Ultraman Wiki

Kawan, Sedia, Pergi! (バディ ステディ ゴー!, Badi Sutedi Gō!) ialah episod ke-25 dan terakhir dalam siri Ultraman Taiga.

Sinopsis[]

Semua orang bersatu untuk merangka pelan bagi menamatkan ancaman Woola buat selama-lamanya. Namun, Tregear mempunyai rancangan lain.

Plot[]

Menyambung dari episod sebelumnya, Hiroyuki bertukar menjadi Taiga dan bergegas menyelamatkan Pirika, menunaikan janjinya. Pertarungan terbesar kini bermula!

Lelaki itu menumbuk Galmess, lantas memaksanya melarikan diri sebelum dikejar oleh orang ramai. Namun, usaha mereka sia-sia apabila Taiga sekali lagi ditewaskan. Woola membenamkan diri ke dalam tanah, menyebabkan kemusnahan kepada infrastruktur sekeliling.

Di dalam EGIS HQ, Saku memberitahu ahli pasukan bahawa Hiroyuki telah kembali. Sementara itu, di dalam tubuh Woola, Pirika berjaya berkomunikasi dengan raksasa tersebut dan mendapat tahu tentang asal usulnya. Dia mendapati bahawa Woola sebenarnya tidak berniat jahat, sebaliknya hanya mencari sesuatu untuk menghilangkan rasa lapar dalam dirinya yang tidak berkesudahan.

Simpatinya terhadap Woola membuatkan Pirika menghubungi EGIS untuk berkongsi penemuannya serta menyatakan hasratnya untuk menyelamatkan raksasa itu. Menyedari situasi tersebut, sekumpulan makhluk asing yang baik hati bersatu dengan EGIS dan mereka merancang strategi untuk meneutralkan lohong hitam yang telah dicipta oleh Woola.

Maguma dan Homare melepaskan Gelombang Magma dari kapal angkasa mereka untuk memancing Woola ke permukaan. Mereka kemudiannya melancarkan sebutir peluru berpandu yang mengandungi lubang putih, yang mana bertujuan untuk menangkis lohong hitam dalam badan Woola.

Hiroyuki kemudian bertukar menjadi Taiga untuk kali terakhir dalam siri ini. Mereka bergantung sepenuhnya kepada Taiga untuk melepaskan Strium Blaster ke arah Woola, dengan harapan dapat memberi makan kepadanya dan menghilangkan rasa laparnya yang berpanjangan itu.

Namun, sebelum rancangan itu selesai, Tregear campur tangan untuk menghentikan Taiga. Woola cuba membantu Tri-Squad setelah mengenali mereka sebagai sekutu yang hendak membantunya, tetapi disisihkan oleh Tregear dengan mudah. Galmess dan Pitt melindungi mereka daripada serpihan bangunan yang terhempas walaupun terdapat aduan mengenai anti-makhluk asing hanya beberapa saat sebelumnya.

Tregear membuat kesilapan dengan melepaskan sfera tenaga gelap ke arah Taiga, yang kemudiannya mengalihkan serangan itu ke Woola menggunakan Wide Taiga Shot. Woola menelan kedua-dua serangan tersebut, menyebabkan tubuhnya musnah, sementara intinya terapung ke udara dan hilang dalam cahaya berkilauan yang tersebar di seluruh Bumi, mengubati dan mengakhiri ancaman raksasa tersebut.

Taiga cuba meyakinkan Tregear untuk kembali ke jalan cahaya, tetapi Tregear menolak dakwaan itu dan menyerang Taiga, lantas memaksanya untuk bertindak balas. Taiga segera bergabung menjadi Tri-Strium dan bersedia di udara yang berlatarkan cahaya matahari, seraya mengingatkan Tregear kepada Taro. Maka Taiga pun bertegas, "Betul tu! Sayalah anak Taro! Ultraman Taiga!"

Taiga dan rakan-rakannya, Titas, Fuma dan Hiroyuki pun menggabungkan kekuatan mereka untuk melepaskan Quattro Squad Blaster, namun nampaknya Tregear tidak cuba untuk mempertahankan diri sambil ketawa dengan jahat sebelum akhirnya tewas.

Pertarungan terbesar itu pun berakhir dengan Hiroyuki dan Taiga menyaksikan cahaya berkilauan di sekeliling mereka. Keesokan harinya, Kana menyambut dua ahli baharu mereka iaitu Maguma dan Markind dengan tugas masing-masing sebagai penjaga dan akauntan. Tanpa dijangka oleh mereka, satu kelibat yang tidak asing lagi muncul di hadapan mereka, iaitu Pirika, maka semua ahli EGIS meraikan kepulangannya dengan gembira.

