Ultraman Wiki
Advertisement

"Warnai saya dengan kuasa kamu! Ruebe!"

―Slogan transformasi bersama Isami Minato


Katsumi Minato (湊 活海カツミ, Minato Katsumi) ialah salah satu watak utama dalam siri Ultraman R/B dan merupakan anak sulung dalam keluarga Minato. Dia adalah hos manusia bagi Ultraman Rosso.

Perwatakan[]

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, Katsumi meletakkan kepentingan keluarga di atas daripada segalanya. Salah satu contoh terbesar adalah keputusannya untuk meninggalkan impian seumur hidupnya sebagai pemain besbol demi untuk membantu kedai khas bapanya sejak ibunya hilang. Ini seterusnya membolehkan dia mempunyai rasa fesyen dan menentukan pakaian terbaik untuk pelanggannya.

Walaupun Katsumi kadangkala bergaduh dengan Isami, kedua-dua mereka saling bekerjasama antara satu sama lain apabila menghadapi lawan. Walaupun dengan pemikiran yang genting, dia juga seorang yang 'berdarah panas' dan tidak mampu mengamati persekitarannya ketika bermain besbol.

Sejarah[]

Ultraman R/B[]

Katsumi menemui Grigio Bone pada hari lahir ibunya yang telah hilang dan menerima kedua-dua Kristal R/B dan R/B Gyro ketika melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya. Selepas pertempuran awalnya sebagai Rosso, Katsumi menjadi ragu-ragu kerana tanggungjawabnya sebagai Ultraman sehingga bertemu dengan Black King yang mengubah fikirannya. Sejak itu, dia mula menyertai Isami dalam setiap pertempuran sebagai Ultraman untuk mempertahankan bandarnya terhadap serangan raksasa.

Semasa latihan untuk pertandingan besbol jurulatihnya, penentuan Katsumi membuatkannya dalam keadan dilema kerana sama ada ingin menyelamatkan bandar atau memenangi perlawanan itu. Mujur, jurulatihnya mengambil tempatnya sebagai pelontar bola manakala Katsumi menghentikan serangan Red King bersama tiga kristal yang diperolehnya.

Tanpa disedari oleh mereka, pertempuran mereka disaksikan dan dianalisis oleh Makoto, yang memberikan mereka beberapa percubaan seperti memerangkap kawan lama di dalam Mecha Gomora. Apabila Makoto mendedahkan kepada mereka sifat sebenar dan asalnya, kedua-dua beradik bertempur dengannya secara langsung apabila dia berubah menjadi Ultraman Orb Dark. Meskipun akhirnya mereka dikalahkan dengan mudah.

Selepas pertempuran itu, Katsumi dan Isami melakukan latihan di pergunungan supaya mereka dapat mengalahkan Orb Dark. Sewaktu sesi latihan kedua mereka, kedua-dua beradik itu dibantu secara tidak langsung oleh Asahi dalam penemuan Kristal Victory di dalam sebuah gua yang memberikan mereka kuasa tanah. Dengan kuasa baru itu serta latihan mereka, mereka mencabar Orb Dark untuk bertarung sekali lagi dan akhirnya berjaya mengalahkannya. Mereka kemudian mengambil Orb Ring NEO daripada Makoto.

Transformasi[]

Katsumi mengambil satu Kristal R/B dari Pemegang Kristal R/B dan menaikkan dua tanduk kristal. Dia memasukkan kristal tersebut pada permukaan R/B Gyro lalu ia dibuka. Gyro itu diletakkan di hadapan dadanya dan menarik pemegang di sisinya sebanyak dua kali. Katsumi menggerakkan Gyro ke hadapan dan menarik pemegang buat kali ketiga dan meletakkan Gyro di hadapan dadanya semula, sebelum berubah berdasarkan kuasa elemental kristal tersebut. Apabila hendak bertukar kristal dengan Isami, berbanding mengambil kristal baru dari pemegangnya, kristal baru itu akan muncul dari atasnya. Urutan yang sama berterusan selepas itu.

