Ultraman Wiki
Advertisement
UltrasToArcHD

Pahlawan Ultra (ウルトラ戦士, Urutora Senshi), juga dikenali sebagai Wira Ultra (ウルトラヒーロー, Urutora Hīrō) ialah istilah kolektif untuk makhluk gergasi cahaya yang berfungsi sebagai wira dalam kebanyakan Siri Ultraman. Semua Pahlawan Ultra mudah dikenali dengan tanda perak, mata berwarna bulat, kepala bertanduk dan Color Timer di dada mereka. Kebanyakan Pahlawan Ultra berasal dari Negeri Cahaya, dengan beberapa daripadanya datang dari planet yang berbeza (Leo, Joneus, Orb dan lain-lain), ada yang berasal dari Bumi itu sendiri (Gaia, Agul) dan ada yang asalnya langsung tidak diketahui (Cosmos, Justice, Noa).

Kebanyakan Pahlawan Ultra merupakan wira utama dan eponim dalam rancangan atau filem mereka sendiri, namun terdapat juga Pahlawan Ultra lain yang boleh menjadi sekutu yang membantu dari semasa ke semasa, misalnya seperti Bapa Ultra, Ultraman King dan Yullian. Untuk layak bergelar sebagai Pahlawan Ultra, watak tersebut mesti merupakan makhluk Ultra tulen yang berjuang menentang kejahatan atau membantu wira utama dalam pertempuran.

Galeri[]

All items (84)

Advertisement