Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta Ultraman Orb.
ialah episod ke-22 dalam siriSynopsis[]
Kafe Black Star yang tidak wujud dalam mana-mana peta, menyajikan kopi yang menyelerakan. Apabila SSP melawat, mereka mendapat tahu bahawa pemilik dan pelanggan tetapnya bukan manusia.
Plot[]
Shibukawa dan beberapa pegawai VTL Squad menyiasat tapak kemalangan akibat sampah dari angkasa lepas. Banyak laporan tentang sampah tersebut yang melanggar Bumi dan pada masa yang sama, beberapa UFO dikesan oleh radar mereka ketika cuba meninggalkan Bumi. Antara benda pelik yang dijumpai dari tapak kemalangan itu adalah biji kopi asing dan satu kain dengan logo bintang hitam.
Sementara itu, berita mengenai sebuah kedai kopi pelik bernama Kafe Black Star tersebar luas di internet. Sesiapa yang pergi ke kedai kopi itu akan lupa lokasi asalnya sebaik sahaja meninggalkan kedai, tetapi masih dapat merasai rasa kopi yang lazat dalam ingatan mereka. Mempercayai ini sebagai satu peluang besar, mereka cepat-cepat keluar, sementara Gai hanya memerhatikan gelagat mereka. Setelah berpusing-pusing di lokasi yang sama, mereka hampir berputus asa sehingga Shin datang dengan alat ciptaan baru yang membolehkan dia melihat satu lagi kawasan cahaya, mendedahkan bahawa kedai itu disembunyikan oleh sejenis kemampuan luar biasa, lalu kumpulan itu pun memasuki ke dalamnya.
Pengurus kedai itu pada mulanya menyangka mereka cuba menaiki kapal terakhir, tetapi kemudian menyedari bahawa dia tersilap orang. Hanya satu minuman yang tersedia di menu, iaitu secawan kopi ringkas dengan harga 1230 Yen. Naomi cuba bertanya tentang kedai itu yang tiada dalam peta, dan Jetta cuba meminta susunya tetapi hanya dipandang tajam oleh pengurus. Walaupun begitu, ahli SSP kagum dengan rasa kopi tersebut. Apabila Naomi ternampak gambar pelanggan tetap Café Black Star, Jetta perasan salah seorang daripadanya ialah Babaryu, dan pengurus itu menceritakan bagaimana dia asalnya seorang yang ganas sebelum berubah. Apabila ditanya oleh Naomi, dia menyebut tentang impiannya untuk menakluk Bumi, mengejutkan para tetamu. Sementara Naomi dan Jetta merenung teru-teru bozu merah sebagai azimat kedai itu, Shin cuba mengumpul maklumat kedai tersebut, namun tindakan ini menyebabkan mereka bertiga dihalau keluar.
Sewaktu mereka meninggalkan kedai, Gai masuk dan mendapati rakan-rakannya itu juga datang ke situ. Gai bertanya kepada pengurus jika dia pernah nampak Juggler di kedai itu seperti biasa, tetapi pengurus menafikannya, walaupun dia sedar tentang permusuhan mereka yang dianggap sebagai simbolik antara cahaya dan kegelapan. Pelanggan wanita cuba menyerang Gai dengan kilat, tetapi dihentikan oleh pengurus, lalu dia pun berlalu pergi dan menepuk lembut teru-teru bozu merah itu. Akhirnya, setelah semua gangguan hilang, pelanggan wanita itu mendedahkan penyamarannya sebagai Alien Pitt, dan gambar pelanggan tetap menunjukkan bentuk sebenar mereka. Alien Pitt itu memutuskan untuk menaiki kapal terakhir tetapi sebelum itu, dia ingin menikmati kopi pengurus itu buat kali terakhir. Dia juga merupakan pelanggan terakhir kerana pengurus akan menutup kedai dan berangkat meninggalkan Bumi. Dia mengajak pengurus itu untuk menaiki kapal sekali kerana merasa simpati terhadap kesunyian pengurus, tetapi pengurus meyakinkannya bahawa dia sudah bersama teru-teru bozu merahnya, Nova. Lega mendengarnya, Pitt menyebut bahawa kapal Dada terlanggar sampah dari angkasa lepas, menyebabkan biji kopi yang diberikan oleh pengurus sebagai hadiah tertinggal. Pengurus itu terkenang bagaimana dia dan rakannya, Nova tiba di Bumi dengan niat untuk menaklukinya, tetapi akhirnya memilih untuk hidup damai. Ironinya, perjalanan mereka kini terhalang oleh peningkatan jumlah sampah angkasa. Selain mencari planet baru, Pitt juga berusaha mencari seorang lelaki tertentu.
