua wanita tertarik dengan kepercayaan sebegitu. Selepas itu, Naomi meninggalkan pejabat untuk pergi ke pekerjaan sambilan sebagai pegawai trafik dan kemudian menghadiri parti bachelorette untuk sahabat baiknya, Yoko. Gai tiba dan bertanya tentang maksud bachelorette, lalu Jetta menerangkan kepadanya.

Setibanya di parti bachelorette itu, Naomi disambut mesra oleh sahabat baiknya, Yoko bersama tetamu lain. Semua orang teruja kerana mereka bakal berjumpa dengan bakal suami Yoko, Akira, yang merupakan anak kepada keluarga yang memiliki rangkaian Hotel Toto. Yoko mengenali Akira semasa bekerja di hotel tersebut, tetapi dia akan berhenti dari pekerjaannya itu atas sebab-sebabnya yang tersendiri. Semasa berbual, Yoko perasan terdapat kesan coklat di wajah Naomi dan cuba mencari sesuatu untuk membersihkannya. Namun, dia secara tidak sengaja menjatuhkan begnya, yang memperlihatkan pakaian kerja Naomi. Setelah Naomi keluar dari ruang parti itu buat seketika, semua tetamu tertawa menyaksikan situasi tersebut dan ada yang menghasut Yoko agar tidak menjemput Naomi ke majlis perkahwinannya esok. Akira kemudian datang dan memberikan tisu kepada Naomi sebelum masuk ke dalam majlis yang membuatkan hati para wanita di sana terpikat.

Setelah meninggalkan parti tersebut, Naomi dalam perjalanan ke pejabat SSP dan berhenti sejenak untuk mengimbas kembali kenangannya bersama Yoko semasa mereka kecil. Dia pernah berpesan kepadanya supaya tidak membenarkan sesiapa menghalang impiannya. Naomi kemudiqn terus berjalan, tetapi malangnya, dia terjatuh apabila tumit kasut tingginya patah. Dalam rasa kecewa, dia pun melemparkan kasutnya sehingga jatuh ke bawah tangga, lantas kembali mengambilnya semula. Kemudian, Naomi terjumpa Batu Hajat dan mula melutut dengan niat untuk memohon agar kebahagiaannya tercapai. Namun, tiba-tiba dia berubah fikiran dan dengan tekad, dia berjanji untuk mencapai kebahagiaannya sendiri tanpa bergantung pada batu tersebut. Dalam satu tindakan simbolik, dia melemparkan kasutnya ke arah batu tersebut. Tanpa disedari oleh Naomi, tenaga misteri yang menyeramkan mula menjelma sebagai tindak balas terhadap tindakannya itu.

Setibanya Naomi di rumah, dia mendapati ahli SSP yang lain sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Shin kemudian menunjukkan analisisnya mengenai Batu Hajat itu berserta maklumat yang ditemuinya dalam Rekod Pasifik: ia sebenarnya adalah tempat tidur Renki, hantu dendam yang lahir dari roh seorang pengantin perwira dan puteri yang saling mencintai namun mereka telah dipaksa untuk berpisah, menyebabkan ia benci akan pasangan yang bahagia dan akan muncul di majli persandingan untuk mencederakan pengantin. Seorang pendeta telah menanamkan hantu itu di dalam batu tersebut. Selepas mendengar bunyi-bunyi aneh, keempat-empat mereka keluar dan melihat jelmaan Renki sedang menuju ke arah Batu Hajat.

Naomi kembali ke Batu Hajat untuk menyiasat, namun mendapati batu tersebut dan kasutnya telah hilang. Tiba-tiba, dia terserempak dengan Jugglus Juggler, yang memuji tindakannya dalam membangkitkan Renki dengan nada sinis sambil menyatakan bahawa terdapat unsur tragedi dan kegelapan dalam dirinya. Namun begitu, Gai muncul dan berkata kepada Jugglus bahawa cahaya dan kegelapan wujud kerana saling melengkapi antara satu sama lain. Jugglus kemudian menghilangkan diri setelah memberi amaran kepada Gai bahawa realiti hidup akan menelannya suatu hari nanti. Gai kemudiannya memberitahu Naomi bahawa dalam kehidupan, perkara yang tidak dijangka pasti berlaku, tetapi dia masih mampu mengubahnya atas kemahuannya sendiri.