"Pilih, Kristal! Ditenggelami Api, Merah Terang!"

―Pengumuman pengaktifan untuk Flame

"Pilih, Kristal! Ditenggelami Air, Biru Mendalam!"

―Pengumuman pengaktifan untuk Aqua

"Pilih, Kristal! Ditenggelami Angin, Ribut Petir Ungu!"

―Pengumuman pengaktifan untuk Wind

"Pilih, Kristal! Ditenggelami Tanah, Kuning Bumi!"

―Pengumuman pengaktifan untuk Ground

"Ditenggelami Kemuncak! Keemasan Alam Semesta!"

―Slogan transformasi Ruebe

Urutan transformasi bermula apabila kedua-dua Katsumi dan Isami masing-masing mengambil Kristal Ultraman dan Belial, menaikkan tanduk kristal itu dan kemudian memasukkan kristal tersebut ke dalam R/B Gyro membuatkan permukaannya terbuka. Gyro itu kemudian dihadapkan ke hadapan dan pemegangnya ditarik sebanyak tiga kali, lalu membuatkan kedua-dua kristal itu bergabung dengan Kristal Taro, Ginga, Tiga dan Victory dan membentuk Kristal Kiwami.

Katsumi menaikkan semua tanduk hadapan Kristal Kiwami sementara Isami berdiri di sisinya, mendedahkan Kanjinya dan memasukkannya ke dalam Gyro miliknya. Dia kemudian meletakkan Gyro di hadapan dadanya dan menarik pemegangnya sebanyak tiga kali sebelum kedua-dua mereka bertukar menjadi Ruebe dan bangkit dengan tangan kirinya menghadap ke hadapan.

Kuasa dan Kebolehan[]

  • R/B Gyro: Katsumi menggunakan alat ini untuk berubah menjadi Ultraman Rosso.
    • Penglihatan: Jika kedua-dua Katsumi dan Minato sedang menyentuh R/B Gyro mereka pada masa yang sama, salah seorang dapat melihat seorang lagi.
  • Pemegang Kristal R/B Rosso: Pemegang kristal yang membolehkan Katsumi untuk menyimpan Kristal R/B miliknya.
  • Kristal R/B: Katsumi menggunakan Kristal R/B bersama dengan R/B Gyro untuk berubah menjadi pelbagai bentuk elemen Ultraman Rosso. Nampaknya dia berkongsi kristal tersebut dengan Isami.
  • R/B Slugger Rosso: Katsumi boleh menggunakan senjata ini yang berasal dari dalam kepalanya semasa pertempuran melawan musuh sebagai Rosso.
  • Orb Ring NEO: Katsumi menggunakan Orb Ring NEO untuk mengaktifkan pelbagai serangan milik Orb sebagai Ultraman Rosso.
  • R/B Kourin: Katsumi menggunakan Ruebe Kourin semasa berlawan sebagai Ruebe.

Pemilikan Kristal R/B[]

Meskipun kedua-dua Katsumi dan Isami berubah menjadi Ultraman yang berlainan, mereka berkongsi koleksi R/B Kristal yang sama dan hanya satu kuasa kristal yang boleh digunakan pada satu masa. Apabila tidak berubah menjadi Ultraman, Katsumi berkemungkinan memegang Kristal R/B tambahan.

Kristal Type Change
  • Ultraman Taro: Diperoleh bersama Gyro dan Pemegang Kristal R/B. Ia adalah kristal utama Katsumi untuk dia berubah menjadi Rosso Flame.
  • Ultraman Ginga: Diperoleh bersama Gyro dan Pemegang Kristal R/B. Ia adalah kristal utama Isami.
  • Ultraman Tiga: Diperoleh setelah mengeluarkannya dari dalam tanah dengan menggabungkan serangan Rosso dan Blu.
  • Ultraman Victory: Diperoleh selepas menemuinya di dalam gua gunung semasa latihan bersama adiknya.
Kristal tambahan
  • Ultraman Zero: Diperoleh daripada Matsuo Kumashiro.
  • Ultraseven: Diperoleh daripada Kumashiro Matsuo.
  • Ultraman X: Diperoleh daripada Kumashiro Matsuo.
  • Ultraman Orb (Orb Origin): Dalam bentuk Orb Ring NEO.
  • Ultraman Belial: Diperoleh daripada Asahi Minato.
  • Ultraman: Diperoleh daripada Asahi Minato. Digunakan untuk menyeru Kristal Kiwami dengan kristal Belial untuk bertukar menjadi Ruebe.
  • Kristal Wira Generasi Baru: Diperoleh bersama Kristal Kiwami.

