Keajaiban King! Masa untuk Ubah Takdir!! Ultraman Geed.
ialah episod ke-17 dalam siriSinopsis[]
Ultraman Geed terperangkap oleh Chimeraberus. Kata-kata bapanya perlahan-lahan mula menghanyuti minda Geed dengan kegelapan, tetapi tidak semua harapan hilang kerana Geed dipilih tidak lain dan tidak bukan oleh King sendiri.
Plot[]
Sehari selepas kemunculan Belial, reputasi Geed di mata umum semakin merosot apabila ada yang percaya bahawa Belial "dipanggil" ke Bumi oleh Geed. Selepas menghantar pulang makhluk asing yang ditangkap, Zenna berusaha sedaya upaya untuk menenangkan Moa, sementara RE.M. mendedahkan bahawa jika Geed tidak diselamatkan dengan segera, dia akan bergabung sepenuhnya dengan Chimeraberus. Leito terpaksa menghabiskan sepanjang hari di Rumah Nebula kerana Zero mengambil alih tubuhnya dan yakin bahawa suara misteri yang didengari Laiha dalam kepalanya ialah suara Ultraman King. Zero turut menasihatinya untuk pergi ke sebuah tempat di mana bermulanya Impak Krisis dengan harapan dapat mencapai Ultraman tersebut.
Sementara itu, Belial berjaya mempengaruhi Riku dengan menjanjikan untuk sentiasa berada di sisinya, menyebabkan fikiran Geed mula dirosakkan dan perlahan-lahan bergabung dengan Chimeraberus. Zero Beyond tiba selepas 20 jam proses pemulihan tenaga dan mencabar Chimeraberus, tetapi mendapati raksasa itu semakin kuat. Laiha tiba di pusat Impak Krisis (hospital dia dilahirkan, Hospital Umum Tsutsui) dan bertemu dengan Ultraman King, yang mendedahkan bahawa beliaulah yang telah menyelamatkan Laiha semasa kelahirannya atas permintaan ibu bapanya. Ini membolehkannya mengetam Little Star lebih awal daripada kesan Radiasi Kanak-kanak Kei. Dengan bantuan King, Laiha berjaya memasuki dimensi ilusi Belial, tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat Geed akhirnya tunduk kepada pengaruh Belial dan bertarung dengan Zero. Ketika Laiha cuba mencapai Ultraman itu, Geed menerima imbasan memori dari zaman kecilny ketika dia dihiburkan oleh Don Shine selepas menangis dalam sebuah persembahan pentas. Kenangan ini membantunya untuk kembali sedar dan akhirnya melepaskan diri dari Chimeraberus.
Setelah membawa keseluruhan pertempuran ke Bumi, Geed bertarung dengan Chimeraberus menggunakan semua bentuk yang ada ketika itu. Leito (bersama Zero) menyertai orang ramai, manakala ejen AIB membawa tiga perumah Little Star ke arah Geed. Hajat Laiha membolehkan Little Star miliknya keluar dan memberikan Kapsul King kepada Riku untuk bertukar menjadi Royal Megamaster. Selepas bertukar serangan, kedua-dua gergasi itu terlibat dalam pertarungan udara, di mana Geed dengan lantang menyatakan tekadnya untuk menentang takdir yang telah ditentukan untuknya. Akhirnya, Geed menamatkan riwayat Belial dengan Royal End. Ketika orang ramai bersorak untuknya, kuasa tiga perumah Little Star diekstrak dan ditukar menjadi Kapsul Jack, Ace dan Taro.
Berita tentang kemenangan Geed akhirnya membolehkan orang ramai melihatnya sebagai seorang wira sejati, sementara Riku meraikan kejayaan tersebut bersama yang lain di Rumah Nebula. Dia turut mendedahkan maksud sebenar nama Ultramannya, Geed, yang berasal dari perkataan "Gene" dan takdir iaitu "Destiny", di mana dua huruf pertama dalam istilah kedua ini diterbalikkan umpama Riku mengubah takdirnya sendiri. Sementara itu, Kei berlalu pergi sambil menyebut nama tuannya, dengan tenaga gelap perlahan-lahan muncul dari tubuhnya.
[]
- Riku: Navigasi Kapsul Ultra! Inilah dia kapsul hari ini!
- Riser: Ultraman King!