Keesokan harinya, Naomi merayu kepada bapa saudaranya, Ittetsu Shibukawa untuk mengosongkan hotel kerana bimbang Renki akan menyerang semua orang di dalamnya, terutamanya Yoko. Namun, suami Yoko enggan mempercayai amaran tersebut kerana menganggapnya tidak realistik, malah Yoko sendiri bertanya kepada Naomi jika dia sebenarnya tidak suka melihat dia berkahwin. Kemudian, mereka terdengar bunyi aneh lagi dan pergi ke luar untuk melihat Renki berubah kepada samurai gergasi sebenar dengan memakai kasut Naomi. Dengan bukti tersebut, Ittetsu segera memerintahkan evakuasi hotel berserta semua orang di dalamnya. Gai kemudiannya bertukar menjadi Ultraman Orb dalam bentuk Hurricane Slash untuk menentang samurai itu, namun setelah mendapati kemahiran berpedangnya tidak setanding dengan Renki, dia bertukar kepada bentuk Orb Origin untuk mengatasi Renki dalam pertarungan.

Semasa pertarungan, Naomi mengakui bahawa Renki muncul kerana dirinya dan bahawa samurai itu akan menyasarkan Yoko kerana dia merasa iri dengan rezeki Yoko berbanding dirinya sendiri. Selepas itu, Naomi meminta maaf kepada Yoko, yang kemudian menyatakan bahawa dia memahami perasaannya. Renki kemudian cuba memusnahkan hotel tersebut, tetapi Naomi menghentikannya dengan mengingatkan bahawa dia pernah menggunakan kuasanya untuk kebaikan, dan kini menggunakannya untuk kejahatan. Dia juga memberitahu Renki bahawa dia boleh mengawal perasaannya. Setelah mendengar kata-kata Naomi, samurai gergasi itu akhirnya mendengar nasihatnya. Ketika dia melihat Orb sekali lagi, Renki dengan rela hati membiarkan dirinya diakhiri oleh Orb dengan serangan Orb Water Calibur sementara Naomi menangis dan memohon maaf kepada samurai itu kerana telah memanfaatkan dirinya.

Apabila pelangi muncul di langit, Yoko menceritakan kepada Naomi bahawa ibu bapa bakal suaminya sebenarnya menentang perkahwinan mereka dan oleh sebab itulah dia terpaksa berhenti kerja. Namun, pasangan itu berjaya mendapatkan hotel itu, dan dengan simpanan yang cukup, mereka membelinya untuk memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri. Yoko juga mengakui bahawa dia juga cemburu dengan Naomi, dan akhirnya menyedari bahawa dialah yang menentukan apa yang membuatnya bahagia. Kedua-dua sahabat itu pun berpelukan dan selepas itu, Gai, Shin dan Jetta berjalan untuk pulang sementara Naomi mengucapkan tahniah kepada Yoko.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra! Wira kita hari ni ialah... memperkenalkan!
  • Orb Ring: Ultraman Ace!
  • Gai: Salah seorang dari Ultra Brothers, Ultraman Ace. Seorang pakar dalam serangan cahaya dan memiliki pelbagai jenis teknik istimewa. Raksasa hari ini ialah...
  • Orb Ring: Renki!
  • Gai: Roh dendam yang lahir dari komander dan puteri zaman Sengoku, Renki. Baju perisainya yang berwarna merah darah adalah sebab dia dikenali sebagai Gurenki atau Pendekar Merah. Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Yoko (陽子, Yōko): Miyu Yagyu (柳生 みゆ, Yagyu Miyu)
  • Akira (朗): Ryosuke Ugajin (宇賀神 亮介, Ugajin Ryōsuke)
  • Mai (舞衣): Hidemi Hikita (疋田 英美, Hikita Hidemi)
  • Fumika (文華): Rika Hoshino (星野 梨華, Hoshino Rika)
  • Pasangan: Aja (あぢゃ), Eiji Imai (今井 英二, Imai Eiji)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Renki (Crimson Lotus Knight) (戀鬼 紅蓮騎, Renki Gurenki): Daisuke Terai (寺井 大介, Terai Daisuke)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

  • Renki (Crimson Lotus Knight)

Adegan yang Dipadam[]

  • Pada permulaan episod, terdapat satu babak yang tidak digunakan di mana Jetta dan Shin membincangkan tentang kasut tumit tinggi Naomi.

Trivia[]

  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod dari siri Return of Ultraman, Jemputan dari Neraka.

Kesilapan[]

OrbEP19Error
  • Sarung Katana Renki hilang selepas dia mencengkam Orb Slugger Lance milik Orb.


Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement