Plot[]
Great Sage nampaknya hancur di hadapan Science Guard Party oleh Heller dengan Hikari masih tidak dapat bergabung dengan Ultraman Joneus untuk menyelamatkannya. Science Guard Party, yang mempercayai Hikari sebagai Ultraman Joneus terkejut kerana Hikari tidak berubah dan menganggapnya sebagai bukti muktamad yang dia bukan Ultraman. Selepas itu, pasukan itu dikejar oleh Askar-askar Heller dan berpecah di sekeliling bandar.
Hikari dan Gondo bertemu di Menara Pertahanan dan semasa bertarung, Hikari berjaya memusnahkan konsol yang mengawal menara itu tetapi dia tercampak keluar dari menara oleh letupan berdekatan. Sebelum dia jatuh ke tanah, dia terkena cahaya dari langit yang mengurangkan daya jatuhnya. Dia tidak sedarkan diri dan dianggap mati oleh Askar-askar Heller, yang pada masa itu telah menangkap semua Science Guard yang lain. Cahaya itu didedahkan sebagai Ultraman Joneus, bergabung semula dengan Hikari selepas bertempur dengan Armada Heller di orbit planet.
Pasukan itu dibawa ke dataran tandus di luar di mana empat anggotanya diikat pada tiang kuning, dan Hikari, yang dipercayai mati, dibuang di hadapan tiang terakhir. Kaiju besar, Makdatar, bangkit dari tanah untuk menghancurkan pasukan itu di bawah kakinya. Heller, yang beranggapan bahawa Ultraman Joneus masih ada di angkasa, berharap dapat menangkap Ultraman Joneus dengan memaksanya tampil menyelamatkan pasukan itu dengan meminta pasukan Heller mengacukan meriam mereka untuk menyerangnya apabila dia turun. Ultraman Joneus, yang pada masa itu telah bergabung dengan Hikari, mendesaknya untuk bangun. Apabila Makdatar mula menurunkan kakinya untuk memijak pasukan, Hikari mula berubah di hadapan pasukan, mendedahkan rahsianya kepada mereka semasa dia menyelamatkan mereka dari makhluk ganas itu.
Pasukan Heller berada dalam keadaan kucar-kacir apabila Joneus mula memusnahkan armada mereka dari bawah lalu mereka serta dua lagi Ultraman, Elek dan Loto menyertai pertarungan. Ultraman Joneus berjaya menyelamatkan adiknya Amia daripada Heller, dan Amia memulihkan Great Sage dari kad yang mengandungi selnya, dan Amia dan Great Sage teleport keluar dari Bandar Heller yang sedang dimusnahkan satu siri letupan yang dibuat oleh tentera Ultraman. Heller sendiri mati dalam letupan itu.
Selepas pertempuran, Hikari akhirnya dapat bertemu dengan Joneus dalam bentuk manusianya kerana dia memisahkan dirinya secara kekal daripada Hikari. Hikari, Amia dan Science Guard Party kembali ke Bumi dan Amia tinggal sebentar untuk memastikan yang keamanan telah kembali di Bumi. Ketika Amia dan Joneus bersedia untuk pergi, perpisahan yang penuh emosi berlaku. Mutsumi berkata kepada Amia semasa Amia mengucapkan selamat tinggal yang Amia jatuh cinta dengan Hikari dan Amia membalas kepada Hikari supaya gembira dengan senyuman. Amia dan Joneus bertukar menjadi bentuk Ultraman mereka dan berlepas, berjanji untuk kembali ke Bumi jika bahaya menimpa sekali lagi.
Pencerita mengakhiri dengan bertanya siapa yang akan membantu mempertahankan Bumi jika bahaya kembali, dan mengatakan yang mungkin anda (penonton) yang akan bertarung bersama Ultraman.
Pelakon[]
- Choichiro Hikari : Kei Tomiyama
- Daisuke Gondo : Hidekatsu Shibata
- Mutsumi Hoshikawa : Sumi Shimamoto
- Hiroaki Tobe : Masanari Nihei
- Kei Marume : Shingo Kanemoto
- Pigu : Junpei Takiguchi
- Monkey : Shigeru Chiba
- Ulook : Yukari Nozawa
- Ultraman Joneus Masayuki Ibu :
Pelakon Jemputan[]
- Amia Kumiko Takizawa :
- Elek : Masaru Ikeda
- Loto : Yoshito Miyamura
- Great Sage : Takayuki Miyauchi
- Heller : Tamio Oki
- Minoru Inaba
- Hajime Koseki
- Toru Shinagawa