- RE.M.: Ultraman King. Tinggi: 58 meter. Berat: 56,000 tan. Gergasi legenda dengan kuasa yang luar biasa.
- Riku: Seterusnya, yang ini!
- Riser: Five King!
- RE.M.: Raksasa Gabungan Super, Five King. Tinggi: 75 meter. Berat: 55,000 tan. Ia gabungan kekuatan lima raksasa berbeza.
- Riku: Nantikan episod seterusnya!
Pelakon[]
- Riku Asakura : Tatsuomi Hamada
- Laiha Toba : Chihiro Yamamoto
- Moa Aizaki : Mayu Hasegawa
- Leito Igaguri : Yuta Ozawa
- Kei Fukuide : Kunito Watanabe
- Zenna : Hideyoshi Iwata
- Lumina Igaguri : Hitomi Hasebe
- Mayu Igaguri : Mirei Shimizu
Pelakon jemputan[]
- Pengacara : Chisato Kawai
- Fujio Maga : Kazuyoshi Nagazawa
- Toko Sakura : Hinano Ishigami
- Tetsuro Matsumoto : Yukinosuke Takatsuki
- Riku Asakura (Kecil): Toya Shimizu
- Suzumi Toba : Kokoro Hiho (Imbas kembali)
- Danji Toba : Megumi Uemura (Imbas kembali)
Pelakon suara[]
- Alien Pegassa Pega : Megumi Han
- RE.M. : Suzuko Mimori
- Alien Shadow Zenna : Shintaro Asanuma
- Ultraman Zero : Mamoru Miyano
- Ultraman Belial Yuki Ono :
- Alien Godola Tetsuo Kishi :
- Don Shine : Tomohiro Yamaguchi
Pelakon sut[]
- Ultraman Geed: Hideyoshi Iwata
- Ultraman Zero: Satoru Okabe
- Pega: Satomi Maruta
- Alien Godola: Kenji Kajikawa
- Chimeraberus: Yoshiki Kuwabara
- Ultraman Belial: Daisuke Terai [1]
- Yuto Nagachi
- Hiroyuki Arai
- Keita Rikimaru
- Shinnosuke Ishikawa
- Hiroki Kori
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Geed
- Primitive
- Solid Burning
- Acro Smasher
- Magnificent
- Royal Megamaster
- Ultraman Zero
- Normal
- Zero Beyond
- Ultraman Belial
- Reionics
- Chimeraberus
- Ultraman King
Kaiju[]
- Alien Pegassa Pega
- Alien Shadow Zenna
- Alien Godola
Trivia[]

- Kad tajuk episod ini sangat mirip dengan episod pertama.
- Belial membawa Riku ke dalam subdimensinya merupakan rujukan kepada ketika dia pernah merasuki Zero untuk menjadi Zero Darkness. Namun, berbeza dengan kejadian itu, kali ini Belial bersikap mesra terhadap Riku untuk memberikan rasa nyaman palsu bagi memanipulasinya.
- Ini merupakan episod pertama yang menyertakan semua bentuk Fusion Rise Geed, termasuk Royal Megamaster pada penghujungnya.
- Dalam alih suara Bahasa Indonesia yang disiarkan di RTV, episod ini diberi tajuk "Misi Menyelamatkan Riku".
Rujukan[]
- ↑ Ultra Tokusatsu PERFECT MOOK jilid 15: Ultraman Geed, halaman 21, temubual bersama Tatsuomi Hamada.
Episod Ultraman Geed | |
---|---|
Selamat Datang ke Pangkalan Rahsia | Gadis Yang Menumpaskan Raksasa | Salaryman Zero | Tugas Menyiasat Makhluk Asing | Pasangan | Supaya Saya Boleh Jadi Diri Sendiri | Pengorbanan | Melampaui Takdir | Pedang Sumpah | Membaca Fikiran | Identiti Geed | Nama Saya | Mengembalikan Kenangan | Bayang dalam Bayang | Anak dari Pertempuran | Hari Pertama Kemusnahan Dunia | Keajaiban King! Masa untuk Ubah Takdir!! | Pewaris Kepada Mimpi | Pencerobohan Rumah Nebula | Raksasa Burung Jam 10:00 Pagi | Pega Lari Dari Rumah | Rampasan | Cahaya Sturm | Secebis Harapan | Simbol Geed |