Trivia[]

  • Status kedua-dua Katsumi dan Isami sebagai hos Ultra yang kehilangan ibu yang memberi kesan dalam kehidupan mereka mirip dengan Shin Asuka dalam siri Ultraman Dyna. Tambahan pula, semangat Katsumi dalam permainan besbol adalah satu lagi persamaan dengan Asuka.
Hos dan Bentuk Manusia
Hos Showa Shin Hayata | Dan Moroboshi | Hideki Go | Seiji Hokuto | Yuko Minami | Kotaro Higashi | Profesor Ohtani | Shuuhei Aragaki | Tetsuya Kitajima | Tadao Nanbara | Takashi Ueno | Gen Otori | Choichiro Hikari | Kyoko Kodaka | Takeshi Yamato | Ryoko Hoshi | Scott Masterson | Chuck Gavin | Beth O'Brian
Hos Heisei Jack Shindo | Dan Moroboshi (Heisei Ultraseven) | Kenichi Kai | Masaki Kazamori | Genki Kagura | Gadis Misteri | Shin Kenmochi | Ejen Sean | Masato Usami | Katsuto Asahi | Daigo Madoka | Tsubasa Madoka | Amui | Shin Asuka | Gamu Takayama | Hiroya Fujimiya | Ginga Yumeboshi | Musashi Haruno | Julie | Shunichi Maki | Jun Himeya | Ren Senjyu | Nagi Saijyo | Kazuki Komon | Kaito Touma | Ikuo Hasunuma | Mirai Hibino | Kazuya Serizawa | Ryu Aihara | Shingo Sakomizu | Jin | Run | Nozomu Taiga | Hikaru Raido | Sho | Daichi Oozora | Sayuri Tachibana | Yuuto Tamaki | Gai Kurenai | Riku Asakura | Leito Igaguri | Katsumi Minato | Isami Minato | Rosso | Blu | Asahi Minato
Hos Reiwa Hiroyuki Kudo | Haruki Natsukawa | Kengo Manaka | Ribut | Ignis | Shinji Kaminaga | Kanata Asumi | Decker Asumi | Dinas | Gento Hiruma | Yuma Hize
Hos Ultra Jahat Keigo Masaki | Riko Saida | Shinya Mizorogi | Hiroyuki Misawa | Mitsuhiko Ishibori | Soso | Utsuutsu | Arie Ishikari | Makoto Aizen | Kirisaki | Zabil
Media Ultraman Lain Takeshi Yoshioka (Hyperspace) | Ikuru | Shin Moroboshi | Kazuma Asuka | Akiko Fuji (Ultraman F) | Shin Hayata (Marvel) | Dan Moroboshi (Marvel) | Lili Archive | Ken Sato | Hayao Sato
Hos Lain Takeshi Hongo | Kyotaro Kagami | Officer Sakomizu | Goro Kirishima | Yuji Hayase | Tetsuo Hayase | Lily Hayase | Daisuke Misaki | Naoki Tachibana | Kochan | Ai Tachibana | Zen Tachibana | Go Toki | Naoto Sho | Takeshi Todo | Ippei Baba | Yuka Inoue | Mai Midorikawa | Sam Collins | Akira Kageyama | Rei | Nao | Tomoya Ichijouji | Daisuke Misaki (Glenfire) | Amate | Yuta Hibiki | Hikari Kaizaki | Chloe
Advertisement