Ketika pengurus menutup kedainya, Nova membesar dan mengingatkannya tentang tujuan asal mereka untuk menakluki Bumi. SSP terlihat Nova yang telah membesar dan mendekati pengurus untuk meminta penjelasan, tetapi dia disedut masuk ke dalam Nova dan menunjukkan identiti sebenarnya sebagai Black Directive. Gai yang melihat kejadian itu lantas bertukar menjadi Orb Burnmite untuk melawan Nova. Walaupun kelihatan biasa, raksasa itu cukup menjadi ancaman besar kepada Ultraman. Orb dan ahli SSP merayu agar dia berhenti, tetapi dia terus menafikannya. Selepas pertarungan sengit, Orb beralih kepada Orb Origin dan memusnahkan Nova dengan Orb Supreme Calibur.
Mendekati pengurus yang sedang berduka atas kehilangan Nova, Gai mengingatkannya bahawa walaupun Nova sudah tiada, dia masih memiliki pelanggan yang memuji kopinya yang sedap. Pengurus itu tersenyum dan menghilang dengan meninggalkan papan tanda kedainya. Di pangkalan SSP, pasukan itu berkabung kerana tidak lagi dapat merasai kopi dari kedai tersebut. Shibukawa tiba-tiba muncul di pejabat mereka dan mendedahkan kewujudan sebuah tempat misteri bernama Ramen Black Star. Gai hanya menutup bahagian bawah wajahnya dengan buku sambil tersenyum, menyedari bahawa Black memilih untuk meneruskan hidupnya di Bumi.
Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]
- Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira hari ni ialah... inilah dia!
- Orb Ring: Ultraman Leo!
- Gai: Ultraman Leo, perwira datang dari Planet L-77 dalam Buruj Leo. Dia telah menewaskan ramai musuh dengan menggunakan seni bela diri angkasa lepasnya. Manakala raksasa hari ini...
- Orb Ring: Zetton!
- Orb: Dinosaur angkasa lepas, Zetton. Raksasa yang pernah memberikan tentangan hebat kepada Ultraman. Bola api yang dilepaskannya mampu mencapai 1 trillion darjah Celsius! Saksikan episod seterusnya ya!
Pelakon[]
- Gai Kurenai : Hideo Ishiguro
- Naomi Yumeno : Miyabi Matsuura
- Jetta Hayami : Naoto Takahashi
- Shin Matsudo : Hiroaki Nerio
- Ittetsu Shibukawa : Shingo Yanagisawa
Pelakon jemputan[]
- Black Owner : Shoichiro Akaboshi
- Alien Pitt Myu/Miyuki : Rio Akisada
- Tsuruta : Daisaku Nishino
- Ryuji Baba (Gambar sahaja): Ryusuke Nakamura
Pelakon sut[]
- Ultraman Orb : Hideyoshi Iwata
- Nova : Hiroyuki Arai
- Alien Pitt Myu : Rio Akisada
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Orb
- Burnmite
- Orb Origin
Kaiju[]
- Alien Pitt
- Nova
- Black Directive
Adegan yang Dipadam[]
- Dalam babak ketika SSP memasuki Kafe Black Star, terdapat satu babak yang dipadamkan di mana Jetta bertanya kepada pelayan di mana menu kedai tersebut.
Trivia[]
- Di papan mesej kafe, terdapat gambar Alien Pegassa, Alien Zarab, Rakyat Zenekindarl, Alien Manon, Alien Neril, Alien Hook, Alien Reguran, Dada, Babaryu dan Alien Steal padanya.
- Episod ini merupakan penghormatan kepada episod 44 siri Return of Ultraman, Ke Langit Berbintang dengan Cinta.
Episod Ultraman Orb Chronicle | |
---|---|
Ultraman Orb | Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya |
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~ |