Kawan Sejati Ultraman Taiga.
ialah episod ke-21 dalam siriSinopsis[]
Seseorang yang baharu cuba menyertai EGIS, tetapi selepas serangan Zetton baru-baru ini, dia menyimpan dendam terhadap makhluk asing. Kirisaki mengambil kesempatan daripada situasi ini sebagai sebahagian daripada rancangan lebih besar untuk membawa malapetaka ke planet ini.
Plot[]
Semasa serangan Zetton, ibu Osamu Tasaki, Asuka mengalami kecederaan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Namun, Kirisaki muncul untuk menyelamatkannya semasa kejadian itu.
Semasa temu duga di HQ, Osamu bertegas Kana bahawa dia ingin menyertai syarikat itu untuk menumpaskan makhluk asing, tetapi dia diberitahu bahawa tugas syarikat adalah melindungi pelanggan, tidak kira siapa mereka. Dia pun dibenarkan bekerja dalam tempoh percubaan dan ditugaskan sebagai junior Hiroyuki. Osamu kemudian mencuri CQ untuk mencari makhluk asing sendiri.
Dia melawat ibunya di hospital, di mana Kirisaki sedang menunggunya. Kirisaki memberitahu Osamu bahawa dia ternampak "seseorang yang mencurigakan" dan meminta Osamu untuk mengekorinya. Sementara itu, ahli EGIS terkejut apabila menyedari CQ hilang dan segera mencarinya bersama-sama.
Kirisaki dan Osamu menggunakan CQ untuk mengenal pasti Alien Ghose, yang menyamar sebagai penjaja jalanan yang menjual makanan di taman. Mereka berjaya mengepungnya. Pirika mengesan isyarat CQ yang hilang, menyebabkan Hiroyuki dan Homare segera mengejar.
Kirisaki mendekati Ghose terlebih dahulu dan berbisik kepadanya dengan meminta untuk meminjam peluru berpandu gerudi dari kapal angkasanya, tetapi permintaannya ditolak, dan dia juga telah ditolak sehingga jatuh. Melihat kejadian itu, Osamu mengejar Ghose ke dalam hutan, menyerangnya dan menuduhnya melakukan jenayah yang tidak dilakukannya.
Hiroyuki tiba dan melihat Kirisaki yang memerhati dari jauh, memuji kebolehan Osamu. Homare kemudian cuba menghentikan Osamu yang masih menyerang Ghose tanpa alasan kukuh, tetapi Osamu enggan mendengar. Ghose akhirnya menjatuhkan Homare dan menggunakan suaranya untuk bercakap melalui tubuhnya, menjelaskan bahawa dia tidak bersalah. Namun, Osamu masih tidak percaya dan terus mengejutkannya dengan arus elektrik.
Mendengar jeritan tuannya, Raksasa Berkepala Dua, Pandon muncul dari dalam gunung. Dalam kemarahan, ia melepaskan tembakan bola api tanpa henti sebelum mengancam mereka semua.
Ghose memberitahu Osamu bahawa dia dan Pandon sebenarnya sama—kedua-dua mereka marah kerana seseorang telah mencederakan ibu bapa mereka. Hiroyuki bertukar menjadi Taiga dan segera bertarung dengan raksasa itu. Namun, pertarungan terhenti apabila Osamu akhirnya melepaskan dendamnya dan membebaskan Ghose.
Sebahagian besar serangan Pandon berjaya ditangkis, tetapi akhirnya Taiga berjaya menembusinya, memberi peluang kepada Ghose untuk menenangkan raksasa itu. Pandon akhirnya menjadi jinak, tetapi kebahagiaan mereka tidak bertahan lama. Kirisaki bertukar menjadi Tregear, lalu meluncur ke arah Pandon dan menebasnya berkali-kali sehingga tubuhnya hancur berkeping-keping sebelum meletup.
Ghose hanya mampu berlutut dalam kejutan dan kesedihan melihat kematian sahabatnya. Tidak lama selepas itu, Taiga bertukar menjadi Tri-Strium dan melancarkan Fuma Raging Fire Slash, memaksa Tregear menghilang sebelum berubah kembali menjadi Kirisaki.
Hiroyuki segera mengejar Kirisaki, tetapi tiba-tiba peluru berpandu bawah tanah mula menggerudi ke dalam bumi dan menuju ke terasnya. Kirisaki berbicara mengenai lima elemen—api, air, angin, tanah dan… eter? Sebaik sahaja peluru berpandu itu mencapai teras bumi, satu gelombang kejutan akan terjadi yang menyebabkan eter bumi bertindak sebagai suar dan menarik sebuah komet ke arah galaksi Bima Sakti. Sebelum menghilang, Kirisaki hanya tersenyum penuh misteri.
Di bawah sinar senja, Ghose mendirikan sebuah tanda peringatan kecil di lokasi kematian Pandon. Dengan hati yang berat, dia mengucapkan selamat tinggal kepada Osamu dan ahli EGIS sebelum menaiki kapalnya dan meninggalkan Bumi. Mereka hanya mampu melihatnya pergi... sementara di kejauhan, komet terus meluncur menuju ke galaksi mereka.
Jurnal Perniagaan EGIS[]
Tri-Squad VoiceDrama[]

Angin dan Bunga - Bahagian 1
Fuma berkongsi kisah pengembaraannya dahulu, di mana dia bertemu seseorang yang menginspirasikannya untuk menggelar dirinya sebagai Penguasa Angin.
Pelakon[]
- Hiroyuki Kudo : Yuki Inoue
- Homare Soya : Ryotaro
- Pirika Asahikawa : Ayuri Yoshinaga
- Kana Sasaki : Chiharu Niiyama
- Kirisaki : Kou Nanase
Pelakon suara[]
- Ultraman Taiga : Takuma Terashima
- Ultraman Titas : Satoshi Hino
- Ultraman Fuma : Shota Hayama
- Ultraman Tregear : Yuma Uchida
Pelakon jemputan[]
- Osamu Tasaki : Masashi Azuma
- Asuka Tasaki : Yumi Okuda
Pelakon sut[]
- Ultraman Taiga: Hideyoshi Iwata
- Ultraman Tregear: Shinnosuke Ishikawa
- Pandon: Hiroyuki Arai
- Alien Ghose: Satoru Okabe
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Taiga
- Normal
- Tri-Strium
- Ultraman Tregear
Kaiju[]
- Homare Soya
- Pirika Asahikawa
- Alien Ghose
- Pandon
- Zetton (Imbas kembali)