Jurnal Perniagaan EGIS[]

Pelakon[]

  • Hiroyuki Kudo (工藤 ヒロユキ, Kudō Hiroyuki): Yuki Inoue (井上 祐貴, Inoue Yūki)
  • Homare Soya (宗谷 ホマレ, Sōya Homare): Ryotaro (諒太郎, Ryōtarō)
  • Pirika Asahikawa (旭川 ピリカ, Asahikawa Pirika): Ayuri Yoshinaga (吉永 アユリ, Yoshinaga Ayuri)
  • Kana Sasaki (佐々木 カナ, Sasaki Kana): Chiharu Niiyama (新山 千春, Niiyama Chiharu)
  • Kirisaki (霧崎): Kou Nanase (七瀬 公, Nanase Kō)

Pelakon suara[]

  • Ultraman Taiga (ウルトラマンタイガ, Urutoraman Taiga): Takuma Terashima (寺島 拓篤, Terashima Takuma)
  • Ultraman Titas (ウルトラマンタイタス, Urutoraman Taitasu): Satoshi Hino (日野 聡, Hino Satoshi)
  • Ultraman Fuma (ウルトラマンフーマ, Urutoraman Fūma): Shota Hayama (葉山 翔太, Hayama Shōta)
  • Ultraman Tregear (ウルトラマントレギア, Urutoraman Toregia): Yuma Uchida (内田 雄馬, Uchida Yūma)
  • Alien Magma (マグマ星人, Maguma Seijin): Takaya Kuroda (黒田 崇矢, Kuroda Takaya)
  • Alien Markind (マーキンド星人, Mākindo Seijin): Takehisa Hirose (廣瀬 武央, Hirose Takehisa)
  • Alien Pitt (ピット星人, Pitto Seijin): Sayaka Sasaki (佐咲 紗花, Sasaki Sayaka)
  • Galmess (ガルメス人, Garumesu Jin): Ryuichi Ichino (市野龍一, Ichino Ryūichi)[3]

Pelakon jemputan[]

  • Inspektor Sakura (佐倉警部, Sakura-keibu): Shingo Kazami (風見 しんご, Kazami Shingo)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Taiga: Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Titas: Yoshiki Kuwabara (桑原 義樹, Kuwabara Yoshiki)
  • Ultraman Fuma: Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)
  • Ultraman Tregear: Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Woola: Hiroyuki Arai (新井 宏幸, Arai Hiroyuki)
  • Alien Markind: Hiroyuki Fukushima (福島 弘之, Fukushima Hiroyuki)
  • Alien Pitt: Hitomi Adachi (安達 仁美, Adachi Hitomi)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

  • Homare Soya
  • Pirika Asahikawa
  • Woola
  • Alien Magma Maguma
  • Alien Markind Markind
  • Galmess
  • Alien Pitt

Trivia[]

EGIS2
  • Terdapat satu babak yang menunjukkan Taiga menahan tumbukan Tregear dalam pratonton episod sebelumnya, namun ia dipotong daripada episod sebenar atas sebab yang tidak dijelaskan.
  • Menurut temu bual pengarah Ryuichi Ichino, kekangan masa menghalang penggambaran penuh bagi babak yang dirancang. Dalam konsep asal Ichino, apabila Taiga memasuki ke dalam tubuh Woola dan menghulurkan tangan untuk menyentuh Pirika, dia sebenarnya menggenggam "sesuatu". Selepas meletakkannya ke dalam Pirika Drive yang menyimpan semua data Pirika, kesedaran dan memorinya akan berjaya dipulihkan.[4]
    • Kemudian, Bahagian Hal Ehwal Luar X akan menghubungi makhluk asing yang mencipta Pirika 03 dan memaklumkan mereka bahawa Woola telah diuruskan dan meminta badan kosong baharu untuk Pirika. Akhirnya, sebuah badan baharu dihantar, dan data Pirika dipindahkan ke dalamnya—inilah Pirika yang dilihat dalam babak terakhir episod ini.
  • Bagi kepulangan semula Maguma dan Markind, kemunculan mereka dalam episod akhir telah dirancang sejak awal siri lagi. Pasukan produksi sengaja membentuk mereka sebagai "penjahat kecil" yang walaupun bersifat antagonis, namun watak mereka sukar untuk dibenci atau tidak disukai. Selain itu, pelakon suara mereka juga telah dimaklumkan lebih awal bahawa watak mereka akan kembali dalam episod terakhir.

Rujukan[]

Episod Ultraman Taiga
Ayuh Bersama! | Tregear | Pendendam dari Bintang | Ratapan Serigala | Masa Depan yang Awak Tentukan | Piring Terbang Tidak Datang | Ke Gunung Iblis!! | Tewaskan Iblis! | Masa yang Takkan Berlalu | Pejuang Sinaran | Waktu Tengah Hari Kuasa Sihir Bintang Hilang | Alam Semesta Mempunyai Impian Sendiri | Masalah Dalaman EGIS | Kekuatan untuk Melindungi dan Juga untuk Melawan | Saya Tak Boleh Dengar Apa-Apa | Kami Adalah Satu | Penjaga Malaikat | Untuk Dunia yang Baru | Kuasa dari Ribut Petir! | Istana Pasir | Kawan Sejati | Takkong Adalah Misteri | Perlawanan! Di Antara Ultra Besar! | Saya Pirika | Kawan, Sedia, Pergi! | Dan Taiga Berada di Sini